25 Jun 2012 KUALA LUMPUR: Wanita yang bersendirian dan sedang menghampiri 
kereta mereka kini menjadi sasaran perompak bersenjata. Dalam tempoh beberapa 
minggu lalu, beberapa kes melibatkan wanita yang berseorangan dan mereka 
diserang oleh penyerang yang memiliki senjata. 
 
Terbaru kes melibatkan seorang wanita apabila jarinya hampir terputus diserang 
oleh perompak yang memiliki senjata dan ia berlaku berhampiran Taman Tun Dr 
Ismail di sini.
 
Insiden tersebut berlaku pada pukul 6.30 pagi, Ahad.
 
"Lelaki berkenaan berkulit hitam mengacukan pisau meminta mangsa menyerahkan 
barangan berharga termasuk beg tangan mereka.
 
"Kejadian berlaku apabila wanita berkenaan berhenti di depan rumah rakannya di 
Jalan Datuk Sulaiaman dan tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal 
menghampirinya," Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Wan Abdul 
Bari Wan Abdul Khalid.
 
Wan Abdul Bari berkata dalam pergelutan tersebut perompak berjaya melarikan 
diri dan dua jari mangsa hampir terputus apabila suspek cuba menetak mangsa. 
Perompak tersebut akhirnya berjaya membawa lari beg tangan mangsa.
 
Kurang 32 jam sebelum itu, seorang lagi wanita turut diserang dan dirompak 
kurang 9 kilometer daripada tempat tersebut dan kejadian itu berlaku di tempat 
letak kereta sebuah pusat membeli-belah di sini.
 
"Kami menerima laporan bahawa wanita yang berusia dalam linkungan 20 an itu 
dikelar di kepala ketika dia cuba masuk ke dalam keretanya di Mid Valley pada 
Jumaat," katanya,
 
Beliau berkata ketika kejadian wanita wanita tersebut baru sahaja keluar dari 
lif berhampiran panggung wayang pada pukul 10 malam apabila dia tiba-tiba 
diserang oleh seorang lelaki bersenjata dengan objek yang tajam.
 
"Mangsa bergelut dengan suspek yang cuba merampas beg tangannya dan dia merayu 
kepada perompak berkenaan supaya tidak mengambil barangan tersebut namun mangsa 
ditetak di kepala," katanya sambil menambah bahawa wanita berkenaan membuat 
laporan polis pada pukul 4 pagi Ahad.
 
Wan Abdul Bari berkatapolis kini sedang menyiasat kes berkenaan di bawah 
Seksyen 395 Akta Kanun Jenayah atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata dan 
sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis.
 
Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley City Sdn Bhd berkata wanita 
berkenaan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan menaiki 
ambulans 25 minit selepas kejadian itu berlaku. Mangsa dibenarkan pulang 
keesokan paginya.
 
"Manga kehilangan iPhone, dompet yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, 
lesen memandu dan kad-kad banknya,” katanya.
 
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian serangan dan rompakan itu telah 
diserahkan kepada pihak berkuasa.
 
Kes-kes yang melibatkan wanita menjadi sasaran perompak menjadi perhatian 
apabila seorang pedagang saham Internet Chin Xin-Ci memaklumkan di laman sosial 
Facebook mengenai serangan dan cubaan menculik yang dilakukan oleh dua lelaki 
terjadi ke atasnya di pusat membeli belah berkenaan pada 27 Mei lalu.
 
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/6/25/mstar_jenayah/20120625103254&sec=mstar_jenayah
    

Kirim email ke