Sebuah lagi kapal TLDM telah terbakar. Kali ini ialah KD Mutiara yang sedang 
dalam proses baik pulih di Johor. KD Mutiara adalah merupakan kapal TLDM yang 
sudah pun berusia 35 tahun yang digunakan untuk tujuan pengukuran Hidrografi 
dan Oseanografi. Sebelum ini kapal TLDM KD Pari telah hampir tenggelam di 
Sabah, KD Serang pula mengalami kebakaran kecil manakala KD Todak pula telah 
mengalami kerosakan. Di samping itu negara kehilangan kapal pengangkut KD Sri 
Inderapura dalam satu kebakaran pada tahun 2009. 
 
Sebelum ini Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya 
peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru 
untuk tentera laut daripada RM6 bilion kepada RM9 bilion.
 
********** 
Navy ship under repair catches fire
NST 13 January 2012 
 
PASIR GUDANG: A fire broke out onboard a 35-year-old Royal Malaysian Navy's 
survey vessel which was undergoing repairs at the Malaysian Marine Heavy 
Engineering shipyard here last night.
 
KD Mutiara, which is one of the two ships under the navy's National 
Hydrographic Centre, is believed to have suffered extensive damage.  However, 
no casualty was reported.
 
A spokesman for the Johor Baru Fire and Rescue Department said they received a 
call at 8pm. As at press time, the firefighters were still trying to put out 
the blaze.
 
Seven fire engines from several stations in the vicinity were rushed to the 
scene.
 
It is learnt that workers were carrying out welding works on  the ship when the 
incident occurred.
 
The ship, measuring 71m in length and 13m in width, was commissioned to the 
naval fleet in 1977, to carry out mapping work and general oceanography.
 
KD Mutiara is equipped with digital data gathering and processing systems, 
modern acoustic sensors and differential satellite position-fixing systems.
 
http://www.nst.com.my/local/general/navy-ship-under-repair-catches-fire-1.31691 
 
Navy vessel breaks down while chasing ship
NST 19 Sep 2011
 
KD Pari sustained a dislodged shaft while pursuing a China-flagged ship 
encroaching on waters off Pulau Layang Layang on Thursday.
 
KUALA LUMPUR: A Royal Malaysian Navy (RMN) vessel, in pursuit of a foreign ship 
encroaching on waters off Pulau Layang Layang on Thursday, was forced to 
abandon its operation after its engine room was flooded.
 
The RMN also confirmed that another FAC-G vessel, KD Serang, sustained a small 
fire from a short-circuit on Aug 31 while minesweeper KD Todak was 'grounded' 
after a slight mishap with a floating object two months earlier.
 
http://www.nst.com.my/nst/articles/13chase/Article  
 
KD Sri Inderapura terbakar di Lumut
 
LUMUT 8 Okt. – Sebuah kapal pengangkut, KD Sri Inderapura terbakar ketika 
berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini hari ini.
 
Menurut kenyataan Perhubungan Awam Markas Armada TLDM, kebakaran itu berlaku 
kira-kira pukul 6 pagi ketika terdapat seramai 77 anggota sedang bertugas 
termasuk enam pegawai dan 22 pelatih.
 
Katanya, kapal itu dijadualkan belayar ke Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu, 
Sabah, pada Isnin ini.
 
‘‘Kapal dari Skuadron LST (Kapal Pengangkut) itu dijadualkan belayar ke 
Malaysia Timur pada 12 Oktober ini untuk penghantaran barang-barang logistik ke 
Markas Wilayah Laut 2, Kota Kinabalu.
 
‘‘Kejadian tersebut merupakan kali kedua selepas terbakar pada 2002. Usaha 
memadamkan api telah dilakukan seawal kebakaran itu dikesan,” kata kenyataan 
tersebut di sini hari ini.
 
Kapal berkenaan yang dibina pada 1970 telah ditauliahkan dalam perkhidmatan 
TLDM pada 1995 dan kini telah berusia hampir 40 tahun. Menurut kenyataan itu 
lagi, KD Sri Inderapura mempunyai kekuatan anggota seramai 324 orang.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
 
 
Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?
Dis 18, 2011
 
DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus 
atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 
bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.
 
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal 
Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru 
itu amat mengejutkan.
 
"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500, sekali 
gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.
 
http://www.malaysiakini.com/news/184424 
 
KD MUTIARA telah di bina di Pulau Pinang oleh Hong Leong Lurssen Dockyard. 
Dengan menggunakan kata panggilan antarabangsa 9MNG, yang berdimensi  71m 
panjang dan  13m lebar, kapal ini telah digunakan oleh pihak Tentera Laut Di 
Raja Malaysia mulai  18 Disember 1977 dengan nombor pennant A 255 juga 
merupakan ketua skuadron untuk Skuadron Hidrografi ke - 36. 
 
Dengan dilengkapi 2 enjin utama jenis Deutz SBA 12M 528 yang bergerak dengan 
Kipas Pic Boleh Kawal (CPP) yang boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 16 
knot dan dijana dengan 4 janakuasa utama serta 1 janakuasa kecemasan dan 
penujah haluan yang memberikan kebolehan pengoperasian  untuk tempoh maksimum 3 
bulan. 
 
Ia turut dilengkapi dengan sistem pengukuran Hidrografi dan Oseanografi yang 
terkini  serta dilengkapkan  dengan 4 bot ukur serta 2 bot kerja. Ia memegang  
rekod pengukuran yang mengkagumkan  yang mana telah menyumbang kepada 
penerbitan  50 carta nautika. 
 
Pentadbiran, khidmat sokongan dan penyelenggaraannya adalah di bawah kawalan 
kuasa Kawalan Markas Armada manakala  segala aktiviti pengukuran adalah dari 
arahan Ketua Pengarah Hidrografi. 
 
KD PERANTAU telah dibina di Pulau Pinang oleh Hong Leong Lurssen Dockyard. 
Dengan menggunakan kata panggilan antarabangsa 9MNF, yang berdimensi 67.8m 
panjang dan  13.3m lebar, kapal ini telah digunakan oleh pihak Tentera Laut Di 
Raja Malaysia mulai 12 Oktober 1988 dengan menggunakan nombor pennant A 151.  
 
Kapal ini telah direka dan dilengkapi khusus untuk operasi pengukuran 
hidrografi dan melaksanakan  pemerhatian meteorologi dan cerapan oseanografi. 
Ia juga dilengkapi dengan sistem pengukuran terkini untuk navigasi dan 
hidrografi seperti Navigation and Command System (NACOS) dan Digital Survey and 
Mapping System 'HYDROMAP'. Alatan lain yang disertakan termasuklah Sistem 
Perbezaaan Pemposisian Sejagat  (DGPS), Pemerum Gema Berbilang Sisi,  Hull 
Mounted Acoustic Current Profiller (ADCP) dan kelengkapan lain untuk operasi 
oseanografi dan meteorologi. Kapal ini juga dilengkapkan 2 berukur.
 
Pentadbiran, khidmat sokongan dan penyelenggaraannya adalah di bawah kawalan 
kuasa Kawalan Markas Armada manakala  segala aktiviti pengukuran adalah dari 
arahan Ketua Pengarah Hidrografi.  
 
http://www.hydro.gov.my/content/view/18/442/lang,ms/ 

Kirim email ke