http://www.moh.gov.my/news/1389
- 1Care adalah cadangan yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan untuk membolehkannya diakses oleh semua Rakyat Malaysia.
- Cadangan 1Care masih lagi diperingkat konsep.
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih memperincikan isu-isu teknikal mengenai cadangan ini bersama-sama dengan pihak-pihak yang berkepentingan.
Ia adalah cadangan yang bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan untuk membolehkannya diakses oleh semua Rakyat Malaysia
KENAPA 1CARE?
- Keluhan Rakyat mengenai;
- Masa menunggu yang panjang.
- Kesesakan.
- Kos penjagaan kesihatan yang tinggi.
- Kebimbangan Rakyat mengenai kos pembiayaan untuk rawatan penyakit yang serius.
- Kebimbangan Rakyat terhadap kos penjagaan kesihatan yang semakin
tinggi di usia tua.
APAKAH HARAPAN YANG INGIN DICAPAI MELALUI 1CARE?- Rakyat boleh membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital awam atau swasta, tanpa mengira sama ada mereka kaya atau miskin.
- Tidak kira tahap usia dan tahap kesihatan, Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti.
- Rakyat boleh mendapatkan penjagaan kesihatan berhampiran tempat tinggal atau tempat kerja mereka.
- Rakyat akan ada doktor keluarga masing-masing. Mereka boleh memilih doktor keluarga masing-masing dan menukarnya sekiranya perlu.
- Doktor keluarga ini akan lebih mengenali dan memahami masalah kesihatan setiap individu dan keluarga mereka. Doktor keluarga ini akan membantu mereka untuk terus sihat sepanjang hayat.
- Rakyat tidak perlu bimbang mengenai bayaran semasa mereka mendapatkan rawatan yang mereka layak.
- Kerajaan akan terus membiayai penjagaan kesihatan untuk Rakyat miskin.
- Sumbangan untuk keperluan penjagaan kesihatan tidak akan membebankan Rakyat.
- Rakyat tidak akan mengalami masalah kewangan atau jatuh miskin kerana membiayai rawatan kesihatan.
- KKM mengalu-alukan sumbangan idea dan maklumbalas mengenai bagaimana sistem kesihatan negara boleh diperkukuhkan lagi.
- Sekiranya anda ada cadangan, maklumbalas atau pertanyaan, hantarkan kepada [email protected]
__._,_.___

