Apa boleh buat, pemimpin Malaysia sedang sibuk berkempen di Sarawak dan juga sibuk dengan Video Lucah sampai tak ada masa hendak berunding dengan kerajaan Indonesia mengenai masalah sempadan laut dua negara berjiran serumpun ini. Antara kemungkinan punca masalah nelayan sering kena tangkap ialah Indonesia menolak peta sempadan laut Malaysia tahun 1979, Indonesia menggunakan peta dari aturan Konvensi Hukum Laut (UNCLOS) tahun 1982.
Analisis lanjut mengenai masalah sempadan maritime antara Malaysia dan Indonesia ini di http://amkns.blogspot.com/2010/09/nelayan-malaysia-ditangkap-tentera.html Buat malu saja, pihak berkuasa Indonesia acukan pistol pun helikopter kita tidak boleh berbuat apa-apa. Apa pun, satu langkah yang bijak oleh APMM dan TLDM untuk mengelakkan konfrontasi. Pemimpin Negara harus selesaikan isu masalah sempadan maritim ini yang sudah lama berlarutan. Yang menjadi mangsa ialah para nelayan kita. Rakyat sudah bosan dengan sikap Pemimpin Negara dan Video Lucah. Foto helikopter APMM dan TLDM di http://amkns.blogspot.com/2011/04/helikopter-tentera-malaysia-hampir.html SELAMATKAN RAKYAT ! DUA BOT TEMPATAN DITAHAN PIHAK BERKUASA INDONESIA Utusan Malaysia 9 April 2011 KUALA LUMPUR 8 April - Dua bot nelayan tempatan kelas C dari Hutan Melintang Perak telah ditahan oleh pihak Jabatan Pengawasan Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Republik Indonesia di Selat Melaka kira-kira 25 batu nautika dari sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan 45 batu nautika barat daya Pulau Pinang semalam. Seramai 12 krew berasal dari Thailand, berusia lingkungan 30 an dari kedua-dua bot dengan nombor pendaftaran KH 5195 dan KH 5325 itu dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia yang menaiki bot mereka dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12.30 tengah hari. Menurut satu kenyataan yaang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghantar empat helikopter dan dua buah kapal peronda ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat. "Dua helikopter yang terlibat ialah jenis AW139 dari APMM, manakala dua helikopter jenis Super Lynx dan Fennec dari TLDM. "APMM telah menghubungi bot Indonesia melalui radio bagaimanapun tiada maklum balas yang menyebabkan satu arahan menggunakan pembesar suara dibuat agar kedua-dua bot tersebut dilepaskan," kata kenyataan itu. Bagaimanapun, usaha untuk membebaskan semula krew kedua-dua bot tempatan itu tidak berjaya kerana krew bot pihak berkuasa Indonesia itu mengacukan pistol ke arah helikopter APMM. "Tindakan pihak berkuasa (Malaysia) tidak menggunakan kekerasan adalah untuk mengelakkan sebarang ketegangan terhadap tindakan provokasi bot negara jiran itu," katanya. Menurut sumber, tindakan provokasi dari bot Indonesia masih berterusan dan dalam kejadian terbaru hari ini pula, cubaan sebuah kapal Navy 826 Indonesia untuk menahan sebuah bot tempatan di selatan Pulau Jarak berjaya dipatahkan pihak berkuasa. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

