Akhirnya sah ada Buaya di pantai Port Dickson. Adakah ianya ada kaitan dengan 
aktiviti korek pasir berhampiran sungai di Negeri Sembilan yang menganggu 
habitat buaya-buaya ini ? Cerita gambar dan video buaya-buaya di pantai Melaka 
dan Negeri Sembilan sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html 


*************************
Sang Bedal di pantai PD

Kosmo 3 Ogos 2010 

Oleh RAIS YEOP JOHARI
[email protected]

MOHD. FAREZ (kiri), Azay dan Suhaimi bersama bangkai buaya tembaga yang ditemui 
di pantai Port Dickson semalam. 
---------------------------------------------------------------------

PORT DICKSON – Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port 
Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu 
terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, 
Tanjung Agas dekat sini.

Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan 
pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan 
berkenaan.

Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang 
sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka 
kayu.

“Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak 
dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang.

“Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan 
diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai,” 
katanya ketika ditemui di sini semalam.

Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di 
tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan 
ditembak.

Rakannya, Mohd. Farez Mohd. Said, 19, pula berkata, buaya sepanjang 5.48 meter 
dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 
kilogram) itu berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini.

Menceritakan detik penemuan reptilia itu, Mohd. Farez berkata, dia pada mulanya 
terkejut dan tidak mempercayai apa yang dilihat kerana buaya biasanya tidak 
ditemui di laut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 


GEMPAR ... Orang ramai menunjukkan seekor buaya seberat 3 tan yang ditemui 
terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21, Prt 
Dickson pada 12.45 tengahari, Isnin. Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali 
sebagai Azoy, 30 tahun berkata, sekumpulan pelajar kolej memaklumkan kepadanya 
mengenai buaya itu dan selepas mengumpul rakan-rakan yang lain, Azoy 
menggunakan mata kail untuk menarik buaya yang telah mati lebih kurang empat 
hari itu. Selepas diperiksa, buaya yang hampir reput berusia di antara 15 
hingga 20 tahun dan dipercayai datang dari Sungai Linggi. Buaya tersebut 
kemudian di bawa oleh kakitangan Zoo Melaka untuk tindakan lanjut selepas 
dihubungi penduduk kampung. Foto BERNAMA
http://www.mstar.com.my 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke