Semoga ada pihak yang menyiasat kesahihan aduan di bawah ini. Aduan Rakyat dot Com 18 Mac 2012 - Salam Tuan/Puan, Minta kerjasama pihak Aduan Rakyat untuk memaparkan kes saya ini yang telah saya email seperti dibawah. Ini adalah kes serius yang perlu disebarkan kepada semua rakyat supaya tidak ada mangsa-mangsa yang lain lagi. Saya sekarang sudah letih and lesu kerana pihak polis masih tidak mengambil apa2 tindakan walaupun sekarang sudah ada 2 kes yang sama melibatkan syarikat yang sama, Setia Satria TM Sdn Bhd. Saya sudah sebarkan di forum dibawah: http://www.bmwclubmalaysia.com/forums/showthread.php?47009-Car-Dealer-Runaway-amp-Stole-My-Car-E90-320i-(A) http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=103336 Kalau nak ambil tindakan mahkamah pun rasanya takkan ke mana kerana saya masih menjadi mangsa, kereta hilang tetapi saya masih harus membayar hutang bank. Harap pihak tuan/puan dapat memaparkan kes ini dengan segera. Regards, Syahril N.A. Kira-kira 2 bulan lalu, pada 15 Januari 2012 saya telah menjual dan menyerahkan kereta berwarna hitam BMW 320i (E90) tahun buatan 2005 kepada sebuah syarikat jual-beli kereta. Kereta saya diserahkan di syarikat jual beli kereta yang bernama Setia Satria TM Sdn Bhd atau Setia Satria TM Enterprise beralamat seperti berikut: Setia Satria TM Sdn Bhd (881542-U) Setia Satria TM Enterprise (SA0202111-V) No. 5-2, Jalan 5/65C, Pekeliling Business Center, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon: +603-4021-0573 Pegawai syarikat yang berurusan dengan saya adalah seperti berikut: Name: Muhammad Khairul Munawir Izzuddin Bin Ismadi NRIC: 930606-01-6551 H/P: +6010-8851-360, +6014-3193-677 Kereta saya dijual pada harga kira kira RM115,000, iaitu jumlah langsai hutang pinjaman bank di Public Bank. Pegawai jualan tersebut telah berjanji akan melangsaikan hutang di bank dan menyerahkan surat pelepasan bank dalam jangka masa 2 hingga 4 minggu kerana katanya sudah ada pembeli yang mahu membeli kereta saya. Tetapi sampai sekarang masih tidak dijelaskan padahal kereta sudah di ambil. Saya telah berusaha pergi ke pejabat, menelefon dan menghantar pesanan ringkas, tetapi pegawai tersebut masih melengahkan masa dan tidak pernah membalas pesanan ringkas saya dan amat jarang sekali menjawab panggilan telefon saya. Pihak syarikat kereta itu juga berjanji untuk membayar pinjaman bulanan terus kepada bank sekiranya syarikat kereta itu gagal menjual dalam masa terdekat. Tetapi tiap-tiap hari bank menelefon saya bahawa pinjaman telah tertunggak selama dua bulan. Pihak bank sekarang pun sudah mengeluarkan surat notis untuk menarik balik kereta. Saya juga telah meminta supaya Khairul menyerahkan kembali kereta kepada saya jika dia tidak dapat menjual kereta tersebut kepada pembelinya, tetapi dia asyik melengahkan masa. Saya amat risau kerana saya mungkin telah ditipu and kereta saya dicuri kerana syarikat tersebut tidak ada ‘showroom’ kereta dan dia enggan memberi tahu saya di mana kereta itu berada sekarang. Pihak bank juga menyatakan setakat ini tidak ada permintaan dari pihak syarikat kereta itu untuk melangsaikan hutang pinjaman bank. Saya sudah penat dan telah membuat laporan kepada polis kerana saya risau ini adalah penipuan dan kereta saya sebenarnya dicuri. Saya sudah memberitahu pihak bank dan sedang bekerjasama dengan pihak bank untuk berusaha menarik kembali kereta tersebut, kerana mengikut undang-undang, kereta itu adalah hak milik bank. Setelah melakukan selidikan di internet, Khairul adalah anak kepada Datuk Ismadi yang pernah dikaitkan dengan Yasmin Khanif seperti di blog ini http://www.rotikaya.com/yasmin-khanif-tidak-mengaku-punya-sugar-daddy-datuk-ismadi-mengaku-taja-hidup-mewah-ha/ Saya berharap kepada sesiapa yang tahu bagaimana saya dapat berjumpa sama-ada Khairul ataupun Datuk Ismadi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini. Terima kasih. Regards, Syahril N.A. Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/penipuan-syarikat-jual-beli-kereta

