Jika anda rajin baca ruangan2 automotif di surat khabat atau internet,
memang itulah saranannya: TAK PERLU PANASKAN ENJIN seperti yg selalu
orang buat.

TAPI jangan lah terus rev tinggi atau speeding pulak.

Yang jadi semput2 tu ialah kerana ada pemandu yg start saja enjin terus
tekan pedal minyak cecah lantai. Agaknya rumahnya di tepi hi-way kut.
Keluar rumah terus masuk hi-way.

Bagi orang biasa yang tinggal di taman perumahan atau kampung, keluar
kereta dari depan rumah kena perlahan kan? Kalau tidak jadi, le kes
langgar anak/budak, langgar kucing etc kan? Lepas tu nak keluar dari
kawasan perumahan atau kampung nak masuk ke jalanraya pun kena perlahan
jugak kan? Kalau tidak tergelek le pulak ayam, kucing atau anjing jiran.
Lebih teruk terlanggar budak nak pergi sekolah. Betul kan?

Ada ke orang waras yg speeding di kawasan perumahan?

Ada..... sakit hati saya melihatnya. Bodoh ke tak waras ke, tak tau le.

Jadi, tak perlu panaskan enjin, cuma pandu perlahan dan berhati2...

~ TokMod



Kirim email ke