Aduan Rakyat 11 Nov 2011 - Pada 29hb Oktober 2011 jam 7.30mlm saya bersama 
isteri saya yang masih dalam pantang telah membawa bayi saya yang berumur 2 
hari ke hospital HSI Johor Bahru dibahagian Kecemasan kerana Jaundis ( Sakit 
Kuning), setelah mendaftar, 1/2 jam kemudian iaitu jam 8.00mlm bayi kami telah 
di ambil darah oleh pegawai perubatan untuk di uji
 
Kami di suruh menunggu sehingga di panggil semula, setelah 2 jam 45 minit 
menunggu iaitu jam 10.45 mlm akhirnya keputusan darah menunjukkan anak kami 
dalam keadaan yang hampir kritikal, pegawai yang bertugas adalah seorang doktor 
yang agak muda.
 
Setelah berjumpa doktor tersebut kami bertanya kan keadaan bayi kami, doktor 
tersebut menyatakan bayi saya perlu rawatan segera namun alatan (Photo) telah 
penuh tiada kekosongan untuk bayi kami, dia menyarankan kami ke Hospital 
Sultanah Aminah, Johor Bahru namun setelah di hubungi tiada kekosongan juga, 
akhirnya doktor tersebut menyatakan dia tidak boleh berbuat apa-apa selain 
merujukkan kami ke hospital swasta.
 
Disini apa yang membuat kami agak terkilan ialah apabila kami merujuk kepada 
hospital kerajaan maknanya kami tidak mampu untuk ke hopital swasta. 
 
Kami menyatakan masalah kewangan kami kepada doktor tersebut dan jawapan nya 
ialah “saya tidak tahu nak buat apa” sedangkan dia tahu keadaan bayi kami agak 
kritikal. 
 
Kami berharap TV3 dapat menyiarkan masalah ini supaya kerajaan sedar apa saja 
yang kerajaan rencanakan tidak semuanya dijalankan dengan sempurna oleh 
pegawai-pegawainya, sedangkan masalah ini berkaitan dengan nyawa. setelah 
berjam-jam menunggu akhir nye jawapan tidak tahu nak buat apa yang kami terima. 
 
Adakah nilai nyawa bayi kami amat murah bagi hospital tersebut….
 
By: Norazlee - ‘Saya tidak tahu nak buat apa’ – Doktor 
 
http://www.aduanrakyat.com.my/saya-tidak-tahu-nak-buat-apa-doktor 

Kirim email ke