Kecewa dengan projek perumahan Vista Minintod SPNB 
Aduan Rakyat , 15 Nov 2011 
 
Saya adalah salah seorang pembeli perumahan SPNB Vista Minintod, Penampang, 
Sabah yang kecewa. Indah khabar dari rupa. Cakap tak serupa bikin. 
Hangat-hangat tahi ayam. itulah yang peribahasa yang sesuai diberi kepada spnb. 
badan ini di bawah kementerian kewangan sangat tidak bertanggunjawab terhadap 
pembeli yang menanggung bayaran setiap bulan tapi rumah yang dibeli tidak 
siap-siap.
 
Sewaktu saya membeli rumah ini pada tahun 2008. dijanjikan rumah itu akan siap 
pada awal tahun 2010. tetapi sekarang sudah penghujung 2011. saya datang ke 
tapak projek rumah itu tidak ada tanda-tanda untuk siap. 
 
Inikah kerajaan yang boleh dipercayai?? rumah rakyat yang dibeli dan dibayar 
tiap bulan oleh pembeli belum dapat disiapkan. inikah kerajaan yang 
berkebajikan seperti yang dinyatakan sewaktu belanjawan 2011….
 
Halalkah pendapatan pegawai-pegawai spnb kerana hampir setiap hari pembeli yang 
menanggung kesengsaraan membayar balik pinjaman pada pihak bank mengutuk 
mereka???
 
Harapan kami agar pihak yang berkenaan ambil tindakan segera…
 
By: Majunta
 
Sumber : 
http://www.aduanrakyat.com.my/kecewa-dengan-projek-perumahan-vista-minintod-spnb
 

Kirim email ke