To Mod, Boleh saya mohon jawatan timbalan SPEAKER [*Altec Leng Seng]* memandangkan ianya masih kosong ?
Yang benar Incik Halim, YB Ranting Benar 2008/8/8 –––•(•·÷[(R)åzíff]÷·•)•––– <[EMAIL PROTECTED]> > > Tokmod, > > Setelah menilai dari pelbagai sudut dan segi surat jawapan dari tokmod, > adalah saya zack_1823 bukan nama sebenar berpuas hati dgn alasan yg tokmod > berikan mengenai penjelasan ttg kaedah2 yg Tokmod guna pakai sepanjang > proses pilihanraya ini dijalankan. > > Adalah tidak wajar lg bagi saya utk menyiasat ttg kes ini kerana tokmod > mempunyai alibi yg kuat.Setelah meniliti lunas undang-undang jalanraya dan > lalu-lintas persekutuan 1965 (K). Saya telah insaf sepenuhnya dari > meneruskan siasatan sy. > > Dengan ini saya umumkan perletakkan jawatan saya sebagai badan penyiasat > bebas yg saya lantik utk diri saya sendiri dan akan bertukar menjadi > pencadang kepada Group ini. Setelah melantik diri saya menjadi pencadang, > teingin pula saya mencadangkan sesuatu. > > saya cadangkan cadangan di tutup.. > > sekian, > > zack_1823 > (penyiasat bebas bersara) > > ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ > > Kepada saudara zack_1823 bukan nama sebenar, > > Terima kasih atas ke-peri-hatinan saudara terhadap proses undian JDK pada > minggu ini. Tahniah juga di atas perlantikan saudara sebagai Pegawai > Penyiasat Bebas untuk menyiasat undian berkenaan. Tentu banyak ganjaranyang > saudara dapat daripada pihak > yang melantik saudara ke jawatan berkenaan. > > Saudara tidak perlu terkejut dengan peri hal-ehwal undi-mengundi ini > kerana berbagai teknik boleh digunakan untuk mempercepatkan atau > memperlambatkan sesuatu undian itu. Bagi kes undian JDK ini, para calon > telah menarik diri dari bertanding kerana khawatir akan kehilangan wang > deposit mereka. Maka undian telah dijalankan tanpa calon. > > Dari segi keselamatan, para pengundi adalah terjamin selamat serta undian > mereka dirahsiakan. Oleh kerana pihak polis sekarang ini sedang sibuk di > seluruh negara mengendalikan perjalanan kenderaan-kenderaan di jalan-jalan > utama, maka pihak JDK telah meminta bantuan sukarelawan seramai 9.5 orang > terdiri daripada warga emas dan warga perak. > > Menyentuh mengenai pengundi-pengundi hantu, pihak JDK tidak bersetuju > bahawa mereka perlu dihapuskan kerana mereka juga adalah warganegaraMalaysia > dan mempunyai hak untuk mengundi. Pihak JDK akan memastikan bahawa > pengundi-pengundi hantu ini mempunyai kad pengenalan sebelum dibenarkan > mengundi. > > Pihak JDK yakin saudara tidak akan dapat mencari sebarang kesalahan dalam > proses undian ini kerana semuanya dilakukan menerusi lunas undang-undang > jalanraya dan lalu-lintas persekutuan 1965 (K). Pihak JDK memberi jaminan > setahun bahawa badan yang menjalankan proses undian ini adalah bebas, > walaupun badan-badan ini ada berbagai bentuk dan saiz. Ada badan yang besar, > panjang, pendek, kurus, bulat, leper dan sebagainya -- namun mereka ini > bebas untuk ke mana-mana yang empunya badan kehendaki. > > Sebagai langkah tambahan, pewarnaan kuku memang dijalankan. Para pengundi > bebas memilih warna kegemaran mereka sebelum kuku mereka diwarnakan. Sepuluh > warna yang cantik menarik disediakan. Senarai penuh warna-warna dakwat ini > disediakan di tempat mengundi. > > Berita mengenai pihak-pihak bertanggung- jawab membeli dakwat dari negara > luar itu adalah berita yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak > bertanggung- jawab dan tidak cukup akal. Dakwat yang dimaksudkan > sebenarnya ialah dakwat tiruan untuk pencetak 'inkjet' yang ternyata > begitu mahal harganya bagi yang ori. Dikatakan satu katrij ori boleh > mencetak tidak sampai 100 muka surat sedangkan harganya lebih mahal daripada > emas. Oleh itu ramai pengguna pencetak 'inkjet' yang membeli dakwat tiruan > dan menyuntiknya ke dalam katrij ori. > > Pihak JDK merasa agak terkilan kerana saudara telah memilih untuk menjadi > pembangkang. Saya cadangkan saudara supaya menukar kedudukan menjadi > pencadang kerana kita sudah ada ramai pembangkang. Apabila ada pencadang > dan pembangkang yang seimbang, barulah perdebatan menjadi hangat dan tidak > berat sebelah. Jika pendebat tidak menjawab soalan dan asyik mengutuk > peribadi pihak lawan, maka ini menyerlahkan kekurangan pendebat berkenaan. > Aspek ini perlu diteliti sebelum perdebatan. > > Sekian terima kasih, > > - TokMod > (Ketua Moderator JDK 2008/2009) > > > - > > > > -- This is my private email Regards, MCSE Halim http://hiliran.blogspot.com/
