Bagaimana pula hubungan kita dengan
orang tua kita? Sudahkan kita mendoakan untuk kedua-duanya hari ini,
sudahkah kita menelefon mereka hari ini atau menziarahi mereka minggu
ini untuk bertanya khabar? Sebelum kita beri komen kejadian di bawah
ini yang sudah menjadi kelaziman akhir-akhir ini, tanya diri kita
sendiri, cukupkah kasih sayang yang dicurahkan kepada kedua-dua orang
tua kita samada mereka masih hidup atau pun sudah menyahut panggilan
Ilahi? 

Nasib malang bekas jutawan LBJ

14 Sep 2012 SEREMBAN – Seorang bekas
jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak
perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan
sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada
tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.
Norzay Rashid, 44, turut menuntut
mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini
sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal
dunia.
Beliau mengemukakan tuntutan ke atas
bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.
Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini
untuk membuat keputusan.
Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon
perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik
bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000
diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya,
Allahyarham Kering Aman.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 

Kirim email ke