Gejala masyarakat kita semakin parah, buang bayi, buang ibu bapa, dadah, arak, judi dan macam-macam lagi. Setakat melaporkan dalam akhbar, buat seminar, buat perhimpunan tidak akan menyelesaikan masalah ini. Bermulalah dengan diri kita sendiri, sebarkan salam, rapatkan ukhuwwah, kenali jiran tetangga. Yang penting hidupkan solat jemaah di masjid, insyaAllah , akidah terpelihara.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” - Riwayat al-Hakim Politik politik juga, hubungan dengan Allah dan sesama manusia jangan lupa. Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com Dah tak sudi Harian Metro 10 Jan 2012 JOHOR BAHRU: Perbuatan tidak berhati perut segelintir anak-anak membuang ibu atau bapa walaupun ketika ‘nyawa-nyawa ikan’ di wad kecemasan semakin berleluasa hingga membimbangkan pengurusan hospital. Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Rooshaimi Merican A Rahimberkata, perbuatan tidak bertanggungjawab seumpama itu seolah-olah menjadi kecenderungan sebagai jalan mudah melepaskan tanggungjawab menyara ibu bapa yang berusia 60 tahun ke atas. Beliau berkata, tidak kurang juga ada anak yang sanggup memalsukan identiti ibu bapa dengan memberikan maklumat salah bagi mengelakkan pengurusan hospital mengetahui alamat tempat tinggal. “Apabila mereka menghantar ibu bapa yang kritikal ke hospital, dalam keadaan kecemasan, hospital menjalankan pelbagai usaha termasuk memberi rawatan sesuai bagi menyelamatkan nyawa warga emas terbabit. “Ketika itu, mungkin pengurusan hospital tidak menyedari helah waris pesakit memberikan maklumat termasuk alamat dan nombor telefon palsu. “Perkara itu mengakibatkan pengurusan hospital mengalami kesulitan mengesan waris dalam usaha membincangkan rawatan kepada pesakit mahupun bagi melaporkan keadaan kesihatan mereka,” katanya. Harian Metro semalam melaporkan ada anak-anak membawa ibu bapa uzur ke wad kecemasan di mana-mana hospital kerajaan dan kemudiannya dalam kesibukan pegawai perubatan membuat pemeriksaan dan tanpa mendaftar, anak-anak akan angkat kaki. Taktik itu disokong oleh kenyataan Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang, Dr Abdullah Noel Michael yang mengakui pihaknya menerima 70 warga tua dihantar hospital selepas waris mereka gagal dikesan. Beliau turut menganggap trend itu membimbangkan dan walaupun banyak cara termasuk menghantar surat kepada waris warga tua terbabit, namun tiada yang membalasnya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dahtaksudi/Article/index_html ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

