huhuhu...salah lahh...
Kehangatan Lantana...kat You Tube dh ade...dwnld r..besttt gilerrr
nUrUl HiDaYaH <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
tajuk citer tuh.. 'KERANA LANTARANA'
siTI NuRR
----- Original Message ----
From: alisya alis <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Monday, June 16, 2008 8:42:15 PM
Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Jenaka dot kom] Fwd: FW: Nasi Kangkang...
eh apa tajuk citer tu ya...
saya tak tengok la...
leh gitau tajuk tak?
--- On Mon, 6/16/08, luv loves <evergalz_05@ yahoo.com> wrote:
> From: luv loves <evergalz_05@ yahoo.com>
> Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Jenaka dot kom] Fwd: FW: Nasi Kangkang...
> To: [EMAIL PROTECTED] com
> Date: Monday, June 16, 2008, 1:45 AM
> bukan hampir sama. memang dah sama sangat pun. hmm,insafnya
> aku,buat ape la nak anaya laki, kalau aku la ada laki aku
> jaga elok2
>
> --- On Sun, 15/6/08, jasmady abdul hamid
> <[EMAIL PROTECTED] com.my> wrote:
>
> From: jasmady abdul hamid
> <[EMAIL PROTECTED] com.my>
> Subject: [(jdk)] Fw: [Jenaka dot kom] Fwd: FW: Nasi
> Kangkang...
> To: [EMAIL PROTECTED] com
> Date: Sunday, 15 June, 2008, 11:05 AM
>
>
>
>
>
>
>
>
> siapa yg terlepas tgk cerekarama (14.06.08)..
> ..lakonan fasha sandha dan ady putra ceritanya
> hampir sama dgn kisah dilampirkan. ..renung- renungkan
>
>
> ----- Mesej Dikirim Lanjut ----
> Daripada: hany za <haneeyza@ yahoo. com>
> Kepada: [EMAIL PROTECTED] com
> Dihantar: Isnin, 31 Disember, 2007 7:32:51
> Subjek: [Jenaka dot kom] Fwd: FW: Nasi Kangkang...
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> nasi kukus x ape..bleh makan
> Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya
> sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di
> arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia
> datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu
> seronok.
> 'Eh, makin kurus nampak. Diet ke?' kata saya
> setelah mempersilakannya duduk.
> 'Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni
> macam-macam kerja.Kurikulumlah , kokurikulumlah, sukanlah.
> badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,' balas
> Arifin.
> 'Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun
> longgar,' Tambah Arifin sambil menarik lengan baju
> untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju
> yang di pakai..
> Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit,
> saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya.
> Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat
> yang hendak di sampaikan.
> 'Orang rumah saya sakitlah, ustaz', kata Arifin.
> 'Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi..
> Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?' saya
> bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas,
> kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi.
> Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
> 'Entahlah.' katanya perlahan,
> ' Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia
> melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang. penuh
> dengan lepuh macam orang terkena air panas,'kata
> Arifin.
> Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya,
> Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di
> beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.
> 'Sakit apa, doktor pun tak tau,'tambahnya.
> 'Dah pergi berubat kampung?'saya bertanya.
> 'Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang,
> terceroboh kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi.
> Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga
> sembuh,'jelas Arifin.
> Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah
> banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi
> sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung,
> kusut
> 'Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan
> kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu
> bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil
> macam katak puru,' tambah Arifin.
> Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas
> tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu
> licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan
> besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
> Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat
> terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya,
> Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan
> dengan kawan sepejabat.
> Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek.
> Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa
> rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
> Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.
> Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak.
> Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga
> menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu
> sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti
> wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim
> panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam
> waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam.
> Daripada biru, ia bertukar kehitaman
> seperti di penuhi darah beku.
> 'Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia
> sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah
> dia? Kasian betul saya tengok,' kata Arifin. Wajahnya
> sayu ...
> 'Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu'.
> Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit
> Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan
> mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang
> dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat
> mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
> 'Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk.
> Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis.
> Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab
> dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,'tambah
> Arifin.
