Pada Tonggak ke 9 Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyentuh bab Rakyat 
Nan Berbudaya dan Beradat. Ianya antara lain menyebut untuk  menaikkan elaun 
Datuk Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 
sebulan kepada Buapak-Buapak. Bukannya satu usaha yang mudah untuk Datuk 
Lembaga untuk memanggil semua anak buah untuk menyelesaikan isu tanah adat 
terbiar, apatah lagi jika satu geran ada sehingga 50 penama. 
 
Sudah pasti 50 penama ini mungkin ada yang sudah meninggal dunia, ada yang 
tinggal di luar Negeri Sembilan dan sebagainya. 
 
Tapi yang menjadi tanda tanya, bagaimana pula dalam kes tanah adat yang diambil 
kerajaan untuk projek pelebaran jalan, pembinaan landasan keretapi berkembar, 
pembinaan loji rawatan air dan sebagainya, isu tanah adat ini boleh 
diselesaikan? 
 
Perincian Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/manifesto-pakatan-rakyat-negeri.html 
 
Pulih tanah adat terbiar
Sinar Harian 26 Jun 2012 
 
SEREMBAN – Datuk Lembaga Adat di negeri ini disarankan memain peranan membantu 
Kerajaan Negeri memulihkan tanah adat terbiar. Menteri Besar, Datuk Seri 
Mohamad Hasan berkata, Kerajaan Negeri berdepan kesukaran membangunkan tanah 
terbiar berikutan sukar mendapat kerjasama pemilik tanah adat.
 
“Terdapat dua kategori tanah terbiar iaitu tanah terbiar daratan dan tanah 
terbiar sawah. Tanah terbiar daratan seperti kebun dan ladang berjaya kita 
selesaikan dengan kerjasama Risda, Felcra dan unit peladang.
 
“Namun, tanah terbiar sawah sukar dibangunkan kerana ia tanah adat dan 
rata-rata tuan tanah enggan memberi kerjasama,” katanya kepada pemberita, 
semalam.
 
Menurutnya, kebanyakan tanah adat di negeri ini terbiar dan tidak diusahakan 
pemilik. “Ia menjadi masalah kepada Kerajaan Negeri. Masalah ini berlaku kerana 
geran tanah adat mempunyai banyak nama dan adakala satu geran  sehingga 50 
penama.
 
“Kita mahu Datuk Lembaga memainkan peranan dengan mengumpulkan anak buah dan 
waris supaya ambil kuasa dan tindakan terhadap tanah terbiar dengan 
mengusahakannya.
 
“Kita sentiasa berharap tanah adat dapat dipulihkan dan diusahakan dengan baik 
selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri memulihkan tanah terbiar,” katanya.
 
Mohamad berkata, sehingga kini, Kerajaan Negeri berjaya memulihkan 30 peratus 
masalah tanah terbiar di negeri ini.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pulih-tanah-adat-terbiar-1.60827  

Kirim email ke