http://mthago.wordpress.com/2012/05/25/penemuan-hebat-abad-21-schizophrenia-atau-gangguan-mental-sembuh-dengan-rawatan-kaedah-yang-ditemui-oleh-prof-dr-nasoha-saabin/

PENEMUAN HEBAT ABAD 21- SCHIZOPHRENIA ATAU GANGGUAN MENTAL SEMBUH DENGAN 
RAWATAN KAEDAH YANG DITEMUI OLEH PROF DR NASOHA SAABIN
May 25, 2012 by mthago


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=pcfxRTZnz4Q

From: Muhammad Taqiuddin <[email protected]>

Date: 25 May 2012 08:02:24 AM GMT+08:00

To: "[email protected]" <[email protected]>

Assalamualaykum prof,                                                           
                                                                                
                                                            

      Pertama sekali saya nak perkenalkan diri saya. Nama saya Muhammad 
Taqiuddin b. Khamdani. Saya tinggal di Kg Olak lempit, Banting, Selangor. Saya 
rasa prof mungkin mengenali saya kerana saya pernah mengambil rawatan dengan 
prof baru-baru ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas rawatan prof beri 
kepada saya. Alhamdulillah, saya rasa semakin baik.

Tujuan saya menulis e-mel ini untuk berkongsi pengalaman hidup dan meminta 
nasihat daripada prof.

      Saya mula menghidap penyakit skizofrenia ini sejak berumur 14 tahun masa 
tu saya berada di ting. 2. Masa mula-mula kena keluarga saya merasakan saya 
terkena gangguan jin sehingga mereka membawa saya berjumpa bomoh. Masa saya 
kena penyakit tu fikiran saya berserabut saya tidak dapat menumpukan perhatian 
terhadap sesuatu. Saya merasakan dunia ini sempit bagi saya dan saya merasa 
takut terutama apabila masuk waktu maghrib(malam). Pada waktu itu saya 
merasakan seperti ada seseorang ingin membunuh saya dan saya menganggap setiap 
orang yang saya lihat adalah setan bukan manusia yang menyebabkan saya cuba 
melarikan diri dari mereka. Bila saya menonton tv saya rasakan tv tersebut 
mengejek saya dan mengatakan tentang saya. Apabila saya relapse saya tidak 
dapat hadir ke sekolah selama berbulan-bulan. Saya masih ingat lagi ketika di 
ting.3 saya tidak hadir ke sekolah selama 3 bulan.  Pada masa itu saya 
menduduki PMR dan saya hanya datang sebulan sahaja belajar dan terus periksa. 
Walaupun saya hanya belajar sebulan sebagai persediaan tapi saya dapat 
keputusan yang agak bagus iaitu 5A2B1C sehinggakan keluarga saya kata yang 
ambik perikse ko ke jin ko.hihihiĀ…

      Saya dapat anggarkan setiap tahun saya relapse hinggalah saya masuk ke 
ting.5 dan masa tu SPM. Pada masa tu saya ingat penyakit tu dah x datang lagi. 
Rupa-rupanya nak dekat periksa masa tu la dia datang terus saya x blh jawab 
periksa. Pada masa kena kali nilah bapa saya bawa bertemu doktor pakar di HKL 
kerana terbaca artikel tentang skizofrenia. Lepas saya fail dalam SPM ayah saya 
suruh ambil ulangan. Saya pun belajar lagi tapi kali saya ambil ubat. 
Alhamdulillah saya dapat ambil priksa ulangan dengan baik. Tapi betul2 lepas 
saya ambil periksa saya relapse balik. Nasib baik lepas periksa. Hasilnya saya 
dapat keputusan yg agak baik jugak iaitu 3A4B1C1D. Itupun saya x belajar betul2 
sebab saya masuk kelas tahfiz sepenuh masa walaupun guru saya melarang saya 
tetap dengan minat saya iaitu menghafal quran. Saya ambil SPM ulangan pd 2007. 
Saya ada juga memohon politeknik tapi pd masa tu saya minat menghafal quran 
saya masuk madrasah. Dgn rawatan yg saya ambil di HKL saya dapat belajar dgn 
baik. Akhir tahun 2008 saya berpindah madrasah atas nasihat seorang ustaz iaitu 
di Kubang Bujuk Terengganu. Saya rasa prof pun tau tempat tu. markaz tabligh. 
Sebelum saya masuk saya disyaratkan keluar 40 hari. Masa tulah saya mula 
mengenali usaha dakwah dan saya rasakan itulah jalan yang benar.

