Satu analisa ilmiah tentang nik aziz, baca dengan minda terbuka.
www.mthago.wordpress.com

 WordPress.com 
   DATO' NIK AZIZ, IDOLA ATAU AYATOLLAH UNTUK PAS 
mthago | December 21, 2010 at 1:38 am | Categories: Politic | URL: 
http://wp.me/pLHqh-mr  

 
Ahli PAS telah lama menganggap Nik Aziz sebagai tuan guru mereka. Tuan guru 
membawa maksud seorang yang Allah telah anugerahinya dengan ilmu dan 
kebijaksanaan. Apabila tuan guru memberi pandangan dalam apa jua permasalahan, 
ianya menjadi sebab penyelesaian kepada satu-satu masalah. Kata-kata yang 
keluar 
daripada mulut seorang yang bergelar tuan guru sepatutnya bercahaya dengan nur. 
Orang yang mendengarnya pasti bertambah kefahaman tentang suatu perkara apabila 
mendengar kata-katanya. Apabila tuan guru diminta memberi pandangan tentang 
suatu hal oleh orang ramai, pandangannya mestilah membuatkan orang ramai merasa 
tenang dan puas hati. Nik Aziz dikenali oleh orang ramai bukan sebagai seorang 
ustaz atau guru agama biasa. Ustaz hanyalah guru agama yang mengajar agama di 
sekolah dan di masjid. Apabila seorang yang bukan sahaja mengajar pengetahuan 
agama tetapi juga mampu memberi panduan dan pandangan agama kepada orang ramai 
biasanya ia dikenali sebagai tuan guru. Soalan yang saya ingin utarakan ialah 
samada status tuan guru ini sesuai atau sebaliknya digelar pada beliau. Seorang 
yang dikenali dengan status tuan guru, dia mestilah berkualiti dari segi 
kelakuan dan percakapannya yang seharusnya sesuai dengan gelaran yang diberikan 
kepadanya. Pada pandangan saya, sesiapa yang tidak memiliki kualiti dan 
ciri-ciri tersebut tidak sepatutnya diberi atau menggunakan gelaran sebagai 
tuan 
guru.
Dato' Nik Aziz adalah seorang ahli politik dan beliau sangat mempercayai bahawa 
apabila melibatkan diri dalam politik mestilah berlandaskan ajaran islam. Nik 
Aziz telah menceburkan diri dalam politik semenjak seusia muda beliau selepas 
tamat belajar universiti. Beliau merupakan pelajar lulusan Universiti Al-Azhar, 
Mesir dan juga pernah mendalami ilmu agama di Darul Ulum Doeband, India. Dia 
percaya dengan apa yang beliau lakukan yakni menegakkan islam melalui landasan 
politik adalah satu tindakan yang betul dan beliau cukup teguh dengan pendirian 
tersebut. Dato' Nik Aziz mahu membentuk negara Malaysia sebagai sebuah negara 
islam yang melaksanakan undang-undang islam. Allah telah memberikan kuasa 
pemerintahan kepada beliau di Kelantan pada tahun 1990 yang mana beliau 
dilantik 
menjadi Menteri Besar Kelantan dan sehingga kini beliau masih lagi mengekalkan 
jawatan tersebut. Walaupun umumnya, kebanyakan orang terutama pengikutnya 
menyedari terdapat kesilapan yang dibuat oleh Dato' Nik Aziz namun tidak ada 
yang berani menegur kesilapan yang dibuatnya. Beliau yang memiliki perwatakan 
yang warak dan hidupnya yang bersederhana membuatkan ramai orang menyanyangi 
dan 
menyukainya dan mengelarkannya sebagai tuan guru. Walaupun beliau ada melakukan 
kesilapan, kebanyakan pengikutnya tidak ambil berat kesalahan yang dibuatnya 
dan 
masih mengakui beliau sebagai Mursyidul Am. Tidak ada mana-mana pemimpin dari 
UMNO yang boleh hidup secara sederhana seperti yang ditujukkan oleh Dato' Nik 
Aziz.
