Bayangkan, ada kes rakyat negeri ini (Pahang) telah meneroka dan memajukan 
tanah sekian lama sehingga 30 ke 40 tahun, namun tiada penyelesaian dibuat atau 
permohonan ditolak tanpa alasan dan sebagainya. Salah satu daripadanya ialah di 
Ulu Gumbai, Kampung Batu 13, Chenor yang diusahakan sejak daripada tahun 
1970-an namun sehingga kini masih belum diluluskan walaupun dijanjikan dengan 
penyelesaian pada tiap-tiap kali pilihan raya umum.

************************ 
Penduduk rayu kerajaan segera lulus tanah 

Dari Blog http://selamatkanpahang.blogspot.com 

MARAN: Negeri Pahang meskipun dianggap berpotensi untuk menjadi pusat aktiviti 
pertanian terbesar negara kerana keluasan tanahnya, namun soal pemilikan atau 
kelulusan permohonan tanah masih merupakan isu besar.

Bayangkan, ada kes rakyat negeri ini telah meneroka dan memajukan tanah sekian 
lama sehingga 30 ke 40 tahun, namun tiada penyelesaian dibuat atau permohonan 
ditolak tanpa alasan dan sebagainya. 

Ini membuatkan banyak kes-kes permohonan tanah yang sekian lama diusahakan, 
tertunggak dan terbengkalai sehingga menjadi rungutan ramai.

Salah satu daripadanya ialah di Ulu Gumbai, Kampung Batu 13, Chenor yang 
diusahakan sejak daripada tahun 1970-an namun sehingga kini masih belum 
diluluskan walaupun dijanjikan dengan penyelesaian pada tiap-tiap kali pilihan 
raya umum.

Tanah berstatus milik kerajaan itu telah diusahakan secara berkelompok oleh 194 
peserta yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tanaman buah-buahan 
dusun, getah dan kelapa sawit seluas tiga ekar seorang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak pemohon tanah berkenaan, Mohd Nor 
Keria, sudah lima kali pengusaha membuat permohonan di Pejabat Tanah dan Daerah 
Maran sehinggalah pada tahun 2005 Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Adun 
Chenor Datuk Tan Aminuddin Ishak, mengadakan dialog dengan peserta dan memberi 
jaminan masalah tanah tersebut akan diluluskan.

Tambah Mohd Nor, hasil daripada dialog tersebut penduduk telah membuat 
permohonan rasmi dan membayar tidak kurang RM1,000 bagi setiap lot iaitu seluas 
tiga ekar seorang namun tiada jawapan kelulusan diberikan.

“Pada 2006 diadakan pula dialog dengan Felcra, juga tidak berhasil. Akhirnya 
pada 2007 penduduk menyerahkan memorandum kepada Pegawai Daerah Maran bagi 
mempertimbangkan kelulusan yang telah diusahakan berpuluh tahun itu, namun 
keputusannya tetap belum ada.”

“Alangkah kecewanya kami. Bagi saya birokrasi melampau pejabat tanah dan 
mungkin pertimbangan politik menyebabkan tanah-tanah yang sudah dijayakan sejak 
sekian lama itu terlalu lambat untuk meluluskannya.”

“Ini untuk kepentingan rakyat. Sepatutnya kerajaan kena sedar bahawa di situlah 
tempat orang kampung memperoleh pendapatan untuk hidup. Kita hairan, jika 
sekiranya pihak kerajaan mempercepatkan proses kelulusan, kerajaan juga yang 
dapat menambah hasil melalui premium dan cukai tanah,” ujarnya.

 Mohd Nor selanjutnya mendesak Kerajaan Negeri Pahang memberi fokus untuk 
meluluskan permohonan tanah kepada rakyat luar bandar dalam masa tiga tahun 
dengan melakukan perubahan dalam sistem dan sikap pegawai kerajaan yang 
terlibat sendiri.

