24 April 2012 SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan meluahkan rasa tidak puas 
hati terhadap Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Seksyen 28 
di sini apabila kereta Proton Wira miliknya didapati gagal melepasi pemeriksaan 
khas.
 
Ahli perniagaan itu, Mokthar Endan, 54, mendakwa, berdasarkan laporan Puspakom, 
kegagalan itu disebabkan nombor enjin kereta tersebut telah diketuk semula dan 
tidak mengikut spesifikasi ditetapkan oleh syarikat pengeluar kenderaan 
tersebut.
 
Bagaimanapun, tegasnya, sejak kenderaan itu dibeli daripada seorang rakannya 
pada tahun lalu untuk kegunaan harian anaknya, dia tidak pernah mengetuk atau 
menukar enjin sehingga pemeriksaan Puspakom dijalankan semula, Khamis lalu.
 
“Ketika membeli kereta ini, saya juga telah melakukan pemeriksaan Puspakom 
untuk proses tukar hak milik dan hasil ujian adalah lulus pada enjin yang sama.
 
“Namun, hasil ujian kali ini amat mengecewakan, malah Puspakom tuduh saya 
mengetuk semula nombor enjin asal pada enjin baharu yang mungkin dicuri bagi 
menutup kesalahan dan semua tuduhan ini amat berat,” katanya kepada Kosmo! di 
sini semalam.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
 

Kirim email ke