Apa saja kritikan yang dilemparkan kepada beliau oleh orang UMNO tidak memberi 
kesan yang mendalam terhadap pandangan dan pendirian pengikut PAS terhadap 
Dato' 
Nik Aziz. Walaupun Nik Aziz memegang jawatan sebagai menteri besar Kelantan 
namun dia masih melapangkan masa beliau untuk mengajar agama, memberi panduan 
dan pandangan agama serta beliau menjaga solat 5 waktu sehari. Tidak ramai 
pemimpin dalam UMNO yang boleh menyamai tahap pengetahuan agama dan tahap 
kesederhanaan yang ditunjukkan oleh beliau. Beliau sangat berpengaruh di 
Kelantan dan beliau kebanyakannya dapat memenangi hampir semua setiap kali 
pilihanraya diadakan selama ini. Bagi pengikut PAS dan kebanyakan rakyat 
Kelantan menganggap beliau adalah pemimpin yang sangat disegani dan merupakan 
mursyidul am dalam PAS. Beliau merupakan orang yang menentukan keputusan yang 
perlu dibuat dan polisi dalam PAS, manakala presiden dalam PAS hanya 
bertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan dan polisi yang telah dibuat oleh 
Dato' Nik Aziz. Dato' Nik Aziz mirip kepada pimpinan Ayatollah dalam Kerajaan 
Islam Syiah di Iran. Jawatan presiden dalam parti adalah jawatan yang 
dipertandingkan tetapi tidak bagi jawatan mursyidul am dan akan kekal dipegang 
oleh beliau hingga akhir hayat. Apa sahaja yang diperkatakan oleh Dato' Nik 
Aziz 
adalah pandangan bagi keseluruhan parti PAS dan bukanlah satu pandangan 
peribadi 
kerana beliau adalah Mursyidul Am dalam PAS.
Kebanyakan ahli PAS tidak akan sesekali menerima hakikat bahawa Dato' Nik Aziz 
hanyalah merupakan manusia biasa yang tidak lari dan akan melakukan kesalahan. 
Apa yang dapat dilihat ialah makin banyak Nik Aziz memberi kenyataan maka makin 
banyak kesalahan akan dilakukannya. Apabila beliau melakukan kesalahan, tidak 
ada seorang pun dari kalangan ahli PAS berani menegur atau mengingatkan beliau. 
Kerana terlalu menghormati beliau, kebanyakan ahli PAS memilih untuk berdiam 
diri apabila mereka melihat atau mendengar kesalahan yang dibuat oleh Dato' Nik 
Aziz ketika memberi komen dan kenyataan sesuatu perkara. Sebahagian ahli PAS 
akan berusaha mencari jalan untuk mentafsir secara positif setiap kali Dato' 
Nik 
Aziz membuat kesilapan ketika memberi komen satu-satu perkara dengan tujuan 
mereka terus menghormati Dato' Nik Aziz dalam hati mereka. Oleh kerana tidak 
ada 
seorang pun berani mengingatkan beliau setiap kali beliau melakukan kesalahan, 
hakikat sebenarnya Dato' Nik Aziz berada dalam kedudukan yang sangat bahaya 
kerana beliau akan terus melakukan kesalahan akan datang tanpa ada orang yang 
berani serta memiliki kebijaksanaan untuk menegurnya. Jadi, siapakah yang boleh 
menegur beliau selain daripada dirinya? Apabila menganggap seseorang itu tidak 
akan buat salah, sebenarnya anggapan sedemikian menjadikan sesorang itu 
seumpama 
tuhan. Setiap orang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Tidak ada seorang 
pun yang tidak melakukan kesalahan kecuali Allah. Begitu juga para rasul juga 
melakukan kesalahan, namun kerana mereka maksum, kesalahan mereka segera 
ditegur 
dan diampun oleh Allah. Dato' Nik Aziz juga tidak terlepas daripada melakukan 
kesalahan. Apabila Dato' Nik Aziz melakukan kesalahan, ini membuktikan bahawa 
beliau juga manusia biasa. Apabila Dato' Nik Aziz dikritik, beliau sebaiknya 
mendengar kritikan tersebut dan berfikir sejauh mana kebenaran kritikan 
tersebut. Sekiranya kritikan tersebut adalah benar, Dato' Nik Aziz sepatutnya 
menganggap kritikan tersebut datang dari Allah dan orang yang menegur itu hanya 
digunakan oleh Allah sebagai sebab semata-mata. Dato' Nik Aziz sepatutnya 
berdoa 
kepada Allah supaya orang yang menegur itu dirahmati oleh Allah kerana ia 
digunakan oleh Allah untuk menegur beliau. Dan sekiranya kritikan yang diberi 
tidak benar, maka Dato' Nik Aziz juga mesti menganggap kritikan tersebut datang 
dari Allah dan ianya merupakan ujian kepada beliau. Dato' Nik Aziz sepatutnya 
berdoa kepada Allah supaya Allah mengampuni orang yang kerana kekurangan 
ilmunya 
telah mengkritik beliau. Oleh kerana Dato' Nik Aziz telah terkenal dengan 
panggilan Tuan Guru maka Dato' Nik Aziz seharusnya berkelakuan sesuai dengan 
gelaran tersebut. Gelaran Tuan Guru tidak boleh sewenang-wenang digunapakai 
oleh 
orang yang tidak layak untuknya.
