aku stuju dgn pendapat ko tp aku nk tanya satu benda je..apa kaitan engine 
operating tempreature dengan kepekatan minyak enjin yang masa sejuk dia pekat, 
masa panas dia cair, kenapa tak jual je dah siap2 cair, senang mengalir terus 
dalam rongga2 enjin..start terus jalan sure ok punya.. cuba ko tafsir pulak 
sifat semulajadi logam, minyak VS suhu = kehausan...hehehehe..ini yg ko kena 
elaborate semuanya sbb benda ni je common hampir smua org tau, technical terms 
tak semua belajar dan tau..NATURE bang..tu org lebih faham = logam kembang bila 
panas, minyak cair bila panas macam nk goreng ikan tu..kalu sejuk kau lanyak 
bole gak tapi bila bore belum kembang walau 0.01μm ada gak beza...aku ada 
experience dgn service center yg buat regular service...company car dengan 
personal car..dalam metematik memang 1+1 = 2, tapi belum ada 1 jurutera dalam 
dunia even F1 designer yg 100% concentrate kt development yg bole buat benda 
dapat result 100%, paling tinggi 99%.
 kalah gak masa race sbb engine fail walau calculate engine tepat. sebab tu 
hukum matematik 1+1 = 2 boleh kira was-was dalam pembuatan tapi rekaan boleh 
la.. aku setuju dgn ko punya pendapat tp warm up engine bukan istilah yg tepat 
tp warm to get engine operating tempreature ready (±85º~90ºC)kena bare in mind 
la.tgk je kt meter tu.. lg modern keta,lg cepat reach operating temp tu.Sabar 
tu separuh dr imaann..kejap je , xsampai 1 minit..hehehehe

Wassalam
Technical & Warranty Staff




________________________________
From: spntech <[email protected]>
To: "[email protected]" <[email protected]>
Sent: Tuesday, June 23, 2009 1:58:57 PM
Subject: Re: Re: [(jdk)] Sembang Teknikal:Panaskan Enjin, perlu atau tidak?






X yah nak panaskan , start enjin n jalan jer. x ada effect
pun kat enjin. kecuali u pakai motor kapcai coz dia punya 
pam minyak itam pakai timing chain.


------------ Original Message----- --------- ---
>mana satu ni?kena panaskan ke tak?

____________ _________ _________ __
From: Luqman Luqman <luqmanhakim94@ yahoo.com>
To: jen...@yahoogroups. com
Sent: Monday, June 22, 2009 6:54:52 PM
Subject: Re: [(jdk)] Sembang Teknikal:Panaskan Enjin, perlu atau tidak?

mmg kene panaskan...nie sbb biar minyak pelincir membasahi piston dulu baru 
nnti enjin lambat rosak..
__luqman94__ 

____________ _________ _________ __
From: JUNHAIRI BIN ABD JALIL <e_bel...@yahoo. com>
To: jen...@yahoogroups. com
Sent: Friday, June 19, 2009 2:37:13 PM
Subject: [(jdk)] Sembang Teknikal:Panaskan Enjin, perlu atau tidak?

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi) 

Lawatilah kediaman saya dan rakan-rakan di http://groups. yahoo.com/ 
group/pakbelang

--- On Thu, 6/18/09, camar <zainalcamar@ yahoo.com> wrote:

From: camar <zainalcamar@ yahoo.com>
Subject: [pakbelang] FW: Sembang Teknikal:Panaskan Enjin, perlu atau tidak?
To: "pak belang" <pakbel...@yahoogro u ps.com>
Date: Thursday, June 18, 2009, 9:06 AM

- 


--- Pada Sel, 9/6/09, eka <laily...@yahoo. com> menulis: 

Daripada: eka <laily...@yahoo. com>
Subjek: Sembang Teknikal:Panaskan Enjin, perlu atau tidak?
Kepada: "Balqis ...." <puteri_balkan@ hotmail.com> , "abu" <abucomel84@ yahoo.. 
com>, "Amir" <along_mier@ hotmail. com>, "Ana MPM" <wanna8...@yahoo. com.my>, 
"Ayu" <ayu_...@yahoo. com>, "Ayu Sengal" <myvi_honey747@ yahoo.com>, "Azura 
Hadani" <azurahadani@ yahoo.com>, "Berb" <ebu...@yahoo. com>, "CikBibah" 
<habibah_ppdjb@ yahoo.com>, "Cikli Cikli" <cikl...@yahoo. com>, "Ct Roslina" 
<iena_...@yahoo. com>, "siti khadijah densibali" <dijahkhadijah_ dens...@yahoo. 
com>, "Dila" <shadal...@salam. uitm.edu. my>, "Faradilla" <shadylla_risya@ 
yahoo.com. my>, "Along Fatiha" <syahru...@yahoo. com>, "mAi gonggreng" 
<myzafr...@yahoo. com>, "Saslizawati Sas Izam" <kurt_lover1007@ yahoo..com>, 
"linda izrin" <adek_...@hotmail. com>, "jue" <juwariyahmarjuki@ yahoo.com>, 
"Juliet" <julieshouldertocry o [email protected]>, "k lin" <bdina_1808@ yahoo. 
com>, "K Midah MPM" <mid7...@yahoo. com.my>, "kak Zue" <iddaz...@yahoo. com>, 
"Khair" <ktg4l...@yahoo. com>, "Aza Lina"
 <eina...@yahoo.
com>, "Mie" <najmi7...@yahoo. com>, "Ieda Montel" <idawati_ibus@ yahoo.com>, 
"Nash" <junkhead_paranoid@ yahoo.com>, "nua" <nua2...@yahoo. com>, "rahmah" 
<rahma_...@yahoo. com>, "Syuk" <chukie_ismail@ yahoo.com>, "Hidayah UPP BP" 
<eiya_l...@yahoo. com.my>, "Yanie Montel" <amoi_black_ witch@ yahoo.com>, "Yus" 
<nooryusmiza@ melaka.uitm. edu.my>, "zai" <sisrikandi@ yahoo. com>, "Die-Ya 
Zaini" <hidaya.zaini@ mmu.edu.my>, "Ziha Kasirun" <wirawati_82@ yahoo.com>, 
"Aspa Zura" <gorgeous_lyd@ yahoo.com>
Tarikh: Selasa, 9 Jun, 2009, 8:59 AM 
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua 
pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, 
lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya 
termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke 
tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu 
minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan 
enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan 
baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan 
masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal 
punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk 
memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? 
Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang 
pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun 
tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. 
Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus 
pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit 
kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula 
mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja 
guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan 
datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum 
nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua 
dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin 
kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab
gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. 
Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya 
dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang 
mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia 
yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan 
sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka 
untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama 
turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat... Ada di 
antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak 
boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 
minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang 
terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu 
persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin 
kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke 
jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah 
tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja. 

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les 
Ryder berkata, CB"C"bB,Cb Engines run best at their design temperatureC 
B"C"bB,C/ B?B=. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang 
cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah 
selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) 
adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih 
baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 
CB"C"bB,CEgentleCB" C"bB,C"b B" kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura 
(idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. 
Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan 
sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding 
silinder.. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder 
lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa 
yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada 
pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh 
jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia 
bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam 
pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang 
tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan 
mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari 
ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia 
adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila 
terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama 
untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa 
berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat 
berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan 
Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok 
dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap 
toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran 
dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert 
karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada 
nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon 
dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada 
komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan. 

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan 
pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati 
dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 
CB"C"bB,C"b ,E 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang 
sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan 
tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada 
alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang 
mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta 
hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka 
semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak 
apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan 
enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, 
mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula 
kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin 
juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin 
ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu 
malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam 
enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita 
perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang 
bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen 
dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa 
setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak 
pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh
pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan 
api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman 
enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu 
buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi 
lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. 
Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita 
rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin 
keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang 
kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus 
blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah 
pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini 
tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan 
pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang 
tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut 
dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak 
balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu 
tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah 
pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda 
di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan 
pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu 
menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa 
pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh 
menjahanamkan enjin dan dunia? 

Credit Goes To Pipiyapong Abdillah (http://hilangpunca. blogspot. com). 

Thanx & Regards
-EkA- 

____________ _________ _________ __

Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. . com. 


____________ _________ _________ __

Berhubung dengan pantas dengan lebih ramai rakan di blog dan tapak web peribadi 
anda? 
Buat Pingbox terkini anda hari ini!
____________ _________ _________ __
Akses e-mel cepat.
Yahoo! menyarankan anda tingkatkan pelayar anda kpd Internet Explorer 8 terbaik 
utk Yahoo!. Dapatkan di sini! (Percuma)

/----------- --------- --------- --------- --------- --------- --\

Confidential and/ or privileged information may be contained in this
e-mail and any attachments transmitted with it ('Message'). If you are
not the addressee indicated in this Message (or responsible for 
delivery of this Message to such person),you are hereby notified that
any dissemination, distribution, printing or copying of this Message or
any part thereof is prohibited. Please delete this Message if received 
in error and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions
and other information in this Message that do not relate to the 
official business of this company shall be understood as neither given
nor endorsed by this company.

This mail is certified Virus Free by *ProtectNow! (InternetNow Sdn Bhd) 
*Scanner Engine powered by Norman Virus Control

\----------- --------- --------- --------- --------- --------- --/





      

Kirim email ke