Aku nak tanya org yg tulis blog ni sendiri naik bas tak ??

 Aku kadang2 naik bas - walaupun ada kreta - saja nak tengok sendiri masalah 
masyarakat 
 (naik bas express & bas berenti berenti)...

 kalau naik bas berenti2 ni - kita akan nampak yg naik bas ni cuma WARGA ASING 
indon,
 vietnam, bangla, nepal.. (memang busuk jadinya bau bas tu)... itu pun hujung 
mingu masa dia org cuti...

 kalau ada warga tempatan yg naik bas pun makcik2 atau budak2 sekolah....
 Dan mereka yg kelihatan dhaif dan layak terima zakat !!!

 Org malaysia dah KAYA dan menyombong tak nak naik bas.. dia org lebih bangga 
naik MOTOR !!
 kalau naik bas nanti ada yg ejek - katanya : "macam bangla !!"...

 Org yg jenis suka naik kreta pun - kalau dengar aku naik bas - dia ingat aku 
punya road tax dah mati
 lah.. atau kadang2 menyindir yg bukan bukan..

 Memang setiap kali aku naik bas berenti2 ni memang HAMPIR TAK DE PENUMPANG 
KECUALI AKU ! 
 (ini kecuali di bandar besar mcm KL & JB - masih ada yg naik bas sebab tak nak 
naik teksi).

 Utk bas express - permintaan masih ada - tak kira masa perayaan atau tak ! 
(bergantung pd destinasi)
 (kalau ke KL aku nampak selalu penuh !)

 Dalam hal itu kalau korang berada ditempat kjaan apa yg korang buat ??? Dlm 
keadaan sememangnya
 permintaan terhadap perkhidmatan bas yg merundum !




----- Original Message -----
From: Suara Rakyat
Sent: 09/23/11 11:10 AM
To: [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], 
[email protected], 
[email protected], [email protected]
Subject: [Islah-Net] Rakyat makin susah dapat bas, menteri apa peduli

 Buatlah berapa banyak sekali pun aduan, laporan akhbar mengenai kesengsaraan 
rakyat untuk mendapatkan pengangkutan awam terutamanya bas, namun keluhan 
mereka tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pemimpin Melayu yang 
berkuasa. Hanya satu cara untuk mengajar pemimpin Melayu macam ni. Tukar saja 
parti yang memerintah baru mereka sedar tinggi rendahnya langit. Kalau tak 
laporan akhbar dan aduan dibawah ini hanya umpama anjing menyalak bukit.

 Tak percaya ? Baca saja laporan-laporan, aduan-aduan dan keluhan-keluhan yang 
sebelum ini di 
http://amkns.blogspot.com/2011/09/rakyat-makin-susah-dapat-bas-menteri.html 

 20 PERATUS SYARIKAT BAS GULUNG TIKAR
 23 Sep 2011

 PERAI – Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA) mendakwa 
kira-kira 20 peratus syarikat bas yang menjadi ahli persatuan itu terpaksa 
gulung tikar kerana tidak mampu meneruskan persaingan dalam industri itu dalam 
tempoh dua tahun kebelakangan ini.

 Presidennya, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, situasi itu berlaku apabila 
syarikat bas henti-henti yang beroperasi di bandar-bandar kecil tidak lagi 
mampu untuk menanggung kos operasi yang semakin meningkat selain kesukaran 
mendapat bantuan daripada kerajaan.

 Menurutnya, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengusaha syarikat 
bas untuk terus beroperasi termasuk mengurangkan jumlah perjalanan dan membeli 
alat ganti secara hutang, ia masih mendatangkan kerugian kepada syarikat.

 “Syarikat bas henti-henti memang tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat 
bas milik kerajaan kerana tidak mampu membeli bas baharu berbanding syarikat 
milik kerajaan yang mempunyai dana yang besar malah kami juga tidak mampu 
menanggung kos operasi yang semakin meningkat selagi kadar tambang tidak 
dinaikkan.

 “Tindakan mengeluarkan permit kepada syarikat bas henti-henti baharu untuk 
beroperasi di laluan yang sama juga memburukkan keadaan,” katanya pada sidang 
akhbar di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
 

 

Kirim email ke