Sebelum ini saya ada menulis mengenai masalah pembuangan sampah dan sisa binaan 
oleh pihak tidak bertanggungjawab berhampiran Surau Taman Alamanda, Senawang. 
Walaupun berulang kali dibuat aduan ke Majlis Perbandaran Seremban, tiada 
tindakan yang konkrit oleh MPS. Akhirnya penduduk taman tersebut mengambil 
tindakan sendiri dengan meletakkan penghadang yang dapat mencegah terus 
perbuatan pembuangan sampah dan sisa binaan.

Nampaknya bukan di Taman Alamanda saja perkara ini berlaku. Utusan Malaysia 9 
April 2011 melaporkan masalah pembuangan sampah dan bahan binaan oleh pihak 
tidak bertanggungjawab ini lebih serius berlaku di Taman Senawang Jaya.

Gambar sebelum penghadang ada di Taman Alamanda di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/majlis-perbandaran-seremban-tak-boleh.html 

Gambar penghadang yang dipasang oleh penduduk sendiri baru-baru ini tanpa 
bantuan MPS di 
http://waghih.blogspot.com/2011/04/senawang-pusat-pembuangan-sampah-sisa.html 

TAPAK RUMAH TERBENGKALAI JADI TEMPAT BUANG SAMPAH, SISA TOKSIK
Utusan Malaysia 9 April 2011 

SEREMBAN 8 April - Pekerja kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Senawang 
dekat sini mendakwa lokasi tapak rumah terbengkalai berhampiran kilang 
berkenaan kini menjadi tumpuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang 
sampah serta sisa toksik. 
Tindakan itu menjadi punca dan masalah bau busuk kepada pekerja kilang 
berkenaan termasuk penduduk di sekitar kawasan tersebut berikutan bau sisa 
berkenaan boleh dihidu dari jarak satu kilometer.

Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar kilang terbabit, Ismail Mohd. Yunus berkata, 
pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengawal keselamatan 
bertugas.

"Sampah berupa sisa toksik ini dipercayai dibuang di kawasan ini sejak tiga 
hari lalu, selain bau busuk kita bimbang sisa toksik ini boleh memudaratkan 
kesihatan pekerja.

"Saya dimaklumkan bahawa pada Isnin lalu terdapat dua buah lori persendirian 
membuang sampah tersebut di kawasan ini kira-kira pukul 10.50 malam," katanya 
kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata, sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sehingga 
menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pekerja kilang.

"Bau busuk sampah ini sangat kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja berasa 
mual dan pening kepala setiap hari.

"Orang ramai yang melalui kawasan ini dan penduduk di Taman Senawang Jaya dekat 
sini juga diyakini berhadapan dengan masalah yang sama," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke