bukan hampir sama. memang dah sama sangat pun. hmm,insafnya aku,buat ape la nak 
anaya laki, kalau aku la ada laki aku jaga elok2
 
--- On Sun, 15/6/08, jasmady abdul hamid <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: jasmady abdul hamid <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [(jdk)] Fw: [Jenaka dot kom] Fwd: FW: Nasi Kangkang...
To: [email protected]
Date: Sunday, 15 June, 2008, 11:05 AM








siapa yg terlepas tgk cerekarama  (14.06.08).. ..lakonan fasha 
sandha  dan ady putra ceritanya hampir sama dgn kisah dilampirkan. 
..renung- renungkan 


----- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: hany za <[EMAIL PROTECTED] com>
Kepada: [EMAIL PROTECTED] com
Dihantar: Isnin, 31 Disember, 2007 7:32:51
Subjek: [Jenaka dot kom] Fwd: FW: Nasi Kangkang...













nasi kukus x ape..bleh makan
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun 
sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila 
dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.
'Eh, makin kurus nampak. Diet ke?' kata saya setelah mempersilakannya duduk.
'Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.Kurikulumlah , 
kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,' balas 
Arifin.
'Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,' Tambah Arifin 
sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya 
baju yang di pakai..
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin 
tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja  muncul, pasti 
ada hajat yang hendak di sampaikan.
'Orang rumah saya sakitlah, ustaz', kata Arifin.
'Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi.. Ketawa pun hendak tak hendak. 
Sakit apa?' saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, 
kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya 
mata saya dalam-dalam.
'Entahlah.' katanya perlahan,
' Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, 
dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,'kata Arifin. 
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata 
hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan 
penyakitnya.
'Sakit apa, doktor pun tak tau,'tambahnya. 
'Dah pergi berubat kampung?'saya bertanya.
'Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan 
orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi 
sakitnya tak juga sembuh,'jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga 
tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang  cantik juga 
berubah murung, kusut
'Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah 
beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan  
berbintil-bintil macam katak puru,' tambah Arifin. 
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat 
sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, 
bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. 
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir 
tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu 
untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. 
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di 
belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara 
berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai 
rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang 
hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan 
kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun 
getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. 
Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada 
biru, ia bertukar kehitaman 
seperti di penuhi darah beku.
'Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa 
dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,' kata Arifin. 
Wajahnya sayu ...
'Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu'.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa 
isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di 
habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat 
mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
'Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia 
meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong 
serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,'tambah 
Arifin. 
'InsyaAllah. ' Balas saya. 
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana 
berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau 
dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan 
segala yang terbuku di hati. 
'Apa yang dia cakap masa meracau tu?'
'Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya 
tanya kenapa? .. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah , orang dah sakit 
memang macam tu,'kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah 
berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke 
rumah Arifin pada malam esoknya. 
'Datang ya, ustaz . Saya tunggu,'katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang 
dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
'Jemput masuk ustaz,'Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
'Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang 
rumah saya ni sensitif sikit,' bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring 
mengiring mengadap ke dinding. 
'Za.. Ni Ustaz Nahrawi datang,'kata Arifin perlahan sambil memegang bahu 
isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat 
menyedihkan Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya 
terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang 
membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh 
botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang 
saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil 
Arifin ke sudut bilik. 
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;'Pin, saya nak tanya sikit, tapi 
sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung' .
'Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,' jawab Arifin. 
'Err,. dari mana datangnya bau yang.' soal saya, tapi tak sanggup nak 
menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
'Ooo. mmm, dari alat sulit dia,'kata Arifin perlahan. 'Keluar lendir bercampur 
nanah'...
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan 
isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di 
timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada 
melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah 
Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
'Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.' 
'Kalau macam tu, baguslah,'kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya 
meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka 
supaya bersabar dengan ujian Allah.
'Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,' kata saya sebelum meninggalkan 
rumah Arifin. 
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. 
Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu 
kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. 
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. 
Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya 
lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke 
hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun 
beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, 
seperti hendak menangis.
'Ustaz,'katanya, 
'Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu' 
'Kenapa?'pantas saya bertanya....
'Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan 
segala-galanya' . Arifin menyambung ceritanya; 
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana 
telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah 
haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya 'Kenapa?' 
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. 
'Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku 
curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya 
ditundukkan dengan ilmu hitam.'
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira 
lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah 
membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. 
'Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan 
mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia 
minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. 
Dia minta saya maafkan.'Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, 
racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi 
hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak 
membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.' Kata Arifin tanpa sanggup 
menghabiskan kata-katanya. Termenung saya
mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang 
sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa 
pun elok.
'Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,'kata saya. Selain 
itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. 
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana 
dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.'
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun 
dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan 
lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan 
sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. 'Saya tau 
ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa..'
'Ampunkan dia?' Arifin bertanya balik.
'Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu 
sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?'tingkah Arifin dengan suara yang 
agak keras.
Mungkin dia terkejut.
'Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,' jelas saya. Saya terus 
memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu 
lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin 
memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan 
mudah. 
'Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada 
gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,' jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan 
supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun 
qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
'Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,' kata saya. Seminggu kemudian 
Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah 
meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana 
ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya 
tidak bernyawa lagi. 
'Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya 
sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan 
saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,tidak sanggup juga rasanya untuk 
membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya 
dah ampunkan dia.
'Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir 
daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya 
dikebumikan. 
 
p/s: Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, 
hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa semata-mata*
*ingat tau,Tuhan 'bayar tunai' sekarang.... ...!!!!
 
 
 
 
       
 
 
 
 
       


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 


Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel 













Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke