Sebaik sahaja kerajaan BN hampir tumbang di Negeri Sembilan pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan kerajaan negeri akan memotong elaun pengurusan pejabat ADUN sebanyak RM1,500. ADUN dari Pakatan Rakyat menggunakan elaun mereka sendiri untuk menampung kos pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat di tempat mereka sendiri. Katakanlah elaun wakil rakyat Pakatan Rakyat di N.Sembilan ini sekitar RM6,00 sebulan. Sewa pejabat sekitar RM500, bayaran utiliti sekitar RM300, bayaran pembantu khas sekitar RM1000. Berapalah baki yang ada untuk kegunaan sendiri dan kegunaan mereka yang memerlukan bantuan. Contohnya ADUN Paroi, 50 peratus dari gajinya digunakan untuk tabung rakyat Paroi. Itu tidak termasuk kos pengurusan Pusat Khidmat. Ke mana perginya penjimatan sebanyak RM648,000 setahun yang dipotong dari elaun pengurusan pejabat ADUN? Jika sudah 4 tahun sudah ada hampir RM2.6 juta. ******** Mohd Taufek cipta sinar dan sejarah PAS di Dun Negeri Sembilan Kejayaan anak Rembau bersama Barisan Rakyat yang dikepalai Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Tafek adul Ghani amat manis sekali apabila PAS buat pertama kalinya dalam sejarah selepas berpuluh-puluh tahun mengintai ruang menghantar wakil sulong ke Dun Negeri Sembilan tercapai. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biokimia dari UKM ini berhasrat membuka Pusat Khidmat Rakyat selain menginfakkan 50 peratus dari gaji yang bakal diterimanya selaku Wakil Rakyat Paroi ke dalam Tabung Rakyat Paroi. http://pasns.blogspot.com/2008/03/mohd-taufek-cipta-sinar-dan-sejarah-pas.html Potong Elaun Pusat Khidmat Masyarakat RM 1500 SEREMBAN 3 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menyambut baik langkah kerajaan negeri memotong RM1,500 sebulan daripada pembiayaan pengurusan pejabat dalam pakej elaun mereka untuk disalurkan kepada rakyat yang memerlukan. Langkah itu, bagi membolehkan kerajaan melakukan penjimatan, sementara wang terkumpul sebanyak RM648,000 setahun itu akan digunakan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. http://aminuddinharun.blogspot.com/2008/04/potong-elaun-pusat-khidmat-masyarakat.html MB sebagai Bapa Angkat DUN Paroi, 3 Jamuan Raya dalam seminggu di DUN Paroi dan 3 Pusat Khidmat Masyarakat BN di DUN Paroi. Kisah penuh di http://pasns.blogspot.com/2012/01/untung-dun-paroi-3-jamuan-raya-3-pusat.html