“Dalam sistem sekarang terlalu banyak karenah birokrasi yang terpaksa ditempuh 
sehingga menjadi lembab. Ini ditambah lagi tiada akses kepada kemudahan dan di 
peringkat bawah pula pemberian tanah kadangkala berdasarkan kepentingan politik 
menyebabkan berlaku ketidakadilan,” jelasnya.

Katanya, perubahan perlu agar permasalahan yang berpanjangan selama setengah 
abad dapat dirungkai sesuai dengan usia kemerdekaan negara di samping 
mempraktikkan slogan rakyat didahulukan. 

Seorang lagi pengusaha di tanah kelompok berkenaan, Yaakob Sulaiman, 70, kecewa 
tanah sawit dan dusun durian diusahakan sejak 22 tahun lalu sehingga kini masih 
gagal mendapat geran.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut beliau kerap berulang alik ke Pejabat Tanah 
Daerah Maran dan seingatnya sudah lima kali menghantar permohonan.

“Saya hairan kenapa yang susah sangat nak diluluskan, pada hal orang pejabat 
tanah pun kerap datang makan durian ke sini. Jadi memang rasa tak seronok 
sangat mengusahakan tanah yang belum dapat hak milik sebab bimbang bila-bila 
masa boleh dirampas.”

Yaakob yang mendakwa memperolehi antara RM5 ribu hingga RM10 ribu setiap musim 
durian itu, berharap sebelum beliau ‘pergi’ biarlah tanah yang diusahakannya 
sejak waktu mudanya itu dapat diwariskan kepada anak-anak.

Pesara tentera, Saari Mat Salleh, 57, berkata beliau telah mengusahakan tanaman 
getah dan buah-buahan dusun seperti durian, rambutan, duku, cempedak dan petai 
sejak tahun 1996 dan kecewa sehingga kini tanah tersebut masih gagal mendapat 
geran.

“Saya bekerja tentera tidak ada pencen jadi harapkan dusun inilah yang menjadi 
sumber pendapatan. Tanah di sini ialah kampung lama, datuk nenek kami berasal 
dari sini. Di sini bukannya ada perancangan bagi projek dan rizab kerajaan, 
jadi kenapa yang susah sangat.

“Saya masih ingat YB berjanji ketika berdialog dengan kami di Balai Raya 
Kampung Batu 13 pada tahun 2005 yang janji nak luluskan sebelum pilihan raya 
2008. Tapi sampai sekarang semuanya senyap sahaja. Jadi nak tunggu janji berapa 
kali pilihan raya lagi?,” soalnya.

Seorang lagi pengusaha tanah berkelompok berkenaan, Mohd Nor Abdullah, 40, 
berkata beliau mengusahakan tanah tersebut sejak tahun 1980-an iaitu ketika 
masih bujang dan kini sudah memiliki anak lima.

“Saya dah banyak kali berulang-alik naik turun ke Pejabat Tanah Maran, 
permohonan berulang kali dibuat tapi jawapannya masih berdolak-dalik.

“Kenapa susah sangat nak luluskan permohonan tanah kami... kami ni anak jati 
Pahang, malah ayah saya pengasas Kampung Kelit ini. Kalau tak luluskan, 
susahlah... samalah macam kami ini merempat di tempat sendiri,” ujarnya.

Bagi Mohd Nor, perisytiharan kerajaan daerah Maran sebagai daerah pertanian 
yang beridentitikan buah-buahan dusun memang tepat. Namun sehingga kini 
agensi-agensi kerajaan masih gagal merealisasikan daerah ini sebagai pengeluar 
utama buah-buahan tempatan itu.

“Jadi apa salahnya jika peranan pengeluar itu dipikul sama oleh anak tempatan, 
sebab kami dah biasa. Kerajaan boleh membantu secara sistematik dan penduduk 
pula boleh mengusahakannya. Hasrat kerajaan boleh tercapai asalkan pemimpin 
tidak menjadikan geran tanah sebagai umpan politik,” katanya.

Sumber : 
http://selamatkanpahang.blogspot.com/2010/08/penduduk-rayu-kerajaan-segera-lulus.html
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke