Berita Harian – 18hb Januari 2003

Apabila seseorang membicarakan tentang kecanggihan peralatan Angkatan Tentera 
Singapura (SAF), secara spontan nama jet pejuang F-16, helicopter pengempur 
Apache, kapal selam Sea Serpent, peluru berpandu AIM-120C, kapal terbang 
pengisi minyak KC-135, kapal terbang pengintip tanpa pemandu Scout dan satelit 
pengintip ala Ofeq Israel akan timbul.

Menteri Pertahanan Singapura Tony Tan apabila mengumumkan niat Singapura untuk 
membangunkan konsep ala AS berkata, “Serangan pada masa akan datang adalah 
berbentuk baru yang memerlukan keupayaan, kecekapan dan peralatan yang 
berbeza”. Bentuk serangan baru yang dimaksudkan oleh Tony Tan ialah serangan 
bentuk biologi atau pun lebih dikenali dengan nama keganasanbio (bioterrorism).

Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini, secara penuh rahsia telah pun 
memulakan program pertahanan dari keganasanbio. Baru-baru ini kerajaan 
Singapura telah memperuntukkan lebih dari RM 210 juta khas untuk menjalankan 
penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membangunkan sistem pertahanan dari 
kegananasanbio.

Singapura amat menyedari bahawa negara mereka adalah terdedah kepada serangan 
keganasanbio kerana faktor keluasan yang terhad, kepadatan penduduk yang tinggi 
dan mempunyai jumlah orang asing (dari negara Barat) yang ramai. Faktor ini 
yang menyebabkan mereka mengambil langkah pertahanan keganasanbio yang drastik 
kerana peralatan ketenteraan yang lazim tidak mampu melindungi rakyat mereka 
dari serangan bentuk baru ini.

Serangan antrak AS yang mengorbankan lima orang telah mempamirkan bagaimana 
keganasanbio dengan mudah dapat menghuru-harakan satu negara. Walaupun serangan 
antrak yang dilakukan adalah begitu terhad sekali, tetapi kesan yang dirasai 
sudah cukup untuk mengacau bilaukan kehidupan seharian. Penemuan toxin ricin di 
kota London dua tiga hari lepas sudah cukup bukti yang menunjukkan kekacauan 
boleh berlaku sebelum serangan sebenar dilakukan.

Strategis pertahanan Singapura amat menyedari hakikat bahawa untuk memperondak 
peranda negara mereka, serangan jet pejuang atau peluru berpandu musuh dengan 
mudah mereka dapat menangkis, tetapi serangan keganasanbio amat sukar 
dibenteras.

Makmal Nasional Organisasi Sains Pertahanan (DSO) dan industri pertahanan 
Singapura adalah pelopor utama yang menjalankan R&D bidang pertahananbio. 
Semenjak ditubuhkan 30 tahun lepas, Makmal DSO kini mempunyai lebih dari 1000 
staf yang terdiri dari kepakaran berbagai bidang seperti elektronik, kimia dan 
biologi.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa R&D untuk memerangi keganasanbio yang 
dijalankan oleh Makmal DSO adalah yang terbaik di rantau Asia Pasifik. Malah 
dari segi mengesan serangan agen biologi, Singapura berada jauh dihadapan 
berbanding dengan Jepun, China atau pun Korea Selatan.

Serangan dari agen biologi adalah lebih sukar dikesan berbanding dengan 
serangan dari agen kimia kerana organisma biologi yang dapat digunakan sebagai 
agen adalah berbagai bentuk dan sukar untuk dikesan. Tetapi apabila serangan 
agen biologi antrak berlaku di AS selepas serangan September 11, Singapura 
dikatakan telah begitu bersedia berbanding dengan jiran-jiran mereka kerana R&D 
Makmal DSO adalah jauh dihadapan.

Sejarah telah membuktikan setiap negara yang mengamalkan R&D pertahananbio akan 
turut terjebak membangunkan R&D senjata seranganbio. Singapura juga tidak 
terkecuali dengan pemahaman yang sedemikian. Lebih-lebih lagi strategis 
pertahanan Singapura mengamalkan doktrin pertahanan senjata berteknologi tinggi 
untuk berada satu tahap kehadapan di rantau Asia Tenggara.

Apabila Singapura membuat perolehan jet pejuang, satelit pengintip atau peluru 
berpandu, negara-negara jiran dengan mudah dapat menyusun sistem pertahanan 
mereka kerana keupayaan peralatan diatas adalah nyata.

Tetapi apabila Singapura dengan begitu galak membangunkan sistem pertahananbio 
mereka, ia banyak menimbulkan tanda tanya dan spekulasi daripada jiran-jiran 
rantau Asia Tenggara. Ini adalah kerana tiada siapa yang mengetahui apa yang 
sedang dibangunkan kerana ia dijalankan dalam penuh kerahsiaan. Malah rakyat 
Singapura sendiri tidak diberitahu apa bentuk R&D yang sedang dijalankan oleh 
Makmal DSO.

Apabila jiran-jiran Singapura tidak mengetahui dengan jelas apakah kemampuan 
pertahananbio atau seranganbio yang dimiliki oleh SAF, maka strategis 
pertahanan negara lain akan membuat andaian yang melampau. Keadaan ini jelas 
diperlihatkan melalui persepsi AS terhadap Iraq yang dikatakan mempunyai 
senjata nuklear, kimia dan biologi.

Apabila ini berlaku, maka rantau Asia Tenggara akan menjadi kancah perlumbaan 
senjatabio. Tidak cukup dengan keadaan dimana perlumbaan senjata yang sedang 
berlaku kerana Singapura dengan galak memperolehi kelengkapan senjata moden, 
rantau Asia Tenggara bakal menerima bahang perlumbaan senjata bentuk biologi 
gara-gara Singapura ingin membangunkan pertahananbio negara mereka

Sumber dari 
http://syukran.wordpress.com/2009/09/03/singapura-galak-bangun-sistem-pertahanan-biologi/
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke