Perhatian kepada orang Sendayan, Negeri Sembilan. Satu Tapak Pelupusan Berpusat 
yang terbesar akan didirikan di sana seluas 120 hektar sekiranya ianya 
diluluskan. Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar telah pun siap dan boleh dimuat 
turun di laman web Jabatan Alam Sekitar. Lokasi cadangan tapak pelupusan sampah 
ini terletak di Ladang Tanah Merah berhampiran Kg Jimah dan Kg Gadong Jaya.

Sekiranya projek ini siap, seluruh sampah di Negeri Sembilan akan dilupuskan di 
Sendayan.

Sila lihat peta lokasi kawasan cadangan di 
http://pasns.blogspot.com/2011/08/sendayan-akan-dijadikan-tapak-pelupusan.html 

Sila muat turun laporan Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar Tapak Pelupusan 
Sampah Ladang Tanah Merah di 
http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/Executive-Summary_DEIA-for-Proposed-Development-of-Sanitary-Landfill-Negeri-Sembilan-1.pdf
 

TAPAK PELUPUSAN DI TANAH MERAH DALAM PERINGKAT KAJIAN KESAN ALAM SEKITAR

SEREMBAN, 31 Mei 2011 (Bernama) -- Menyedari betapa meruncingnya masalah tapak 
pelupusan sampah di Negeri Sembilan, kerajaan negeri mencadangkan pembinaan 
tapak pelupusan sanitari di Tanah Merah, Port Dickson.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan 
Pengangkutan Awam negeri Datuk Siow Chen Pin berkata tapak pelupusan ini akan 
dapat memenuhi keperluan pelupusan sampah bagi kawasan kritikal iaitu kawasan 
Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port 
Dickson, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah Tampin.

"Tapak pelupusan sanitari di Tanah Merah itu kini dalam peringkat kajian kesan 
alam sekitar," katanya pada program penempatan tong komunal Jabatan Pengurusan 
Sisa Pepejal Negara (JPSPN) 1,100 liter oleh SWM Environment Sdn Bhd di sini, 
Selasa. Turut hadir Pengurus Besar SWM Environment Dr Uzir Abdul Malik.

Katanya bagi kawasan di daerah lain seperti Majlis Daerah Jempol, Majlis Daerah 
Jelebu dan Majlis Daerah Kuala Pilah, masih boleh menggunakan tapak pelupusan 
Koh Foh.

Begitu pun, katanya tapak pelupusan Bukit Palong, Sua Betong, Kuala Sawah, Ulu 
Maasop dan Pajam telah pun dilaksanakan penutupan selamat.

Siow berkata pemberian tong komunal JPSPN secara percuma adalah salah satu 
usaha kerajaan persekutuan untuk memberikan kemudahan pelupusan sampah dengan 
lebih baik dan teratur.

Oleh itu, katanya semua pihak perlu bersama-sama memainkan peranan positif 
untuk menjaga kebersihan persekitaran dengan memastikan sampah dimasukkan ke 
dalam beg plastik sampah sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

Uzir berkata pihaknya telah menempatkan sebanyak 79 buah tong sampah komunal 
berkapasiti 1,100 liter di kawasan strategik khususnya di kawasan penduduknya 
mempunyai kepadatan tinggi seperti rumah pangsa dan kawasan pinggiran bandar 
sejak Mac lepas.

Tong komunal untuk pembuangan sampah domestik diberikan oleh JPSPN bagi 
ditempatkan di lokasi terpilih di negeri ini bagi memastikan persekitaran 
bersih ke arah pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 
(Akta 672) nanti.

Tong komunal yang diperbuat dengan cara 'injection moulding' daripada plastik 
HDPE yang tahan lama, mempunyai roda dan mudah digerakkan. Ia direka dengan 
sistem canggih untuk mengangkat tong secara mekanikal.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=590399&cat=tn 


TAPAK PELUPUSAN SANITARI BERPUSAT BARU GUNA TEKNOLOGI TERKINI

SEREMBAN, 4 Okt (Bernama) -- Tapak pelupusan sanitari berpusat di Ladang 
Perhentian Tinggi, Rembau yang dibangunkan oleh Southern Waste Management Sdn 
Bhd (SWM), syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal, akan menggunakan kepakaran 
dan teknologi terkini bagi menyediakan sistem pelupusan sampah moden dan mesra 
alam.

Pengurus Besar SWM Negeri Sembilan Dr Al Ashari Othman berkata tapak pelupusan 
di kawasan seluas 57.105 hektar itu masih dalam proses mendapatkan kelulusan 
kesan alam sekitar terperinci daripada pihak berkuasa.

"Kajian kesan alam sekitar bagi projek ini dibuat mengikut kehendak dan 
keperluan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ini perlu bagi memastikan reka bentuk dan 
sistem yang akan digunakan dapat melindungi alam sekitar daripada kesan negatif 
serta pencemaran," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa SWM 
bersama media, di sini, Selasa.

Katanya pembinaan dan pengurusan pusat pelupusan sanitari itu akan melaksanakan 
amalan terbaik mengikut piawaian yang diamalkan di negara maju.

"Ia akan dilengkapi teknologi kejuruteraan bagi mencegah pencemaran air bawah 
tanah, pemasangan sistem paip untuk mengawal bahan pencemaran serta penghasilan 
gas hasil daripada proses pereputan sampah.

"Loji rawatan air larut resap disediakan, dengan air larut resap dirawat secara 
fizikal dan kimia sehingga selamat untuk dilepaskan mengikut piawaian yang 
ditetapkan," katanya.

Dr Al Ashari berkata pusat pelupusan sanitari itu yang dapat menampung 6.5 juta 
tan sampah, mampu mengurus antara 700 dan 1,120 tan sampah sehari.

Katanya berikutan pembinaan pusat pelupusan sanitari ini, kemudahan seperti 
stesen pemindahan, turut disediakan selain kemudahan rawatan sampah atau kitar 
semula serta ditukar menjadi tenaga atau bahan bakar berasaskan bahan buangan.

Beliau berkata pembinaan tapak pelupusan sanitari berpusat itu adalah antara 
usaha jangka panjang kerajaan negeri untuk menjadikan Negeri Sembilan sebuah 
bandar bersih dengan alam sekitar yang terpelihara.

Katanya tapak pelupusan sanitari berpusat ini akan dibangunkan secara 
berperingkat-peringkat, dengan pembinaan fasa pertama dijangka dimulakan akhir 
tahun ini.

Pusat itu akan menampung sampah Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Majlis 
Perbandaran Port Dickson (MPPD), Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Majlis Daerah 
Tampin (MDT) dan Majlis Daerah Rembau (MDR), katanya.

Sementara itu, beliau berkata memandangkan jangka hayat tapak pelupusan 
Chembong, Rembau hampir tamat dan tidak lagi dapat menampung kapasiti sampah 
dari MPS dan Nilai Selatan, tapak pelupusan berkenaan hanya dibuka untuk 
menerima sampah MDR sahaja.

Dr Al Ashari berkata Kerajaan Negeri pada 12 Jun lepas memutuskan supaya sampah 
MPS dan Nilai Selatan dihantar ke tapak pelupusan Bukit Palong, Lukut sehingga 
pusat pelupusan sanitari berpusat baru siap selewat-lewatnya awal tahun depan.

-- BERNAMA

http://web6.bernama.com/client/iwk/berita.php?id=223059 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke