Keadaan di Malaysia semakin kalut tiap hari. Kes bunuh diri meningkat, kes 
buang bayi meningkat, gejala social dan maksiat sudah tak terkawal. Sekarang 
kita seorang datuk pula maut diserang cucunya sendiri di FELDA Palong, Negeri 
Sembilan. Kembalilah kita kepada Islam secara total tanpa belah bahagi. ( 
Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com )

BERITA HARIAN 15 Januari 2011

JEMPOL: Saya hanya mampu memangku tubuh suami yang berlumuran darah sebelum dia 
menghembuskan nafas terakhir beberapa minit kemudian, kata seorang wanita warga 
emas menceritakan detik terakhir bersama suaminya yang mati dipercayai selepas 
diserang cucu mereka sendiri bersama tiga remaja lain di Jempol, malam 
kelmarin. 

Halimah Mat Yassin, 57, yang turut cedera dalam kejadian kira-kira jam 9 malam 
itu, berkata dia bersama suami, Mokhtar Yusof, 71, baru pulang ke rumah mereka 
di FELDA Palong 2, di sini dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala 
Pilah selepas melawat seorang saudara yang sakit. Kami terkejut melihat rumah 
berselerak sebaik membuka pintu. Menyedari sesuatu tidak kena, kami masuk 
memeriksa dan terperanjat melihat cucu berusia 17 tahun serta seorang rakannya 
berada dalam sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan. Kami minta mereka tidak 
melakukan perkara tidak diingini, tetapi tiba-tiba muncul dua lagi rakan cucu 
saya, termasuk seorang perempuan hingga keadaan jadi kelam kabut. Kemudian 
berlaku pergelutan dan sedar-sedar, suami saya sudah berlumuran darah, katanya 
ketika ditemui di tempat kejadian. 

Halimah yang luka tangan kanan dan masih dalam keadaan terkejut, berkata dia 
tergamam dengan kejadian itu kerana tidak menyangka suaminya akan ditikam 
hingga menemui ajal, manakala empat remaja terbabit kemudian melarikan diri 
bersama beg mengandungi wang tunai dan barangan kemas. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Zazali 
Hashim, berkata siasatan mendapati seorang daripada suspek yang berusia belasan 
tahun itu adalah cucu mangsa yang mempunyai masalah akhlak dan tidak tinggal 
bersama pasangan terbabit.  

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Datukmautdiserangcucu/Article 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke