----- Original Message ----- From: "Khairulaman Kusman" <[EMAIL PROTECTED]> Sent: Monday, December 31, 2007 7:43 AM Subject: Isteri takut diabai jika suami nikah baru
> > Assalamualaikum > > SAYA seorang suri rumah mempunyai lima anak. Saya selalu membaca > mengenai suami berpoligami dan kasihan pada isteri yang dimadu. Saya > berasakan mustahil perkara itu berlaku pada saya. Jika suami ingin > berkahwin lain, saya akan minta cerai. Namun, baru-baru ini suami > memberitahu hasrat untuk berpoligami. Mulanya saya memberontak dan > menangis sambil meminta cerai. Kemudian, saya berfikir mengenai anak, > lalu mengambil keputusan bersetuju suami berpoligami. Bagaimanapun, saya > risau nafkah untuk saya dan anak akan terabai. Apakah hak saya dan > bagaimana untuk memastikan hak saya dan anak terutama nafkah seperti > sebelum suami berpoligami. > > > Isteri kuat semangat, > > > > > > WANITA akan sedih untuk berkongsi suami. Tetapi kesedihan itu tidak > boleh hingga mengingkari atau mengutuk hukum yang sudah ditetapkan dalam > al-Quran. Masalah yang sering berlaku dalam masyarakat adalah orang > berpoligami gagal berlaku adil. Kegagalan pihak berpoligami menyebabkan > orang memandang buruk kepada keharusan itu. > > > Puan menyebut bersetuju dengan hasrat suami untuk berpoligami. Mengikut > undang-undang, ada prosedur tertentu yang perlu diikuti suami untuk > berpoligami. Izin puan bukan penyebab mutlak dia dibenarkan poligami, > kelayakannya akan dinilai oleh mahkamah sebelum kebenaran berpoligami > diberikan. > > > Oleh sebab puan beralamat di Shah Alam, berkemungkinan pemastautin > Selangor, jadi kita merujuk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam > Selangor 2003 (EUKIS 03). Oleh itu, ada syarat yang perlu dipenuhi > suami. > > > Tujuan diwujudkan syarat adalah untuk menjamin hak isteri, sama ada > isteri pertama atau yang bakal menjadi isteri. Begitu juga kebajikan > anak jika ada, di samping tidak menolak keharusan poligami bagi lelaki > dalam Islam. > > > Puan boleh merujuk Seksyen 23 EUKIS 03 yang memperuntukkan bahawa ketika > masih wujud suatu perkahwinan, seorang suami tidak boleh membuat akad > nikah dengan perempuan lain kecuali apabila mendapat kebenaran mahkamah > terlebih dulu. Ini bermaksud suami perlu membuat permohonan ke Mahkamah > Syariah terlebih dulu untuk mendapat kebenaran. > > > Sub-seksyen (4) menyatakan bagaimana kaedah permohonan poligami boleh > dibuat. Suami perlu membuat permohonan kepada mahkamah mengikut cara > ditetapkan, mesti disertakan ikrar yang menyatakan apa alasannya > menunjukkan perkahwinan dicadangkan patut atau perlu, pendapatan beliau > pada masa itu, butir komitmennya, kewajipan tanggungan kewangannya yang > patut ditentukan, bilangan tanggungan, termasuk orang yang akan menjadi > tanggungan berikutan perkahwinan yang dicadangkan dan sama ada izin atau > pandangan puan sebagai isteri sudah diperoleh atau tidak terhadap > perkahwinan yang dicadangkan itu. > > > Mahkamah akan membuat pertimbangan terhadap permohonan suami seperti > dinyatakan dalam sub-seksyen (5) iaitu, "Apabila menerima permohonan > itu, mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya > yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan orang lain > yang difikirkan mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan > yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang > hendaklah dilakukan di dalam mahkamah tertutup, dan mahkamah boleh > memberi kebenaran yang dimohon itu jika berpuas hati: > > > bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu, memandang > kepada antara lain keadaan berikut iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, > tidak layak daripada segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar > mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan atau gila di pihak > isteri atau isteri-isteri sedia ada; > > > bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung > seperti dikehendaki hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, > termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan > perkahwinan yang dicadangkan itu; > > > bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan yang adil kepada semua > isterinya mengikut hukum syarak; dan > > > bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan dharar syarie > kepada isteri atau isteri-isteri sedia ada." > > > Suami perlu menjawab semua yang dinyatakan di atas untuk meyakinkan > mahkamah bahawa dia memang mampu dan layak berkahwin lain. Apabila > mahkamah memanggil puan untuk hadir, puan perlu menghadirkan diri dan > memberitahu mahkamah apa-apa yang puan rasa patut diberitahu seperti > jumlah nafkah diberikan sekarang, bagaimana pembahagian masa dan layanan > suami kepada puan dan anak, puan setuju atau tidak dengan cadangannya > dan sebagainya. Selepas mendengar semua keterangan, baru mahkamah akan > mempertimbangkan sama ada memberi kebenaran atau tidak. > > > Selain itu, hak puan termasuk nafkah dan harta yang puan peroleh dalam > tempoh perkahwinan dengan suami akan menjadi lebih terjamin dengan > peruntukan seksyen 23 (10) iaitu, "Tiap-tiap mahkamah yang memberi > kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah > seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak > kepada perkahwinan: > > > untuk mengkehendaki seseorang membuat pembayaran nafkah kepada isteri > atau isteri-isteri yang sedia ada; atau > > > untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperoleh oleh pihak-pihak > itu dalam masa perkahwinan dengan usaha sama mereka dibahagi antara > mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan > dibahagikan." > > > Dengan maksud lain, hak puan dan hak anak daripada segi pemberian nafkah > akan dijamin oleh mahkamah seperti yang puan terima sebelumnya iaitu > sebelum mahkamah membenarkan suami berpoligami. > > > Begitu juga harta sepencarian di mana puan dan suami beli semasa > perkahwinan boleh dibahagikan sebelum kebenaran poligami diberikan. Ada > kes isteri bersedia memberi kebenaran dan keizinan suami berkahwin lagi > tetapi suami tidak mendapat kebenaran mahkamah. Mahkamah menilai bahawa > suami tidak mampu daripada segi kewangan dan boleh menyebabkan timbul > mudarat lebih besar pada keluarga asal jika poligami diluluskan. > > > > The information in this e-mail and any attachment(s) here to is only > for the use of the intended recipient and may be confidential or privileged. > If you are not the intended recipient, any use of, reliance on, > reference to, disclosure of, alteration to or copying of the > information for any purpose is prohibited. Any information not related > to BNM's official business is solely the author's and does not > necessarily represent BNM's view and is not necessarily endorsed by > BNM. BNM shall not be liable for loss or damage caused by viruses > transmitted by this e-mail or its attachments. BNM is not responsible > for any unauthorised changes made to the information or for the effect of such changes.
