VAN PUTIH MUNCUL LAGI ; 27 Jun 2012 - Satu lagi kejadian cubaan culik 
dilaporkan, menjadikannya kes ketujuh sepanjang tahun ini dan kali ini berlaku 
di kawasan perumahan polis di Setiawangsa, di sini.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari, Khamis lalu, mangsa adalah 
remaja perempuan berusia 16 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ida. 
 
Daripada tujuh kejadian sebelum ini, dua mangsa berjaya dilarikan penculik, 
termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar dan dalam 
kebanyakan kes, kumpulan penjenayah menggunakan van berwarna putih. 
 
Dalam kejadian membabitkan Ida, Khamis lalu, remaja itu terselamat apabila 
berjaya meloloskan diri selepas menjerit sekuat hati ketika seorang lelaki cuba 
menekup mulutnya sebelum cuba membawanya masuk ke dalam van putih. 
 
Ida berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah 
dengan berjalan kira-kira dua kilometer bersama rakannya sebelum berpisah. 
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012062706110720120627061107/Article/index_html
 

Kirim email ke