> 'InsyaAllah. ' Balas saya.
> Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula
> bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang
> diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita
> merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan
> segala yang terbuku di hati.
> 'Apa yang dia cakap masa meracau tu?'
> 'Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun
> maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .. Dia tak cakap,
> Cuma minta maaf saja. Yalah , orang dah sakit memang macam
> tu,'kata Arifin.
> Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun
> tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum
> pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam
> esoknya.
> 'Datang ya, ustaz . Saya tunggu,'katanya sambil
> mengangkat punggung.
> Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya.
> Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas
> isyak.
> 'Jemput masuk ustaz,'Arifin memperlawa sambil
> membawa saya ke sebuah bilik.
> 'Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula
> tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,'
> bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
> Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut
> paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
> 'Za.. Ni Ustaz Nahrawi datang,'kata Arifin perlahan
> sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh.
> MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan Wajahya
> penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya
> terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti
> bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya
> pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia
> sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang
> saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti
> keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
> Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;'Pin, saya
> nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti
> awak tersinggung' .
> 'Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,' jawab
> Arifin.
> 'Err,. dari mana datangnya bau yang.' soal saya,
> tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya
> maksudkan itu agak busuk.
> 'Ooo. mmm, dari alat sulit dia,'kata Arifin
> perlahan. 'Keluar lendir bercampur nanah'...
> Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu
> memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk
> bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.
> Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu
> Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di
> turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau
> derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah
> Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
> 'Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun
> sudah.'
> 'Kalau macam tu, baguslah,'kata saya.
> Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari
> al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan
> Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar
> dengan ujian Allah.
> 'Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,' kata
> saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
> Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi
> bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin
> menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan
> saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
> Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza
> kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang
> bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
> Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan
> solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan
> isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari
> kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih
> sedih, seperti hendak menangis.
> 'Ustaz,'katanya,
> 'Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam
> tu'
> 'Kenapa?'pantas saya bertanya....
> 'Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada
> saya dan ceritakan segala-galanya' . Arifin menyambung
> ceritanya;
> Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya
> minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya.
> Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya
> ke dalam makanan saya.
> Saya tanya 'Kenapa?'
> Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan
> lain.
> 'Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula
> kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia
> lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu
> hitam.'
> Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan
> saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah.
> Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan
> sulit dengan beberapa lelaki.
> 'Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak
> kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja,
> malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta
> berbanyak-banyak ampun daripada saya.
> Dia minta saya maafkan.'Saya tak sangka betul, ustaz.
> Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama
> ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan.
> Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak
> membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.' Kata
> Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung
> saya
> mendengar ceritanya itu.
> Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana
> Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama
> dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
> 'Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah
> dia,'kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada
> Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
> Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar
> meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada
> suaminya terlebih dahulu.'
> Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal
> tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan
> penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada
> pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan
> sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja
> dia pergi. 'Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan
> memaksa..'
> 'Ampunkan dia?' Arifin bertanya balik.
> 'Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan
> lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya
> maafkan dia?'tingkah Arifin dengan suara yang agak
> keras.
> Mungkin dia terkejut.
> 'Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat
> pahala,' jelas saya. Saya terus memujuknya supaya
> beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas
> itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi
> adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara
> itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
> 'Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul
> dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan
> hati yang benar-benar ikhlas,' jelas saya.
> Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu
> saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali
> dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim)
> sebanyak tujuh kali.
> 'Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,'
> kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan
> sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia.
> Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari
> kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila
> kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
> 'Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta
> ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah,
> memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil
> menangis dan kemudian minta ampun,tidak sanggup juga
> rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa
> kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
> 'Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk
> masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham
> isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
>
> p/s: Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini.
> Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan
> pandang hanya pada rupa semata-mata*
> *ingat tau,Tuhan 'bayar tunai' sekarang.... ...!!!!
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
>
>
> Search. browse and book your hotels and flights through
> Yahoo! Travel
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Send instant messages to your online friends
> http://uk.messenger .yahoo.com
---------------------------------
Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang.