JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT

Salam hormat,
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menjalankan siri Jelajah Mahasiswa 
Selamatkan Rakyat secara besar-besaran pada :

Tarikh : 10 April 2011 (Ahad)

Masa : Bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Destinasi: KL Sentral - Seremban - KL Sentral

Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Siri jelajah dari KL ke Seremban ini diadakan bagi menunjukkan rasa protes 
mahasiswa terhadap suasana politik tanah air yang dilihat terlalu jijik & kotor 
terutamanya dalam isu video lucah yang kini hangat diperkatakan di seluruh 
negara. 

Selain menunjukkan rasa protes & ketidak puas hatian terhadap situasi politik 
negara pada masa kini, siri jelajah ini juga diadakan bagi menunjukkan rasa 
cinta dan sayang mahasiswa terhadap negara dan turut mengharapkan prekembangan 
politik yang lebih sihat & konstruktif akan berlaku di dalam negara ini.

Siri jelajah ini akan bermula dari stesen KL Sentral pada jam 8.00 pagi di mana 
seluruh mahasiswa dari beberapa IPTA dan IPTS dari Lembah Klang akan berkumpul 
dan sesi taklimat ringkas sebelum siri jelajah bermula akan dijalankan. 
Seterusnya, seluruh mahasiswa yang akan menggunakan tema pakaian putih pada 
hari tersebut akan menaiki komuter untuk menuju ke Seremban dengan membawa 
beberapa pelekat & kain rentang.

Seterusnya, mahasiswa akan turun di beberapa stesen komuter yang terpilih untuk 
mengadakan 'silent protest' dengan mengangkat pelekat, kain rentang & 
mengedarkan risalah kepada orang ramai hingga ke stesen komuter Seremban. 
Kemudian, mahasiswa akan kembali semula ke stesen KL Sentral untuk mengedarkan 
risalah, ucapan daripada beberapa pimpinan mahasiswa & seterusnya akan 
mengadakan sidang media sebelum siri jelajah ini berakhir.

Siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat KL Sentral - Seremban yang dijangkakan 
akan menghimpunkan mahasiswa dariUM,UKM,UPM,UPSI,KUIS,USIM,UIA,UTMKL,UNISEL & 
UITM ini merupakan satu aktiviti jelajah terbesar yang julung-julung kalinya 
dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan ia juga merupakan salah 
satu usaha murni di peringkat mahasiswa untuk memulihkan kembali suasana 
politik Malaysia yang kian kotor di dalam rangka gerak kerja Kempen Mahasiswa 
Selamatkan Rakyat.


Terima kasih,
Ahmad Shukri Kamarudin
Sekretariat Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
013- 3676 124

Sumber 
http://wakkangwhilemyguitargentlyweeps.blogspot.com/2011/04/jelajah-mahasiswa-selamatkan-rakyat.html
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke