http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm
Syabas Nik Aziz

Bisik-Bisik Mingguan

AWANG mahu menjadi orang pertama mengucapkan tahniah kepada Menteri 
Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat kerana telah mengisytiharkan diri 
untuk bertanding lagi pada PRU13.

Pengumuman mengenai perkara itu dinyatakan kelmarin dalam ceramah 
beliau di pejabat parti negeri. Nampaknya tempoh 45 tahun belum cukup.

Jika tidak silap, Nik Aziz, 81, adalah wakil rakyat paling lama dalam 
sejarah tanah air. Beliau mula menjadi calon pilihan raya pada tahun 
1967. Jawatan Menteri Besar pula sudah empat penggal iaitu melebihi 
21 tahun. Pun tidak cukup lagi.

Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan 
jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada 
beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak 
lagi tajam. Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak 
mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap 
lemah. Misalnya, isu air bersih, yang merupakan keperluan asas untuk 
rakyat Kelantan sehingga hari ini belum dapat diselesaikan.

Tetapi Nik Aziz ada kuasa untuk mewajarkan kedudukannya sampai 
bila-bila yang beliau mahukan.

Awang masih ingat tidak lama dahulu bagaimana beliau 
memburuk-burukkan Dr. Mahathir Mohamad kerana dikatakan begitu lama 
menjadi Perdana Menteri.

Malah Nik Aziz pernah menyatakan tidak sedikitpun akan mengikut jejak 
langkah mantan Perdana Menteri itu. Paku dulang, paku serpih mengata 
orang, dia yang lebih.

Keputusan terbaru itu menyerlah hakikat siapa sebenarnya Nik Aziz. 
Dakwaan beliau kononnya Pas masih mahukan khidmat beliau, sekadar alasan.

Mahathir berundur ketika majoriti rakyat masih memerlukan 
kepimpinannya dan ketika popularitinya berada di kemuncak. Biarpun 
setelah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dunia termasuk 
negara-negara Islam mengagumi ketokohan beliau.

Beliau tetap dengan pendiriannya walaupun ramai yang menghalang 
beliau untuk bersara. Jika Dr. Mahathir yang tidak dikaitkan dengan 
imej ulama mempunyai keyakinan untuk berundur dan tidak selamanya 
mahu bergayut pada jawatan, mengapa Nik Aziz tidak boleh berbuat demikian?

Apakah beliau tidak yakin kepada pemimpin pelapis Pas Kelantan. Buruk 
dan dungu sangatkah mereka? Atau mereka dikaitkan dengan isu korup 
yang serius (sebagaimana menjadi buah mulut) sehingga tidak layak 
diberi kepercayaan? Nik Aziz juga ada isu integriti berkaitan 
menantunya, yang semua orang tahu.

Difahamkan, reaksi di kalangan pemimpin dan ahli Pas 
bercampur-campur. Ada yang suka dan ada yang menyambutnya secara 
sinikal. Makin ramai ahli dan penyokong Pas sesungguhnya kecewa 
dengan Nik Aziz kerana tunduk kepada agenda DAP dan PKR sehingga 
parti itu tergelincir daripada landasan perjuangan Islam sebenar.

Sesungguhnya Awang kasihankan Nik Aziz, beliau sudah hilang keyakinan 
untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya 
mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa - 
teruskan sahaja!



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke