Aqsa Syarif mengajak rakyat Malaysia memperingati tragedi Deir Yassin - 9
April 1948

Tarikh 9 April akan sentiasa terpahat di hati rakyat Palestin sebagai
tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun tragedi dahsyat itu
sudah berlalu 63 tahun yang lalu, ia tetap menghantui rakyat Palestin dan
sesiapa sahaja yang punya rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pada dinihari sekitar 4.30 pagi Jumaat 9 April 1948, kumpulan pengganas
zionis Haganah membariskan 33 orang yang menghadiri majlis perkahwinan di
sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin
kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan. Hanya seorang kanak-kanak yang
berumur 12 tahun ketika itu hidup untuk menceritakan pengalaman ngeri yang
disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Terselamat kerana dilindungi oleh
mayat-mayat ahli keluarganya , beliau melihat sendiri bagaimana adek
perempuannya yang berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh
pengganas-pengganas tersebut.

Itulah dia tragedi Deir Yassin yang akan kekal ditulis dengan tinta darah.
Peristiwa yang amat dahsyat ini dilakukan oleh sekelompok manusia yang
mendakwa mereka diseksa dengan kejam oleh Nazi di kem-kem Auswitch,
Bergen-Belsen dan Dachau. Ternyata kezaliman dan tindakan yang tidak akan
dilakukan oleh haiwan sekalipun membuktikan bahawa pendukong zionis hanya
berselindung disebalik penderitaan mereka untuk melakukan perbuatan yang
jauh lebih keji dari apa yang mereka alami. Peristiwa Deir Yassin
menyaksikan bagaimana tahap kemanusiaan sudah jatuh ke tahap yang amat keji
sehingga tidak mungkin dibayangkan oleh sesiapa yang masih waras akal
fikirannya. Cukuplah apa yang didedahkan oleh beberapa orang yang terselamat
kerana terlindung di sebalik tumpukan mayat dan timbunan batu dan kayu yang
menyaksikan bagaimana wanita-wanita hamil dirodok perut mereka dan
dikeluarkan janinnya. Semua ke 25 orang ibu yang mengandung dipaksa melihat
bagaimana bayi yang mereka kandung dikerat sebelum menghembuskan nafas yang
terakhir. Kanak-kanak pula dipancung di hadapan ibu-ibu mereka. Seramai 52
orang kanak-kanak dibunuh secara kejam begini. Ternyata perbuatan amat
biadap ini sengaja dirancang untuk menimbulkan ketakutan yang mencengkam di
sanubari rakyat Palestin supaya mereka segera meninggalkan tanah air mereka
demi keselamatan diri dan keluarga. Siri-siri pembunuhan beramai-ramai ini
telah berlaku di banyak tempat sebelum Deir Yassin, namun sebagai umat yang
bermaruah, rakyat Palestin sama-sekali tidak akan menyerah kalah. Mereka
tetap bertahan dan mempertahankan kampong halaman mereka meski terpaksa
berhadapan dengan kumpulan pengganas Zionis yang disokong oleh Bangsa-bangsa
Bersatu, British dan negera-negara Eropah. Bantuan kewangan dan senjata
terus dinikmati oleh tiga kumpulan pengganas yahudi seperti Irgun, Haganah
dan Stern gang. Menjelang November 1974 apabila pelan pemisahan (partition
plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas yahudi
sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortas.
Dengan pelbagai senjata ini mereka menceroboh kampong halaman rakyat
Palestin di Qilqiya, Nablus, Akka, Tulkarem, Beersheba, Baisan, Haifa dan
Yaffa. Kemuncaknya ialah pembunuhan yang berlaku di Dier Yassin pada 9 April
1948.

Tindakan biadap kumpulan Haganah disempurnakan oleh Irgun yang dipimpin oleh
tak lain dan tak bukan Menachem Begin. Dia bersama rakan-rakan remajanya,
lelaki dan perempuan melakukan ‘operasi pembersihan’ ke atas Deir Yassin.
Para doctor dari Persatuan Palang Merah menyaksikan bagaimana para remaja
ini memastikan tidak ada yang hidup dengan membunuh sesiapa sahaja yang
masih bergerak dengan sub mesin gun, bayonet dan pisau. Cara pembunuhan
mereka tidak pernah dilakukan di dalam sejarah iaitu dengan meniris mangsa
dari hujung kepala ke hujung kaki dan membiarkan mereka mati dengan penuh
seksa.

Menachem Begin kemudiannya diangkat menjadi Perdana Menteri Israel dan
dijulang sebagai pejuang kemanan dunia yang dianugerahkan hadial nobel untuk
keamanan. Anugerah berprestij ini dikongsi bersama Anwar sadat hasil dari
perjanjian damai Camp David pada tahun 1978 di antara Mesir dan Negara haram
Israel. Satu perjanjian yang menyaksikan Anwar Sadat dihina di seluruh dunia
dengan mengiktiraf Israel dan ditempelak oleh Menachem Begin dengan ucapan
biadapnya ‘Selamat dating ke Jerusalem, ibu Negara abadi Israel’. Perjanjian
inilah yang telah menggadaikan maruah umat Islam dan rakyat Mesir. Mesir
yang sebelum itu merupakan satu-satunya Negara Arab yang mempunyai kekuatan
yang standing dengan Israel bertukar menjadi kambing yang dikebirikan. Sejak
tahun 1978 hingga tumbangnya Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011, Mesir
diberikan kepercayaan penuh oleh Amerika Syarikat untuk memastikan
keselamatan Israel sentiasa dipelihara.

Tragedi Deir Yassin adalah symbol berdirinya Negara haram Israel di atas
darah rakyat Palestin yang tumpah membasahi bumi. Menachem Begin di dalam
bukunya *‘The Revolt’ *dengan bangganya mengatakan

“Tanpa apa yang dilakukan di deir Yassin maka tidak akan wujud Negara
Palestin. Dia menambah; ketika Haganah menjalankan beberapa operasi yang
Berjaya di medan-medan lain…orang-orang Arab menyelamatkan diri mereka
dengan disertai panic sambil menjerit ketakutan ‘Deir Yassin!’

Menachem Begin dan semua pepimpin Israel yang dijulang sebagai negarawan dan
pejuang keamanan dunia seperti Arial Sharon dan Shemon Peres adalah
remaja-remaja bersenjata yang membunuh rakyat palestin tanpa sedikitpun
merasa bersalah. Kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada
tahun 1982 yang menyaksikan lebih 3,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam
oleh Arial Sharon adalah bukti jelas bahawa *‘modus operandi’ *mereka tidak
akan berubah. Inilah pendekatan yang masih digunakan oleh Israel di Gaza,
Nablus, Ramallah, Jenin, Baitul maqdis dan al-Khalil bagi mengekalkan
pendudukan, pengepungan dan penghinaan ke atas Masjid al-Aqsa. Bagi mereka
nyawa rakyat Palestin tidak punya harga dan mereka akan hapuskan seramai
mana rakyat palestin yang diperlukan bagi memastikan Negara haram Israel
terus kekal dan lestari.

Aqsa Syarif mengajak umat islam dan rakyat Malaysia sempena ulang tahun
tragedy pembunuhan Deir Yassin supaya memperbaharui tekad dan keazaman untuk
membela rakyat Ralestin dan berjuang berganding bahu untuk memerdekakan
rakyat dan bumi Palestin yang terjajah.

:Luka Deir yassin masih berdarah meski sudah berlalu 63 tahun. Satu-satunya
jalan untuk menyembuhkan luka yang amat pedih yang ditanggung oleh rakyat
Palestin ini ialah dengan berjuang untuk mengembalikan maruah saudara kita
di Palestin.

Ayuh! Bersama Aqsa Syarif mempergiat usaha untuk membantu perjuangan
pembebasan Palestin.



Aqsa Syarif

9 April 2011

Kirim email ke