SAYA ialah bekas pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah 
(KPLIsr) sepenuh masa Ambilan Jun 2010 yang menamatkan pengajian pada akhir Mei 
2011. Saya mewakili semua warga KPLIsr sehingga sekarang masih belum menerima 
apa-apa berita mengenai penempatan KPLI. 
 
Sudah banyak kali panggilan telefon dibuat kepada pihak berkenaan di 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Putrajaya, namun berbagai tarikh dan 
alasan yang diberikan. 
 
Harapan cuma jadi harapan kerana kami masih belum menerima apa-apa surat atau 
berita selama empat bulan ini. Sekurang-kurangnya kami ingin satu tarikh yang 
pasti dan berita kerana ramai di kalangan kami yang mempunyai tanggungan dan 
beban hutang. 
 
Terdapat juga beberapa kawan saya yang berhasrat melangsungkan perkahwinan 
hujung tahun ini terpaksa menangguh dulu niat baik itu. Justeru, kami perlu 
mencari pekerjaan lain sekiranya penempatan kami lambat. 
 
Di samping itu, apa yang menghairankan kami selalunya pelajar KPLI yang 
memiliki diploma pendidikan ini hanya akan menunggu selama tiga bulan kemudian 
akan ditempatkan untuk bertugas di semua sekolah rendah di seluruh Malaysia. 
 
Ini kerana pelajar KPLIsr diambil berdasarkan peruntukkan guru yang diperlukan 
oleh kerajaan dan akan lebih diutamakan berbanding pelajar jurusan pendidikan 
lain. 
 
Bagaimanapun, selepas isu GSTT tempoh hari dan berjaya diselesaikan oleh KPM, 
kami pula yang menjadi mangsa lambat ditempatkan. 
 
Semoga pihak KPM dan menteri yang berkenaan dapat memberi jawapan yang 
sewajarnya akan nasib kami ini. Kami mohon supaya kami dapat penempatan segera. 
 
Pelajar menanti penempatan KPLI,
BAKAL GURU, 
Johor.
22 Sep 2011 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarmenantipenempatanKPLI/Article


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke