Kenapa pula Lembaga Muzium Negeri Sembilan pula yang menganjurkan Forum 
Pengkisahan Sejarah Kekejaman Komunis pada 3 September 2012? Kenapa tidak 
Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson yang menganjurkannya? 
Lembaga Muzium N.Sembilan sepatutnya menjejak kembali sejarah kepahlawanan 
pejuang Negeri Sembilan sejak zaman kejatuhan Melaka. Menampilkan tokoh 
pahlawan dari negeri ini seperti Dato Siamang Gagap, Sarjan Hassan, Lt. Adnan, 
Prebet Ujang yang bersama Lt. Adnan.
 
Di samping itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan sepatutnya memberi kesedaran 
kepada generasi kini di negeri ini, bahawa Angkatan Tentera Malaysia itu 
sendiri terbentuk hasil dari buah pemikiran pemerintah negeri ini iaitu Yang 
Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Undang Rembau dan kesultanan Perak.
 
************** 
Forum Pengkisahan Sejarah 'Kekejaman Komunis' sempena Sambutan Bulan 
Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan akan dilaksanakan pada 3 September 
2012 (Isnin), jam 8.30 pagi, di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian 
Negara, Negeri Sembilan
Tokoh: 
i) YBhg. Dato' Nadzan bin Haron, 'Sejarah Kemunculan Komunis'
ii) YBhg. Left.Jen. (B) Dato' Seri Zaini Mohd. Said, 'Mengimbas Kembali Perang 
Menentang Insorgensi Komunis'
iii) YBhg. Tan Sri Rahim Nor, 'Perjanjian Damai Malaysia-PKM'
Untuk keterangan lanjut, sila hubuingi Lembaga Muzium Negeri Sembilan 
06-7361149 
http://penulisn9.blogspot.com/2012/08/jemptan-forum-pengkisahan-sejarah.html 
 
Destinasi yang pertama Anak Rembau singgah ialah maqam Penghulu Luak Rembau 
yang pertama, Dato’ Lela Maharaja Seri Rama dan isterinya, Puan Isteri Siti 
Hawa binti Laut Dalam.,di Chengkau Ulu. Memang menyedihkan keadaan maqam 
pemerintah Luak Rembau yang pertama. Penuh dengan semak samun, pagar yang 
runtuh….bumbung dah pecah.
http://www.nagarinantuo.com/?p=255  
 
Filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar. Sarjan 
Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan pada Julai 1927. 
Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana kesukaran bapanya untuk 
menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang, datuknya, Penghulu Ismail telah 
membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan 
Pantai.  Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh 
perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang 
komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak 
British mahupun Kerajaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, 
jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan 
Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.
http://www.nagarinantuo.com/?p=1520#more-1520 
 
Bekas anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD) Prebet Ujang 
Mormin yang berjuang bersama ketika Leftenan Adnan Saidi ketika Perang Dunia Ke 
2 terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang menghargai jasanya kepada 
negara. Antaranya, Undang Luak Rembau, Datuk Mohamad Sharip Othman yang melwat 
rumahnya di Rumah Rakyat Sikamat dekat sini. Ujang yang berasal dari Kampung 
Kundur Hilir di Rembau, pernah berjuang bersama Adnan menentang tentera Jepun 
di benteng pertahanan terakhir negara di Bukit Candu, Singapura pada 1942.
http://www.nagarinantuo.com/?p=28 
 
Benarkah Lt. Adnan Keturunan Datuk Siamang Gagap? 
 
Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang 
menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang 
Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 
1875. Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau 
membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang 
lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang. Semasa menjejaki waris 
Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang 
Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.
http://abdullatip.blogspot.com/2008/05/benarkah-lt-adnan-keturunan-datuk.html 
 
Semenjak tahun 1902, Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Alang Iskandar Shah 
(Sultan Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri 
Sembilan), Raja Chulan (Kerabat DiRaja Perak) dan Dato Abdullah Haji Dahan 
(Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British di Malaya untuk 
menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang tempatan. Pada 
1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah 
dipilih sebagai “sesuai untuk diambil menjadi rekrut” di dalam pasukan Askar 
Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rejimen_Askar_Melayu_DiRaja 

Kirim email ke