Kepada semua pemimpin politik baik UMNO, PAS atau PKR di peringkat pusat hingga 
ke cawangan, cubalah tengok masalah sebenar sekeliling kita. 80 peratus kes 
perceraian adalah berpunca dari gangguan mental. 12 peratus rakyat kita sakit 
mental. Tolonglah tengok ahli-ahli parti kita sendiri, samada sihat tak mental 
mereka, berantakan atau tidak rumah tangga mereka.

Banyakkan usaha di kalangan ahli masing-masing agar sentiasa mendekatkan diri 
kepada Allah swt dan mengikuti sunnah Rasul saw. Hanya inilah saja cara kepada 
penyelesaian sakit mental dan perceraian yang semakin meningkat hari demi hari.

Laporan terkini tahun 2012 mengatakan 12 peratus rakyat Malaysia berhadapan 
pelbagai jenis penyakit mental. Kalau rakyat di negara ini ada 28 juta, 
bermakna 3.36 juta berisiko sakit mental. Kini dilaporkan pula 80 peratus kes 
rumah tangga yang dirujuk di mahkamah untuk proses perceraian dikaitkan dengan 
gangguan emosi.

Ini satu masalah yang besar yang boleh mengancam akidah. Khutbah Jumaat perlu 
lebih serius mengutarakan isu ini di kalangan para jemaah seperti yang saya 
tulis di 
http://waghih.blogspot.com/2012/02/kini-12-peratus-rakyat-malaysia-sakit.html 


GANGGUAN EMOSI PUNCA CERAI
 
KUALA LUMPUR 4 Feb. 2012 - Lapan daripada 10 kes rumah tangga yang dirujuk di 
mahkamah untuk proses penceraian dikaitkan dengan gangguan emosi.
 
Perunding psikologi keluarga dan guaman syariah, Suzana Ghazali berkata, 
berdasarkan kes-kes yang dirujuk itu, kebanyakan gangguan mental sehingga 
membawa kepada penceraian berpunca daripada bebanan terlampau ditanggung isteri 
yang terpaksa melayan suami dan anak-anak selepas penat bekerja. 

Menurutnya, bebanan yang terlampau menyebabkan golongan isteri berdepan dengan 
tekanan emosi yang tinggi yang kemudiannya menyebabkan mereka menghadapi 
masalah mental.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
 

PERLU RAMAI PAKAR PSIKOLOGI, PSIKIATRIK
 
KUALA LUMPUR 4 Feb. 2012 - Malaysia memerlukan kira-kira 10 hingga 20 peratus 
lagi pakar psikologi dan psikiatri dengan segera bagi mengatasi masalah 
gangguan mental yang dilihat semakin serius.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm
 


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke