Cukup saya katakan jika saya tahu taman perumahan akan terbahagi dua oleh lebuh 
raya LEKAS, pasti saya tidak akan membeli rumah di sini. Kenderaan berderet 
panjang pada sebelah pagi untuk keluar dari simpang menuju ke sekolah. 
Sepatutnya laluan lebuh raya bertingkat dibina supaya kehidupan kami tidak 
terjejas. Sememangnya kosnya lebih tinggi, tetapi sejak bila kos menjadi 
penghalang kepada kesejahteraan rakyat? 

*********************************** 
Kesal kegagalan rancang pembangunan

Berita Harian 28 Julai 2010 

SAYA adalah seorang daripada beratus keluarga yang mendiami Taman Bukit 
Margosa, Seremban dan kawasan sekitarnya. Ketika mula berpindah, kawasan itu 
sememangnya tenang dan aman damai. Amat mengejutkan apabila sekitar 2008, 
dimaklumkan mengenai pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) yang melalui 
taman perumahan serta menyambungkannya dengan jalan Seremban-Kuala Pilah sedia 
ada. 

Saya tidak bercadang untuk memberi komen mengenai kewujudannya kerana ia sudah 
hampir siap. Namun, saya kesal kerana pada pandangan saya ada kegagalan 
perancangan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan dengan meluluskan 
projek perumahan di tepi cadangan lebuh raya.

Cukup saya katakan jika saya tahu taman perumahan akan terbahagi dua oleh lebuh 
raya LEKAS, pasti saya tidak akan membeli rumah di sini. Lebih-lebih lagi 
dengan lokasi rumah di lot tepi dan betul-betul bersebelahan lebuh raya. Lebih 
mengecewakan adalah kegagalan agensi berkaitan meminimumkan kesan jangka 
panjang kepada penduduk. Sudahlah kami terpaksa menanggung kesukaran ketika 
pembinaan selama hampir dua tahun dengan penutupan jalan, bising, debu dan 
saudara-mara sesat dalam perjalanan bertandang ke rumah. 

Kami kini dipisahkan dari sekolah di mana anak belajar. Tempoh menghantar anak 
ke sekolah di sebelah taman perumahan yang sebelum ini mengambil masa 10 minit 
kini menjadi lebih 30 minit kerana mengikut satu-satunya laluan yang ada (serta 
lebih jauh) dari taman perumahan ke arah sekolah. 

Kenderaan berderet panjang pada sebelah pagi untuk keluar dari simpang menuju 
ke sekolah. Sepatutnya laluan lebuh raya bertingkat dibina supaya kehidupan 
kami tidak terjejas. Sememangnya kosnya lebih tinggi, tetapi sejak bila kos 
menjadi penghalang kepada kesejahteraan rakyat? 

Bukankah kos berkenaan boleh diserap oleh pemegang konsesi lebuh raya melalui 
kutipan tol? Itulah yang sewajarnya dan bukan penduduk yang terpaksa menanggung 
bebanan daripada kelemahan sesetengah pihak. Mereka dengan tanpa timbang rasa 
mengorbankan kesejahteraan penduduk bagi kemudahan pengguna lebuh raya. 
Baru-baru ini, saya mencadangkan dua bukaan dan pelebaran pada lebuh raya 
berhampiran taman perumahan supaya kami dapat memasuki lebuh raya dan membuat 
pusingan 'U' untuk menghubungkan kedua-dua bahagian taman perumahan ini. 

Saya ada membuat beberapa panggilan telefon ke Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) 
untuk memaklumkan perkara itu, bagaimanapun tiada sebarang perkembangan. 
Mungkin pembayar tol lebih diutamakan daripada penduduk asal kawasan ini. 

Saya juga meminta LLM supaya memasang CCTV bagi mengawasi keselamatan pengguna 
jejantas yang didirikan. Ini berikutan ketika ini ia digunakan sebagai tempat 
lepak serta berlumba. Saya khuatir keselamatan pejalan kaki kerana laluan 
sempit dan tanpa pemisah. 

Saya tidak lagi dapat memandang bebas di luar rumah buat selama-lamanya kerana 
tembok kekal di tepi lebuh raya akan didirikan. Begitu juga dengan bunyi 
bising, asap, debu, gegaran dan kehilangan pravisi. Semuanya gara-gara 
kegagalan sesetengah pihak membuat perancangan dan pastinya mereka tidak peduli 
kerana tidak menetap di sini. 

Diharap kerajaan negeri dapat campur tangan bagi memastikan kesejahteraan 
penduduk tidak dirampas begitu saja. Dengan segala situasi ini, saya menuntut 
agensi berkaitan menghayati slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian 
Diutamakan. 

1RAKYAT,
Seremban, Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesalkegagalanrancangpembangunan/Article/index_html
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke