eh apa tajuk citer tu ya... saya tak tengok la... leh gitau tajuk tak? --- On Mon, 6/16/08, luv loves <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> From: luv loves <[EMAIL PROTECTED]> > Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Jenaka dot kom] Fwd: FW: Nasi Kangkang... > To: [email protected] > Date: Monday, June 16, 2008, 1:45 AM > bukan hampir sama. memang dah sama sangat pun. hmm,insafnya > aku,buat ape la nak anaya laki, kalau aku la ada laki aku > jaga elok2 > > --- On Sun, 15/6/08, jasmady abdul hamid > <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > From: jasmady abdul hamid > <[EMAIL PROTECTED]> > Subject: [(jdk)] Fw: [Jenaka dot kom] Fwd: FW: Nasi > Kangkang... > To: [email protected] > Date: Sunday, 15 June, 2008, 11:05 AM > > > > > > > > > siapa yg terlepas tgk cerekarama (14.06.08).. > ..lakonan fasha sandha dan ady putra ceritanya > hampir sama dgn kisah dilampirkan. ..renung- renungkan > > > ----- Mesej Dikirim Lanjut ---- > Daripada: hany za <[EMAIL PROTECTED] com> > Kepada: [EMAIL PROTECTED] com > Dihantar: Isnin, 31 Disember, 2007 7:32:51 > Subjek: [Jenaka dot kom] Fwd: FW: Nasi Kangkang... > > > > > > > > > > > > > > nasi kukus x ape..bleh makan > Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya > sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di > arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia > datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu > seronok. > 'Eh, makin kurus nampak. Diet ke?' kata saya > setelah mempersilakannya duduk. > 'Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni > macam-macam kerja.Kurikulumlah , kokurikulumlah, sukanlah. > badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,' balas > Arifin. > 'Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun > longgar,' Tambah Arifin sambil menarik lengan baju > untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju > yang di pakai.. > Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, > saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. > Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat > yang hendak di sampaikan. > 'Orang rumah saya sakitlah, ustaz', kata Arifin. > 'Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi.. > Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?' saya > bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, > kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. > Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam. > 'Entahlah.' katanya perlahan, > ' Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia > melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang. penuh > dengan lepuh macam orang terkena air panas,'kata > Arifin. > Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, > Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di > beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya. > 'Sakit apa, doktor pun tak tau,'tambahnya. > 'Dah pergi berubat kampung?'saya bertanya. > 'Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, > terceroboh kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. > Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga > sembuh,'jelas Arifin. > Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah > banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi > sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, > kusut > 'Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan > kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu > bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil > macam katak puru,' tambah Arifin. > Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas > tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu > licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan > besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. > Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat > terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, > Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan > dengan kawan sepejabat. > Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. > Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa > rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. > Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. > Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. > Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga > menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu > sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti > wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim > panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam > waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. > Daripada biru, ia bertukar kehitaman > seperti di penuhi darah beku. > 'Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia > sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah > dia? Kasian betul saya tengok,' kata Arifin. Wajahnya > sayu ... > 'Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu'. > Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit > Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan > mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang > dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat > mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. > 'Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. > Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. > Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab > dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,'tambah > Arifin. > 'InsyaAllah. ' Balas saya. > Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula > bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang > diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita > merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan > segala yang terbuku di hati. > 'Apa yang dia cakap masa meracau tu?' > 'Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun > maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .. Dia tak cakap, > Cuma minta maaf saja. Yalah , orang dah sakit memang macam > tu,'kata Arifin. > Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun > tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum > pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam > esoknya. > 'Datang ya, ustaz . Saya tunggu,'katanya sambil > mengangkat punggung. > Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. > Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas > isyak. > 'Jemput masuk ustaz,'Arifin memperlawa sambil > membawa saya ke sebuah bilik. > 'Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula > tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,' > bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. > Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut > paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding. > 'Za.. Ni Ustaz Nahrawi datang,'kata Arifin perlahan > sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. > MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan Wajahya > penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya > terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti > bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya > pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia > sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang > saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti > keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. > Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;'Pin, saya > nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti > awak tersinggung' . > 'Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,' jawab > Arifin. > 'Err,. dari mana datangnya bau yang.' soal saya, > tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya > maksudkan itu agak busuk. > 'Ooo. mmm, dari alat sulit dia,'kata Arifin > perlahan. 'Keluar lendir bercampur nanah'... > Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu > memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk > bertanya tentang hal-hal yang seperti itu. > Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu > Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di > turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau > derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah > Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya. > 'Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun > sudah.' > 'Kalau macam tu, baguslah,'kata saya. > Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari > al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan > Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar > dengan ujian Allah. > 'Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,' kata > saya sebelum meninggalkan rumah Arifin. > Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi > bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin > menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan > saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. > Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza > kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang > bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. > Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan > solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan > isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari > kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih > sedih, seperti hendak menangis. > 'Ustaz,'katanya, > 'Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam > tu' > 'Kenapa?'pantas saya bertanya.... > 'Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada > saya dan ceritakan segala-galanya' . Arifin menyambung > ceritanya; > Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya > minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. > Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya > ke dalam makanan saya. > Saya tanya 'Kenapa?' > Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan > lain. > 'Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula > kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia > lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu > hitam.' > Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan > saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. > Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan > sulit dengan beberapa lelaki. > 'Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak > kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, > malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta > berbanyak-banyak ampun daripada saya. > Dia minta saya maafkan.'Saya tak sangka betul, ustaz. > Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama > ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. > Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak > membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.' Kata > Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung > saya > mendengar ceritanya itu. > Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana > Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama > dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok. > 'Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah > dia,'kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada > Arifin supaya merelakan isterinya pergi. > Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar > meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada > suaminya terlebih dahulu.' > Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal > tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan > penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada > pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan > sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja > dia pergi. 'Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan > memaksa..' > 'Ampunkan dia?' Arifin bertanya balik. > 'Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan > lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya > maafkan dia?'tingkah Arifin dengan suara yang agak > keras. > Mungkin dia terkejut. > 'Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat > pahala,' jelas saya. Saya terus memujuknya supaya > beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas > itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi > adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara > itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. > 'Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul > dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan > hati yang benar-benar ikhlas,' jelas saya. > Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu > saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali > dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) > sebanyak tujuh kali. > 'Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,' > kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan > sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. > Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari > kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila > kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi. > 'Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta > ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, > memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil > menangis dan kemudian minta ampun,tidak sanggup juga > rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa > kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia. > 'Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk > masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham > isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan. > > p/s: Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. > Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan > pandang hanya pada rupa semata-mata* > *ingat tau,Tuhan 'bayar tunai' sekarang.... ...!!!! > > > > > > > > > > > > > Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. > > > Search. browse and book your hotels and flights through > Yahoo! Travel > > > > > > > > > > > > > > Send instant messages to your online friends > http://uk.messenger.yahoo.com
