Kepada saudara zack_1823 bukan nama sebenar, Terima kasih atas ke-peri-hatinan saudara terhadap proses undian JDK pada minggu ini. Tahniah juga di atas perlantikan saudara sebagai Pegawai Penyiasat Bebas untuk menyiasat undian berkenaan. Tentu banyak ganjaran yang saudara dapat daripada pihak yang melantik saudara ke jawatan berkenaan.
Saudaratidak perlu terkejut dengan peri hal-ehwal undi-mengundi ini kerana berbagai teknik boleh digunakan untuk mempercepatkan atau memperlambatkan sesuatu undian itu. Bagi kes undian JDK ini, para calon telah menarik diri dari bertanding kerana khawatir akan kehilangan wang deposit mereka. Maka undian telah dijalankan tanpa calon. Dari segi keselamatan, para pengundi adalah terjamin selamat serta undian mereka dirahsiakan. Oleh kerana pihak polis sekarang ini sedang sibuk di seluruh negara mengendalikan perjalanan kenderaan-kenderaan di jalan-jalan utama, maka pihak JDK telah meminta bantuan sukarelawan seramai 9.5 orang terdiri daripada warga emas dan warga perak. Menyentuh mengenai pengundi-pengundi hantu, pihak JDK tidak bersetuju bahawa mereka perlu dihapuskan kerana mereka juga adalah warganegara Malaysia dan mempunyai hak untuk mengundi. Pihak JDK akan memastikan bahawa pengundi-pengundi hantu ini mempunyai kad pengenalan sebelum dibenarkan mengundi. Pihak JDK yakin saudara tidak akan dapat mencari sebarang kesalahan dalam proses undian ini kerana semuanya dilakukan menerusi lunas undang-undang jalanraya dan lalu-lintas persekutuan 1965 (K). Pihak JDK memberi jaminan setahun bahawa badan yang menjalankan proses undian ini adalah bebas, walaupun badan-badan ini ada berbagai bentuk dan saiz. Ada badan yang besar, panjang, pendek, kurus, bulat, leper dan sebagainya -- namun mereka ini bebas untuk ke mana-mana yang empunya badan kehendaki. Sebagai langkah tambahan, pewarnaan kuku memang dijalankan. Para pengundi bebas memilih warna kegemaran mereka sebelum kuku mereka diwarnakan. Sepuluh warna yang cantik menarik disediakan. Senarai penuh warna-warna dakwat ini disediakan di tempat mengundi. Berita mengenai pihak-pihak bertanggung-jawab membeli dakwat dari negara luar itu adalah berita yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab dan tidak cukup akal. Dakwat yang dimaksudkan sebenarnya ialah dakwat tiruan untuk pencetak 'inkjet' yang ternyata begitu mahal harganya bagi yang ori. Dikatakan satu katrij ori boleh mencetak tidak sampai 100 muka surat sedangkan harganya lebih mahal daripada emas. Oleh itu ramai pengguna pencetak 'inkjet' yang membeli dakwat tiruan dan menyuntiknya ke dalam katrij ori. Pihak JDK merasa agak terkilan kerana saudara telah memilih untuk menjadi pembangkang. Saya cadangkan saudara supaya menukar kedudukan menjadi pencadang kerana kita sudah ada ramai pembangkang. Apabila ada pencadang dan pembangkang yang seimbang, barulah perdebatan menjadi hangat dan tidak berat sebelah. Jika pendebat tidak menjawab soalan dan asyik mengutuk peribadi pihak lawan, maka ini menyerlahkan kekurangan pendebat berkenaan. Aspek ini perlu diteliti sebelum perdebatan. Sekian terima kasih, - TokMod (Ketua Moderator JDK 2008/2009) --- In [email protected], –––•(•·÷[®åzíff]÷·•)•––– <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > Kehadapan Tokmod, > > Adalah saya yang mana seperti biasa zack_1823 bukan nama sebenar ingin bertanyakan soalan kepada Tokmod selaku ketua di JDK berkenaan dengan undian yg telah tokmod jalankan. Saya selaku Pegawai Penyiasat Bebas yg telah melantik diri saya sendiri utk menyiasat ttg usaha2 tokmod untuk membuka undi tersebut. > > Saya berasa cukup terkejut dgn undian yg dijalankan sedangkan penamaan calon belum lg diumumkan. bagaimana pula dgn aspek2 keselamatan? adakah undian para pengundi dirahsiakan? adakah pihak polis terlibat utk menjaga keselamatan mereka? pengundi2 hantu pula perlu dihapuskan sama sekali penglibatan mereka. Saya selaku penyiasat bebas akan membongkarkan semua aspek2 kesalahan dan ketidak adilan sepanjang undian ini dijalankan. Adakah badan yg menjalankan proses undian ini adalah badan bebas seperti saya? > > Adakah teknik pewarnaan kuku dilakukan sepanjang pengundian ini dijalankan? Adalah tidak relevan jika alasan yg sama diberikan berkenaan "bahawa > terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah membeli dakwat > dari luar negara bagi menjalankan aktiviti memujuk dan menyogok orang > yang kurang faham mengenai penggunaan dakwat itu untuk dicalit sebelum > hari mengundi" . Alasan seperti ini tidak dapat diterima langsung oleh akal > fikiran pengundi saluran 3 seperti saya. > > Bagaimana dgn pengundi2 yg tidak didaftarkan nama mereka sebagai Pemilih? adakah mereka layak mengundi? Saya bangkang Tokmod.. Saya Bangkang sama sekali, sekali lg. > > sekian, > > undi adalah rahsia................................. > > >