       Saya belajar di madrasah tersebut hanya lebih kurang 5 bulan dari awal 
tahun 2009 bulan 1-5. Masa tu saya relapse. Yg teruknya saya kene time kluar 40 
hari. Sehinggakan saya dihantar ke hospital mental diikat kaki dan tangan 
dimasukkan satu wad dgn orang2 gila. Selepas dari peristiwa tersebut saya mula 
memandang serong atas usaha tabligh. Saya rasa orang yang keluar tabligh 3, 40 
hari ni semuanya jahil sebab mereka guna kitab fadhail amal yang banyak hadis 
dhaif dan maudhu'. dan mereka beramal semata-mata untuk dapat fadhilat sahaja. 
Mereka kata ilmu tu ada 2 masail, fadail. Saya kata ni x betul ilmu tu ada 3 
Tauhid, Feqah dan Tasawuf. Innilah fatal error yg saya dapat kesan dari jemaah 
tabligh. Last saya ikut tabligh masa ijtimak Sepang 2009 lepas tu x de dah.

     Saya ditukarkan rawatan dari HKL ke hospital Putrajaya pada 2008. Pada 
masa tu saya hanya mengambil ubat makan tablet Olanzapine Zyprexa. Pada 2010 
saya mula mengambil ubat suntikan risperdal consta sehingga sekarang atas 
nasihat doktor pakar. Pada thn 2010 saya x masuk mana2 madrasah saya hanya 
duduk dirumah. Pada tahun tersebut sahaja saya x relapse. Pada tahun 2011 saya 
masuk madrasah. Nama madrasah ni Pusat Pengajian Ilmu Wahyu Ad-Darrain di Bukit 
Tinggi Klang. Saya mengalami nasib yang sama seperti di Terengganu saya hanya 
belajar 5 bulan sahaja. Silapnya saya mintak dgn doktor nak berhenti ambil ubat 
kerana menyangka sudah sembuh. Akibatnya, saya rasa pada tahun tersebutlah saya 
sakit paling teruk. Sampaikan saya lihat orang yang berkepalakan setan. Saya 
sbnrnya dicutikan dari madrasah tersebut namun sampai sekarang saya x datang 
balik madrasah tu. Saya malu dgn ustaz2 sebab masa saya sakit ari tu saya cakap 
yang bukan bukan melalut lalut terpekik terlolong. Apa pendapat prof tentang 
hal ni? adakah perlu saya kembali ke madrasah tersebut atau tidak?

     Saya mengharapkan yang terbaik untuk tahun 2012. Pada tahun ini saya mula 
mengambil rawatan dgn prof. nasoha dan alhamdulillah saya dapat rasa yang saya 
sudah sembuh dari penyakit ini dan sekarang saya ceria berbanding sebelum 
berubat dengan prof. Saya harap selepas ini kejadian2 spt dahulu tidak berulang 
lagi. Saya ingin meminta pendapat prof. ape yg terbaik untuk saya lakukan 
sekarang sama ada belajar atau bekerja. Bagaimana saya hendak merancang masa 
depan saya ke arah yang lebih baik? Saya tidak ingin membuang masa lagi. Saya 
ingin memulakan hidup baru. Masalah saya skrg ini mungkin kesan daripada ubat 
consta yang saya ambil saya asyik tidur sahaja. saya ada baca di internet 
tentang kesan ubat ini antaranya drowsiness iaitu mengantuk @ ketiduran. Saya 
harap prof dapat membantu saya memberi sedikit nasihat dan saranan.

Penjelasan lanjut sila ke artikel yang telah ditulis oleh Prof Dr Nasoha KLIK



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke