Baru-baru ini saya dikhabarkan bahawa dari Rembau ada seorang ulama yang amat 
tersohor bukan sahaja di Rembau tapi di Siak. Beliau ialah Tuan Lebai Aris bin 
Ahmad (1905 – 1947), dari Kg Nerasau, Penajis, Rembau. Begitu besar jasa Lebai 
Aris kepada Sultan Siak, kerajaan Siak dan rakyat Siak, beliau telah dilantik 
sebagai penasihat tidak rasmi Sultan Siak dan dianugerah tanah seluas 500 ekar.

Saya dikhabarkan juga Lebai Aris adalah merupakan datuk saudara kepada seorang 
ulama muda dari Rembau yang terkenal di negara kita pada ketika ini.

Perbilangan yang berbunyi, “Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke 
Minangkabau” mempunyai maksud yang mendalam dari segi sejarah.

Dikhabarkan juga loghat orang Siak adalah mirip loghat orang Negeri Sembilan. 
Sedangkan loghat orang Minang adalah jauh berbeza dari loghat orang Negeri 
Sembilan.

Untuk mengikuti kisah lanjut mengenai Lebai Aris terdapat di 
http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_aperpatih/documents/ukmpd/adat_00744.pdf
 

TUTUR KATA ORANG SIAK MIRIP ORANG NOGORI 

Sekali lagi saya teringatkan dialek orang negeri Sembilan. Pernah Prof. Madya 
Zainal Borhan menjelaskan bahawa dialek pertuturan orang Siak sama dengan orang 
di Negeri Sembilan. 

Saya hendakkan kepastian tentang perbilangan tentang hubungan Siak dengan 
Negeri Sembilan, terutama Rembau. Dharwamijaya membacakan satu petikan dari 
sebuah buku,  “ Raja Mahmud dijadikan raja di Negeri Sembilan (Rembau) dan 
menetap di Penajis dengan gelaran Raja Melewar, setelah mendapat restu dari 
Sultan Johor pada kurun ke-17. Maka adalah perbilangan yang berbunyi, Beraja ke 
Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau.”

Nurhalim berpendapat Bertali Ke Siak itu mungkin membawa maksud  orang-orang di 
Negeri Sembilan, khususnya  Rembau kebanyakannya mempunyai hubungan keluarga 
dengan orang Siak. Ada pertalian darah. 

Lenggok intonasi pertuturan orang Siak amat berbeza dengan orang Minang tetapi 
lenggok intonasi pertuturan orang Rembau hampir sama dengan lenggok orang Siak. 

Sumber : 
https://afyassin.wordpress.com/gallery/loghat-orang-siak-inderapura-tak-tumpah-orang-n9/
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke