Pipiyapong o orang yg bagi ulasan pjg lebar ni ntah2 guna kreta sports ferrari 
yang d jual 9.90 kat kedai shell. Cuba korang smua buat, pd awal pagi hidupkan 
enjin terus jalankan kereta 2, klu leh pecut ckit, apa yg korang dapat rasa 
lak??. Gerenti semput kreta 2. Aku punya ilmu tak byk sgt, tapi apa ku tahu 
panaskan enjin sekejap di awal pagi bagus untuk perjalanan yg lancar. Tak caya 
leh cuba. Dr segi huraian 2 payah ckit aku nak ckp cam dier ni.
--- On Fri, 19/6/09, JUNHAIRI BIN ABD JALIL <[email protected]> wrote:

From: JUNHAIRI BIN ABD JALIL <[email protected]>
Subject: [(jdk)] Sembang Teknikal:Panaskan Enjin, perlu atau tidak?
To: [email protected]
Date: Friday, 19 June, 2009, 2:37 PM











    
            
            


      
      

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi) 

Lawatilah kediaman saya dan rakan-rakan di http://groups. yahoo.com/ 
group/pakbelang

--- On Thu, 6/18/09, camar <zainalcamar@ yahoo.com> wrote:

From: camar <zainalcamar@ yahoo.com>
Subject: [pakbelang] FW: Sembang Teknikal:Panaskan Enjin, perlu atau tidak?
To: "pak belang" <pakbel...@yahoogrou ps.com>
Date: Thursday, June 18, 2009, 9:06 AM








    
      
      

- 














--- Pada Sel, 9/6/09, eka <laily...@yahoo. com> menulis:

Daripada: eka <laily...@yahoo. com>
Subjek: Sembang Teknikal:Panaskan Enjin, perlu atau tidak?
Kepada: "Balqis ...." <puteri_balkan@ hotmail.com>, "abu" <abucome...@yahoo. 
com>, "Amir" <along_m...@hotmail. com>, "Ana MPM" <wanna8...@yahoo. com.my>, 
"Ayu" <ayu_...@yahoo. com>, "Ayu Sengal" <myvi_honey747@ yahoo.com>, "Azura 
Hadani" <azurahadani@ yahoo.com>, "Berb" <ebu...@yahoo. com>, "CikBibah" 
<habibah_ppdjb@ yahoo.com>, "Cikli Cikli" <cikl...@yahoo. com>, "Ct Roslina" 
<iena_...@yahoo. com>, "siti khadijah densibali" <dijahkhadijah_ dens...@yahoo. 
com>, "Dila" <shadal...@salam. uitm.edu. my>, "Faradilla" <shadylla_risya@ 
yahoo.com. my>, "Along Fatiha" <syahru...@yahoo. com>, "mAi gonggreng" 
<myzafr...@yahoo. com>, "Saslizawati Sas Izam" <kurt_lover1007@ yahoo.com>, 
"linda izrin" <adek_...@hotmail. com>,
 "jue" <juwariyahmarjuki@ yahoo.com>, "Juliet" <julieshouldertocryo 
[email protected]>, "k lin" <bdina_1...@yahoo. com>, "K Midah MPM" <mid7...@yahoo. 
com.my>, "kak Zue" <iddaz...@yahoo. com>, "Khair" <ktg4l...@yahoo. com>, "Aza 
Lina" <eina...@yahoo. com>, "Mie" <najmi7...@yahoo. com>, "Ieda Montel" 
<idawati_ibus@ yahoo.com>, "Nash" <junkhead_paranoid@ yahoo.com>, "nua" 
<nua2...@yahoo. com>, "rahmah" <rahma_...@yahoo. com>, "Syuk" <chukie_ismail@ 
yahoo.com>, "Hidayah UPP BP" <eiya_l...@yahoo. com.my>, "Yanie Montel" 
<amoi_black_witch@ yahoo.com>, "Yus" <nooryusmiza@ melaka.uitm. edu.my>, "zai" 
<sisrika...@yahoo. com>, "Die-Ya Zaini" <hidaya.zaini@ mmu.edu.my>, "Ziha 
Kasirun" <wirawati_82@ yahoo.com>, "Aspa Zura" <gorgeous_lyd@ yahoo.com>
Tarikh: Selasa, 9 Jun, 2009, 8:59 AM






Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua 
pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, 
lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya 
termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke 
tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu 
minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan 
enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan 
baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan 
masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal 
punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk 
memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran
 tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu 
pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi 
ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di 
univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada 
menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? 
Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin 
telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start 
panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa 
gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi 
sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah 
juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta 
sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak 
buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin.
 Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan 
enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu 
kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan 
di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia 
yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan 
sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka 
untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama 
turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di 
antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak 
boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 
minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang 
terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan
 memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, 
mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 
saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di 
Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start 
kereta terus jalan saja. 

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les 
Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature�. Berdasarkan 
kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien 
hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu 
membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara 
yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya 
atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura 
(idling) dikatakan
 adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan 
pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak 
lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak 
terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang 
berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan 
mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api 
yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian 
takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah 
dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam 
pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang 
tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan 
mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi,
 sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu 
bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air 
normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin 
dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil 
masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem 
ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan 
Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok 
dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap 
toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran 
dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert 
karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada 
nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang
 tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang 
boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat 
diminimakan. 

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan 
pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati 
dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 
– 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat 
panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan 
tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada 
alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang 
mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta 
hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka 
semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak 
apa agaknya yang terjadi
 kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan 
enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, 
mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula 
kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin 
juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin 
ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu 
malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam 
enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita 
perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang 
bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen 
dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa 
setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak 
pelincir. Pam minyak
 pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing 
maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir 
ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa 
yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan 
pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi 
lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. 
Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita 
rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin 
keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang 
kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus 
blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah 
pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini 
tapi enjin kereta
 terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan 
pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang 
tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut 
dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak 
balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu 
tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah 
pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda 
di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan 
pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu 
menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa 
pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh 
menjahanamkan enjin dan dunia? 

Credit Goes To  Pipiyapong Abdillah
 (http://hilangpunca. blogspot. com). 



Thanx & Regards

    -EkA- 



 



Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.
 



Berhubung dengan pantas dengan lebih ramai rakan di blog dan tapak web peribadi 
anda? 
Buat Pingbox terkini anda hari ini!

       Akses e-mel cepat.
 Yahoo!  menyarankan anda tingkatkan pelayar anda kpd Internet Explorer 8 
terbaik utk Yahoo!. Dapatkan di sini! (Percuma)
 

      


         
        
        


      
 

      

    
    
        
         
        
        








        


        
        


      Get your new Email address!
Grab the Email name you&#39;ve always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Kirim email ke