Ada kalanya nasib ibu tinggal lebih perit dibandingkan dengan nasib ibu 
tunggal. Ada kalanya nasib anak-anak yang ditinggalkan bapa lebih perit 
berbanding dengan nasib anak-anak yatim. Semoga Ramadhan ini kita 
menyeimbangkan sumbangan kepada ibu tinggal dan ibu tunggal, juga anak yang 
ditinggalkan dengan anak yatim.
 
Si cilik sara keluarga
Harian Metro 23 Julai 2012 
 
JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng 
sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala 
kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan 
berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah.
 
Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu 
mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana 
anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan 
mereka ada potensi untuk maju.
 
“Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah 
kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan 
menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.
 
“Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana 
berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan 
bihun goreng yang saya buat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di 
sini. 
 
Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali 
sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung 
kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan ‘digantung tak bertali’ 
sejak lima tahun lalu.
 
http://www.hmetro.com.my/articles/Siciliksarakeluarga/Article 

Kirim email ke