Tokmod,

Setelah menilai dari pelbagai sudut dan segi surat jawapan dari tokmod, adalah 
saya zack_1823 bukan nama sebenar berpuas hati dgn alasan yg tokmod berikan 
mengenai penjelasan ttg kaedah2 yg Tokmod guna pakai sepanjang proses 
pilihanraya ini dijalankan.

Adalah tidak wajar lg bagi saya utk menyiasat ttg kes ini kerana tokmod 
mempunyai alibi yg kuat.Setelah meniliti lunas undang-undang jalanraya dan
lalu-lintas persekutuan 1965 (K). Saya telah insaf sepenuhnya dari meneruskan 
siasatan sy.

Dengan ini saya umumkan perletakkan jawatan saya sebagai badan penyiasat bebas 
yg saya lantik utk diri saya sendiri dan akan bertukar menjadi pencadang kepada 
Group ini. Setelah melantik diri saya menjadi pencadang, teingin pula saya 
mencadangkan sesuatu.

saya cadangkan cadangan di tutup..

sekian,

zack_1823
(penyiasat bebas bersara)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------










    
            Kepada saudara zack_1823 bukan nama sebenar,

Terima kasih atas
ke-peri-hatinan saudara terhadap proses undian JDK pada minggu ini.
Tahniah juga di atas perlantikan saudara sebagai Pegawai Penyiasat
Bebas untuk menyiasat undian berkenaan. Tentu banyak ganjaran yang
saudara dapat daripada pihak yang melantik saudara ke jawatan
berkenaan. 

Saudara tidak perlu terkejut dengan peri hal-ehwal
undi-mengundi ini kerana berbagai teknik boleh digunakan untuk
mempercepatkan atau memperlambatkan sesuatu undian itu. Bagi kes undian
JDK ini, para calon telah menarik diri dari bertanding kerana khawatir
akan kehilangan wang deposit mereka. Maka undian telah dijalankan tanpa
calon.

Dari segi keselamatan, para pengundi adalah terjamin
selamat serta undian mereka dirahsiakan. Oleh kerana pihak polis
sekarang ini sedang sibuk di seluruh negara mengendalikan perjalanan
kenderaan-kenderaan di jalan-jalan utama, maka pihak JDK telah meminta
bantuan sukarelawan seramai 9.5 orang terdiri daripada warga emas dan
warga perak.

Menyentuh mengenai pengundi-pengundi hantu, pihak
JDK tidak bersetuju bahawa mereka perlu dihapuskan kerana mereka juga
adalah warganegara Malaysia dan mempunyai hak untuk mengundi. Pihak JDK
akan memastikan bahawa pengundi-pengundi hantu ini mempunyai kad
pengenalan sebelum dibenarkan mengundi.

Pihak JDK yakin saudara
tidak akan dapat mencari sebarang kesalahan dalam proses undian ini
kerana semuanya dilakukan menerusi lunas undang-undang jalanraya dan
lalu-lintas persekutuan 1965 (K).  Pihak JDK memberi jaminan setahun
bahawa badan yang menjalankan proses undian ini adalah bebas, walaupun
badan-badan ini ada berbagai bentuk dan saiz. Ada badan yang besar,
panjang, pendek, kurus, bulat, leper dan sebagainya -- namun mereka ini
bebas untuk ke mana-mana yang empunya badan kehendaki.

Sebagai
langkah tambahan, pewarnaan kuku memang dijalankan. Para pengundi bebas
memilih warna kegemaran mereka sebelum kuku mereka diwarnakan. Sepuluh
warna yang cantik menarik disediakan. Senarai penuh warna-warna dakwat
ini disediakan di tempat mengundi. 

Berita mengenai pihak-pihak
bertanggung- jawab membeli dakwat dari negara luar itu adalah berita
yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung- jawab dan tidak
cukup akal. Dakwat yang dimaksudkan sebenarnya ialah dakwat tiruan
untuk pencetak 'inkjet' yang ternyata begitu mahal harganya bagi yang
ori. Dikatakan satu katrij ori boleh mencetak tidak sampai 100 muka
surat sedangkan harganya lebih mahal daripada emas. Oleh itu ramai
pengguna pencetak 'inkjet' yang membeli dakwat tiruan dan menyuntiknya
ke dalam katrij ori.

Pihak JDK merasa agak terkilan kerana
saudara telah memilih untuk menjadi pembangkang. Saya cadangkan saudara
supaya menukar kedudukan menjadi pencadang kerana kita sudah ada ramai
pembangkang. Apabila ada pencadang dan pembangkang yang seimbang,
barulah perdebatan menjadi hangat dan tidak berat sebelah. Jika
pendebat tidak menjawab soalan dan asyik mengutuk peribadi pihak lawan,
maka ini menyerlahkan kekurangan pendebat berkenaan. Aspek ini perlu
diteliti sebelum perdebatan.

Sekian terima kasih,

- TokMod
(Ketua Moderator JDK 2008/2009)


 

  
  
  
  
    
    


     


            
            
                        -
        
         
        
        








        


        
        


      

Kirim email ke