Sebagai seorang anak, perasaan kesian dan simpati kepada seorang ayah yang 
telah pun bersara daripada Perkhidmatan awam TUDM Labuan sejak bulan March 2011 
lagi  sehingga kini belum lagi menerima pencen termasuk juga rakan-rakan beliau 
yang lain menerima nasib yang sama, dan salah seorangnya telah pun di masukan 
ke Hospital akibat mengidap sakit buah pinggang. 
 
Sudah tentunya rakan ayah saya ini mengharapkan wang pencen beliau di 
laksanakan dengan segera untuk membiayai kos perubatan beliau.
 
Manakala ayah saya yang menetap di Kampung Tanjung Aru WP Labuan cuma melakukan 
kerja2 kampung untuk mendapatkan wang bagi menyara diri dan tanggungannya. 
hampir setiap hari ibu saya bertanya dan meminta saya memeriksa status pencen 
ayah saya secara online, tapi menghampakan. 
 
Nak dikatakan peralatan tak canggih tak juga, nak dikatakan tak peka pun tak 
guna…apa masalahpun saya tak tau sehingga begitu lambat dan susah nak 
menguruskannya. Bila dihubungi mereka saling salah menyalah..
 
Aduan yang seterusnya, kakak ipar saya  berumur 30-an adalah seorang ibu 
tunggal yang kematian suami sejak 3 tahuan yang lalu iaitu abang saya dan 
mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun dan menetap di Kampung Bukit Kuda 
WP. Labuan. 
 
Masalahnya, ibu saya telah mencuba untuk mendapatkan pelbagai bantuan di 
Jabatan kebajikan, perangkaan dan Baitulmaal bagi menyara kehidupan dan bantuan 
rumah dua beranak ini. Tapi malang pelbagai alasan diberikan, salah satunya, 
dia masih muda dan ada peluang untuk kahwin baru. begitu singakat sekali 
pemikiran mereka demi mengelak untuk memberikan bantuan. jodoh dan maut di 
tangan tuhan, mereka tidak layak untuk membicarakannya.
 
Menjadi tangungan saya bagi memastikan dua beranak ini tidak terabai dan 
terbiar tambahan lagi tahun depan si anak akan masuk alam persekolahan di 
TADIKA. 
 
Mungkin perbelanjaan besar diperlukan sebagai persediaan sekolah si anak.  Hati 
saya menjadi sakit apabila sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak dan 
suami yang hanya tau goyang kaki , minum kopi sambil merokok layak mendapatkan 
bantuan Rumah PPRT.  
 
Dimana keadilannya.. kalau betul2 nak membantu jangan la berat sebelah.. 
membantu biarlah ikhlas. 
 
Disappointed….
 
By: Anidah - Pencen dan Bantuan Ibu tunggal 
 
http://www.aduanrakyat.com.my/pencen-dan-bantuan-ibu-tunggal 

Kirim email ke