Apr 23, 2012 - Kira-kira 12 syarikat pengiklanan luar di Negeri Sembilan berang 
dengan dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri untuk 
menyerahkan pemilikan dan pengurusan semua papan iklan di negeri ini kepada 
sebuah syarikat tunggal.
 
Syarikat yang dibenarkan memonopoli perniagaan jutaan ringgit itu
dikatakan tidak mempunyai rekod prestasi dalam industri pengiklanan, dan 
didakwa akan menaikkan sewa papan iklan sehingga lebih 10 kali ganda kos semasa.
 
Menurut Alex Yew, Naib Presiden Persatuan Pengiklanan Luar Malaysia (OAAM), 
papan iklan sebelum ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.
 
Sejak 20 yang lalu, katanya, pemilik media yang ingin mendirikan papan iklan 
akan membuat permohonan kepada majlis tempatan, yang mengandungi maklumat 
lokasi dan saiz papan iklan.
 
"Jika majlis berpendapat ianya wajar, maka ia akan mengeluarkan lesen dan lesen 
sementara (TOL) untuk tanah kerajaan, dan pemilik media akan membina papan 
iklan dan membuat bayaran tahunan untuk kedua-dua lesen dan TOL," jelas Yew 
kepada Malaysiakini.
 
"Jika papan iklan dibina di atas tanah persendirian, pemilik media masih perlu 
memohon kepada majlis tempatan bagi mendapatkan lesen dan membayar yuran lesen 
tahunan, tetapi sewanya akan dibayar kepada tuan tanah."
 
Mimpi ngeri itu bermula pada bulan Oktober 2011 apabila kerajaan
negeri membuat keputusan untuk memindahkan kuasa kerajaan tempatan ke atas 
papan iklan kepada Yayasan Negeri Sembilan (YNS) - sebuah yayasan negeri yang 
dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
 
Alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kata Yew, adalah ia perlu untuk 
menyeragamkan format papan iklan dan bagi membiayai program amal dan kebajikan 
di bawah YNS.
 
"Dengan menggunakan ini sebagai alasan, mereka mengarahkan kami menurunkan 
semua papan iklan kami dan enggan memperbaharui lesen kami," dakwa Yew.
 
Yew yang juga merupakan pengarah operasi Kurnia Outdoor Sdn Bhd,
sebuah syarikat di bawah Big Tree Outdoor Sdn Bhd yang terjejas dengan 
penswastaan tersebut.
 
Malaysiakini memperolehi salinan surat rasmi yang ditulis oleh pengarah YNS, 
Jamaludin Abu Bakar kepada pemilik media, mengarahkan mereka membuka papan 
iklan masing-masing dalam tempoh 14 hari kerana lesen mereka telah tamat pada 
31 Disember 2011.
 
Jika gagal berbuat demikian, majlis akan membuka struktur tersebut dan semua 
kos berkaitan dengannya akan ditanggung oleh syarikat terbabit.
 
Sumber http://malaysiakini.com/news/195804 
 
Berita penuh di http://malaysiakini.com/news/195767 

Kirim email ke