Apabila Dato' Nik Aziz mengatakan Allah samseng, adakah beliau tahu apa yang 
beliau telah perkatakan? Apabila Dato' Nik Aziz berkata Allah samseng, ini 
bermakna salah satu daripada 99 nama Allah, Asma Al-Husna adalah samseng. 
Adakah 
'samseng' merupakan salah satu daripada nama-nama Allah? Allah Maha dasyat 
dalam 
memberi hukuman dan Allah mengisytihartkan dengan angkuh tentang kekuasaanNya 
kerana Allah adalah pencipta, pemilik dan pentadbir mutlak kepada seluruh alam. 
Hanya Allah boleh bersifat angkuh dan keras kerana Allah adalah tuhan di dunia 
dan akhirat. Bolehkah Dato' Nik Aziz bercakap dengan angkuh dan keras walaupun 
kepada musuhnya? Adakah termaktub dalam perintah Allah kepada manusia supaya 
bercakap angkuh dan keras kepada manusia lain? Allah telah memerintahkan Nabi 
Musa supaya bercakap kepada Firaun dengan lembut dan bercakap dengan baik. 
Adakah Dato' Nik Aziz lebih baik dari Nabi Musa dan adakah musuh politik Dato' 
Nik Aziz lebih buruk dari Firaun? Jika Dato' Nik Aziz mendakwa, dia boleh 
bercakap dengan angkuh dan keras sebagaimana Allah bercakap kepada musuh Allah, 
ini seolah-olah Dato' Nik Aziz menyamakan diri beliau dengan Allah. Dato' Nik 
Aziz sepatutnya berpijak dibumi yang nyata bahawa kita sebagai hamba Allah, dan 
kita diperintah untuk taat segala perintah Allah dan kita sebagai hamba tidak 
diperintah oleh Allah untuk buat apa yang Allah boleh buat. Kita bukan Allah 
tetapi sebaliknya kita adalah ciptaan dan hamba Allah. Bila kita bercakap 
dengan 
angkuh dan keras kepada manusia, kita telah melanggar perintah Allah. Apabila 
kita melanggar perintah Allah, kita berdosa. Apabila kita berdosa, Allah 
perintahkan kita supaya bertaubat dan minta ampun dari Allah. Dan apabila kita 
memohon ampun dan taubat, kita telah mentaati perintah Allah dan ini 
menyebabkan 
Allah menyukai dan meredhai kita.
