KETIDAKADILAN PEMBAHAGIAN NOTEBOOK 1MALAYSIA ! Saya bagi pihak penjaga salah 
seorang pelajar dari Sekolah Dato’ Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri 
Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan 
notebook 1Malaysia kepada pelajarnya.

Untuk makluman pihak tuan, guru-guru telah memilih senarai pelajar yang layak 
menerima notebook secara rawak. Pihak sekolah tidak mengkaji latar belakang 
pelajar dengan lebih teperinci. 

Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang 
berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut 
merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja.

Selain itu, ada juga pelajar yang mempunyai penjaga yang berpendapatan melebihi 
kelayakan yang sepatutnya telah mendapat bantuan ini. 

Saya bagi pihak yang prihatin ingin memaklumkan bahawa lebih ramai lagi pelajar 
di sekolah ini yang layak menerima bantuan notebook antaranya keluarga pelajar 
yang menerima bantuan PPRT tetapi malangnya mereka tdak diberi perhatian olah 
pihak sekolah. 

Jadi, dimanakah hilangnya keprihatinan guru-guru terhadap anak murid yang susah 
tetapi mempunyai masa hadapan yang cerah jika pada waktu ini mereka diabaikan?

Diharap dengan aduan ini,pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan 
masalah ini dengan segera kerana kita semua maklum bahawa sumbangan notebook 
1Malaysia ini adalah berterusan dan tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. 
Sekian..

By: ahmad diah - Aduan Rakyat, 11 Ogos 2011
http://www.aduanrakyat.com.my/ketidakadilan-pembahagian-notebook-1malaysia 

PEMBAHAGIAN NETBOOK OLEH KERAJAAN 
Aduan Rakyat, 11 Ogos 2011 

Merujuk kepada pembahagian netbook oleh kerajaan bermula 2010 lagi. Pihak 
kerajaan perlu membuat semakan. Jangan hanya merasa seronok dapat menunjukkan 
kebaikan melalui dada akhbar sahaja. Kerajaan yang prihatin.

Macam biasa bagi mereka yang dapat tersenyum lebar tetapi apa perasaan bagi 
yang tak dapat seperti saya.

Asas pemilihan tidak berapa jelas, keluarga miskin sahaja atau ada faktor lain. 
Sebagaimana yang diadukan ada juga dikalangan penerima dari keluarga yang agak 
berada. Keluarga yang tak dapat tetapi merasakan mereka layak juga tentu rasa 
terkilan. Terus tertanam rasa tidak hormat kepada kerajaan.

Miskin juga satu faktor relatif. 

Umpamanya pendapatan keluarga RM1,500 dianggap miskin dan layak. Pendapatan 
RM3,500 tidak layak. Cuba bandingkan siapa lebih miskin. Keluaga A (pendapatan 
RM1,500) dengan 2 orang anak (sek menengah dan rendah), Keluarga B(pendapatan 
RM3,500) dengan 8 orang anak ( 3 sek rendah, 3 sek menengah dan 2 IPT). 

Perbelanjaan keluarga A lebih besar dalam segala hal contohnya rumah sewa. 
Keluarga A boleh sewa rumah 2 bilik @ RM450. Tetapi keluarga B terpaksa sewa 
rumah paling kurang 3 bilik @ RM650. 

Untuk perbelanjaan lain, bolehlah congak sendiri. Secara perkapita pun keluarga 
A @ RM375 berbanding B @ RM350. Jadi jelas disini keluarga B lebih miskin. Jadi 
saya meminta pihak kerajaan memandang balik . 

Disamping pendapatan keluarga, tengok juga jumlah tanggungan. Contohnya saya 
yang berpendapatan RM3,500 mempunyai 8 anak dan  hidup dibandar  terasa begitu 
perit. Jadi kalau dapat netbook free tu rasa legalah  sikit.

By: Mohd Norman
http://www.aduanrakyat.com.my/pembahagian-netbook-oleh-kerajaan 

PEMBAHAGIAN MINI LAPTOP YANG TIDAK ADIL 
Aduan Rakyat, 8 Ogos 2011

Saya terpanggil untuk membuat aduan di ruangan ini mengenai pembahagian mini 
LAPTOP 1MALAYSIA YANG HANYA DI BERIKAN KEPADA ORANG YANG BERADA ,IBUBAPA YANG 
BERKERJA DI KERAJAAN SEPERTI GURU DAN SEDARA MARA SI PEMBERI? 

Kenapa hal begini berlaku sedangkan ramai lagi remaja sekolah yang miskin ank 
yatim dan piatu tidak di berikan? Adakah ini arahan dari pihak kerajaan atau 
pihak tersebut yang mengadakan arahan? 

Saya rasa amat terkilan kerana kebanyakan yang mendapat bantuan adalah 
anak-anak guru dan golongan yang berada. 

Saya berharap hal ini dapat di selesaikan secepat mungkin. Terima kasih. 

By: hamba allah 
http://www.aduanrakyat.com.my/pembahagian-mini-laptop-yang-tidak-adil  




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke