Adakah ini sebahagian daripada janji yang tidak atau belum ditepati? Berapa banyak wang kerajaan (rakyat) yang telah dibelanjakan untuk projek ini? Kontraktor mana yang dapat projek ini dan berapa nilai projek ini? Apa dah jadi dengan kincir angin di Bario? Aduan Rakyat 26 Jun 2012 Salam sejahtera. Saya mewakili masyarakat yang tinggal di dataran tanah tinggi Bario ingin menyuarakan rasa kesal kami terhadap kincir angin yang telah didirikan di kampung kami sejak lebih 4 tahun yang lalu. Semasa kincir angin itu didirikan, kami berasa sangat gembira kerana pada kami ianya satu rahmat untuk merasai letrik 24 jam yang berterusan. Tetapi malangnya hingga ke hari ini dan sudah lebih 4 tahun, benda itu tidak pernah berfungsi apatah lagi membekalkan letrik kepada kami. Ini sangat mendukacitakan kami. Kami sering bertanya kepada wakil rakyat dan YB-YB yang berkunjung ke kampung kami akan kesudahan projek itu. Tetapi tidak seorangpun yang dapat memberi penjelasan kepada kami BILA kincir angin itu akan berfungsi? Yang dapat kami dengar hanyalah bersabar…bersabar dan bersabar… Kini sudah 4 tahun berlalu, sudah terdapat alat yang rosak dan tidak mungkin ianya akan dapat berfungsi lagi. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak sungguh-sungguh melaksanakan projek itu sehingga selesai dan menguntungkan rakyat sebaliknya ia satu pembaziran wang rakyat..dan yang lebih malang lagi, kami penduduk di Bario seolah-olah ditipu bulat-bulat oleh projek yang langsung tidak berfaedah ini.. Setiap hari kami melihat kincir angin itu setiap hari jugalah kami sakit hati dibuatnya..akibatnya calon BN telah tewas dalam pilihanraya yang lalu..tidak lama lagi PRU akan berlangsung dan jika masalah ini tidak diatasi, kami yakin calon BN pasti akan tewas lagi kerana kami sudah lama terseksa dengan janji-janji kosong BN yang seolah-olah meminggirkan kami yang terletak nun jauh di dataran yang tinggi..kalau begini lah nasib kami, lebih baik kami tidak mengundi calon BN kerana ianya sia-sia sahaja dan sangat mengecewakan… By: Mat Bario http://www.aduanrakyat.com.my/apa-dah-jadi-dengan-kincir-angin-di-bario#more-15663 Sarawak pelopori projek hibrid solar dan angin di Bario 02/06/2009 MIRI 2 Jun — Kerajaan akan mempelopori projek perintis menjana tenaga elektrik hibrid menggunakan kuasa kincir angin dan solar di Bario, satu kawasan tanah tinggi pedalaman di utara Sarawak, kata Menteri Kemudahan Awam negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan malam tadi. Beliau berkata rancangan penjanaan tenaga itu diluluskan Kabinet Sarawak baru-baru ini dan dijangka dapat membekalkan tenaga elektrik ke beberapa kampung di Bario, satu kawasan yang hanya boleh dikunjungi dengan pengangkutan udara dari sini. Berucap semasa menutup karnival sukan masyarakat tanah tinggi di sini, beliau berkata keputusan untuk melaksanakan projek penjanaan tenaga menggunakan kuasa kincir angin dan solar dilakukan berikutan kegagalan projek mikro hidro-elektrik di kawasan itu. — Bernama http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm State approves solar-wind power plant for Bario Highlands Wednesday June 3, 2009 MIRI: The state government has given the green light for a pioneer plant in the Bario Highlands to generate electricity from sunlight and wind – to replace a RM10mil hydro-electric dam which failed for lack of water. The project, the first of its kind in the state, will use a combination of solar and wind energy to generate power for use in the 2,000m-high mountainous region at the Sarawak-Kalimantan border. State Public Utilities Minister Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan said the state Cabinet had recently decided that solar-wind power was the best option for the highlands. “The failed hydro-electric dam project will be replaced by this hybrid plant,’’ he told a gathering at the Kelabit and Lun Bawang Highlanders Club here on Monday night. “However, there may be a need to build a few micro-hydrodams to generate power for villages that are far away.” The Bario Highlands, located some 300km from Miri, is home to 6,000 people. In the early 1990s, the state government built the dam to generate electricity for the folks there who had to rely on diesel fuel to power their generators. However, the dam failed to function due to low river water pressure. The state authorities tried in vain to revive the project, including enlisting the help of dam experts. Two years ago, a proposal was made to build another hydro-electric dam to replace the one which failed. However, the state Cabinet has now decided that the best option would be the hybrid solar-wind plant because the highlands have plenty of sunshine and wind for most of the year. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/3/nation/4032782&sec=nation#134068505804558&if_height=182