Apabila Dato' Nik Aziz memberi kenyataan satu masa dulu bahawa berkawan dengan 
syaitan lebih baik dari berkawan dengan UMNO, Dato' Nik Aziz sebenarnya 
menjatuhkan martabat dirinya sendiri. Hal ini kerana, Allah telah memerintahkan 
kita supaya tidak sesekali menjadikan iblis dan syaitan sebagai kawan. Musuh 
kita sebenar bukan manusia tetapi syaitan. Dato' Nik Aziz berkata lebih baik 
berkawan dengan syaitan daripada berkawan dengan orang UMNO. Dato' Nik Aziz 
tahu 
yang orang UMNO adalah orang islam dan berketurunan melayu. Orang islam dalam 
UMNO menjadi orang yang tidak taat perintah Allah kerana mereka ikut ajakan 
iblis dan begitulah juga Dato' Nik Aziz menjadi orang yang tidak taat perintah 
Allah disebabkan Dato' Nik Aziz juga ikut ajakan iblis. Allah memerintahkan 
Dato' Nik Aziz supaya berbuat baik dan bertolak ansur dengan orang islam yang 
melakukan kesalahan. Tetapi apabila Dato' Nik Aziz tidak berbuat baik dan 
bertolak ansur dengan orang islam yang melakukan kesalahan maka Dato' Nik Aziz 
melanggar perintah Allah dan melakukan perkara yang bertentangan dengan 
kehendak 
Allah. Sebaliknya, Dato' Nik Aziz lebih cenderung memilih untuk berkawan dengan 
orang yang bukan islam dalam DAP daripada memilih untuk berkawan dengan orang 
islam dalam UMNO. Ini kerana dalam hati Dato' Nik Aziz terlalu bencikan orang 
UMNO kerana pada beliau, UMNO pernah menipu PAS dan Dato' Nik Aziz suatu masa 
dulu. Adakah Dato' Nik Aziz tahu bahawa hampir semua orang politik adalah 
penipu 
termasuklah ahli politik dalam PAS sendiri. Apabila Dato' Nik Aziz memilih 
untuk 
tidak bersatu dengan orang melayu islam dalam UMNO tetapi memilih untuk bersatu 
dengan orang bukan islam dalam DAP, sebenarnya Dato' Nik Aziz telah melanggar 
perintah Allah. Iblis telah berjaya menghasut Dato' Nik Aziz supaya melakukan 
perkara yang melanggar perintah Allah. Allah mahu kita sentiasa memaafkan dan 
melupakan kesalahan orang terhadap kita, apatah lagi ia adalah seagama dengan 
kita tetapi Dato' Nik Aziz telah melabelkan orang UMNO sebagai kafir dan bukan 
orang islam.
Orang UMNO mungkin boleh jadi kafir dari segi amalan tetapi tidak dalam hati 
mereka. Kita tidak boleh menghukum mereka kafir kerana tidak tahu hati mereka. 
Orang UMNO telah mengucap dua kalimah syahadah yang mulia dengan itu mereka 
adalah orang islam tetapi iman belum masuk dalam hati mereka. Suatu waktu dulu 
zaman Rasulullah di medan perang, Hadrat Khalid ra. telah membunuh seorang 
musuh 
yang telah mengucap dua kalimah syahadah. Nabi Muhammad saw telah bertanya 
kepada Khalid ra. kenapa dia membunuh lelaki tersebut sedangkan dia telah 
mengucap. Hadrat Khalid ra. menjawab lelaki itu mengucap kalimah kerana dia 
takut dibunuh. Setelah itu, Nabi Muhammad saw bersabda, bagaimana kamu tahu 
keadaan hati dia? Dato' Nik Aziz tidak tahu apa sebenarnya dalam hati orang 
UMNO. Sepatutnya Dato' Nik Aziz mengakui bahawa orang islam dalam UMNO adalah 
orang islam kerana semua mereka telah mengucap dua kalimah syahadah dan tidak 
ada seorang pun dari kalangan mereka dilihat pergi ke kuil, gereja atau 
menyembah selain dari Allah. Orang UMNO mungkin orang yang melanggar perintah 
Allah tetapi mereka tidak kafir. Orang islam dalam PAS juga melanggar perintah 
Allah dan mereka juga tidak kafir.
Orang islam yang benar-benar taat di Malaysia adalah orang yang 
bersungguh-sungguh mengikuti setiap apa yang Nabi Muhammad saw lakukan. Tidak 
ada seorang pun dari kalangan ahli PAS yang membuat kerja dakwah seperti yang 
dilakukan oleh Rasulullah saw. Nabi Muhammad saw telah berdakwah kepada semua 
manusia termasuklah orang yang bukan islam tetapi ahli-ahli PAS hanya berminat 
mengajak orang bukan islam dan orang islam menjadi ahli PAS sahaja. Adakah 
kerja 
mengajak orang islam menjadi ahli PAS atau kerja yang dibuat oleh Jemaah 
Tabligh 
supaya menjadi ahli mereka merupakan benar-benar kerja dakwah yang ditunjukkan 
oleh Rasullulah saw?. Sebenarnya, kerja dakwah ialah kerja mengajak orang yang 
bukan islam supaya mengucap dua kalimah syahadah dan mengajak orang islam untuk 
taat perintah Allah. Perintah Allah yang pertama bagi orang islam ialah 
mengajak 
orang bukan islam supaya mengucap kalimah syahadah dan perintah Allah kedua 
ialah menjaga solat. Hampir tidak ada orang islam dalam PAS dan Jemaah Tabligh 
yang buat kerja dakwah yang sebenar seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw. 
