Tiga tajuk berita yang berlainan dalam isu ini. Akhbar NST bertajuk 'Explosives assembled by experts'. Mstar pula bertajuk ‘Letupan Dilakukan Profesional, Bukan Polis’. Manakala Metro pula tajuknya “Bom ‘cap ayam’”. Apa pun yang dapat dirumuskan dari isi kandungan semua berita ini, 3 letupan yang berlaku berhampiran Mahkamah Kuala Lumpur pada 9 Jan 2012 dilakukan oleh mereka yang amat pakar dan terlatih serta telah mengalami membuat bom jangka yang seumpama sebelum ini. Mereka yang boleh membuat bom jangka dari bahan yang sedia ada yang khusus untuk membuat bom ialah mereka yang pakar. Mereka yang boleh membuat bom jangka dari bahan yang mudah didapati di kedai-kedai ialah mereka yang amat pakar. Kita harapkan pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci kes ini, kerana kita rakyat akan sentiasa memerhatikan dan menilai setiap lapuran yang dikeluarkan. *********** Letupan Dilakukan Profesional, Bukan Polis - Ketua Polis KL Mstar, Khamis Januari 12, 2012 KUALA LUMPUR: Letupan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lepas dilakukan golongan profesional dalam pembuatan bahan letupan dan bukan oleh polis, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/12/mstar_berita/20120112170359&sec=mstar_berita 'Explosives assembled by experts' NST , 13 January 2012 THE explosives which injured five people near the Jalan Duta court complex were assembled by experts, said police who have offered a RM10,000 reward for information leading to the arrests of the culprits. He said nobody would be able to assemble an improvised explosive device (IED) without knowledge or experience. "Even if someone had ben tutored on how to assemble an IED, that person would need experience to succeed. "It is not something you can just assemble according to instructions," he said. http://www.nst.com.my/local/general/explosives-assembled-by-experts-1.31725 Bom ‘cap ayam’ Harian Metro 13 Jan 2012 KUALA LUMPUR: Polis mendapati komponen digunakan bagi membuat jerangkap rekaan elektrik (IED) yang mencetuskan tiga letupan ketika perhimpunan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Isnin lalu, diperbuat daripada beberapa barangan berkualiti ‘cap ayam’ kerana mudah dibeli di mana-mana kedai pada harga murah. Menurutnya, pelakunya dipercayai membeli barangan berkenaan di kedai perkakasan pada harga kurang daripada RM20, selain serbuk peledak IED itu yang dipercayai hanya menggunakan belerang daripada mercun atau bunga api. Katanya, binaan IED itu ringkas dan cara membuatnya boleh dipelajari di Internet. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bom__8216_capayam__8217_/Article/index_html