Apabila kita tidak menjalankan kerja dakwah, maka kita menjadi kaum yang tidak 
taat terhadap perintah Allah yang pertama. Dato' Nik Aziz yang juga tergolong 
orang tidak taat kepada perintah Allah dan dalam keadaan tersebut, bagaimana 
mungkin Dato' Nik Aziz boleh menuduh orang islam dalam UMNO sebagai kafir. 
Orang 
islam dalam UMNO adalah orang yang melanggar perintah Allah dan begitulah juga 
Dato' Nik Aziz, dan mereka bukanlah orang kafir. Allah telah melarang kita 
berkawan dengan syaitan tetapi Allah tidak menghalang kita berbaik dengan 
orang-orang islam yang tidak taat perintah Allah dan orang bukan islam yang 
tidak memusuhi kita kerana agama.
Suatu masa dulu negara pernah digegarkan dengan kenyataan Dato' Nik Aziz 
berkata 
Allah juga mencarut dalam Quran. Kenyataan ini sebenarnya telah meletakkan 
darjat Allah menyamai darjat ciptaan Allah. Apabila Allah berkata dalam Quran 
'mereka lebih buruk dari haiwan',  ini bukan bermakna Allah mencarut tetapi ia 
merupakan perbandingan yang Allah gunakannya untuk menerangkan secara jelas 
kedudukan orang yang melanggar perintah Allah. Dalam bahasa melayu, ayat 
mencarut bermakna menyebut perkataan yang buruk dan perkataan yang buruk dalam 
bahasa melayu ialah perkataan yang berkaitan dengan bahagian kemaluan lelaki 
atau wanita. Apabila seorang berkata 'awak lebih buruk dari haiwan', ini bukan 
mencarut tetapi menerangkan secara jelas perbuatan buruk seseorang. Seorang 
yang 
dikatakan lebih buruk dari haiwan apabila dia hanya tahu untuk memenuhi 
kehendak 
dirinya sahaja dan langsung tidak berusaha memenuhi kehendak Allah swt. Mereka 
ini lebih buruk dari haiwan kerana mereka bersunguh-sungguh memenuhi keinginan 
mereka sahaja dan mereka sanggup melakukan perkara yang walaupun membahayakan 
orang lain. Dato' Nik Aziz telah menggunakan perkataan yang salah iaitu 
mencarut 
bagi membenarkan hujahnya untuk menerangkan perihal Allah menyebut dalam Quran 
tentang orang yang melanggar perintah Allah lebih buruk dari haiwan. Bila Dato' 
Nik Aziz berkata Allah mencarut, ini bermakna beliau telah menghina Allah. Ini 
tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia keluar dari mulut orang yang dianggap 
sebagai Tuan Guru oleh ahli PAS dengan mengatakan Allah juga mencarut. Semoga 
Allah mengampuni Dato' Nik Aziz atas kesalahan tersebut. Iblislah musuh sebenar 
Dato' Nik Aziz. Iblis telah dan sedang bekerja siang malam terhadap Dato' Nik 
Aziz lebih daripada orang-orang lain dalam PAS kerana beliau ketua kepada ahli 
PAS. Sekali Dato' Nik Aziz berjaya disesatkan dari jalan yang benar, maka 
seluruh ahli PAS juga akan turut berjaya disesatkan oleh Iblis. Iblis berusaha 
keras terhadap Dato' Nik Aziz berbanding ahli-ahli PAS yang lain. Seorang yang 
memiliki status Tuan Guru adalah lebih baik banyak mendiamkan diri daripada 
banyak bercakap. Apabila Dato' Nik Aziz ingin membuat kenyataan, fikirlah 
banyak 
kali sebelum melakukannya. Ini kerana, semakin banyak kesalahan dibuat oleh 
Dato' Nik Aziz, maka semakin banyak peluang bagi iblis untuk menyesatkan Dato' 
Nik Aziz dan semua ahli PAS khususnya dan orang islam di Malaysia umumnya.
Add a comment to this post        

  WordPress.com | Thanks for flying with WordPress!
Manage Subscriptions | Unsubscribe | Reach out to your own subscribers with 
WordPress.com.  

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser: 
http://subscribe.wordpress.com 



      

Kirim email ke