INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
--------------------------------------------------------------------------------
Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...
KITAB ADAB PERGAULAN, PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN (10/15)
Hak persaudaraan dan persahabatan
Ketahuilah bahwasanya saudaramu itu mempunyai bermacam-macam hak iaitu:
(1) Hak di bidang harta
(2) Hak memberikan bantuan dengan jiwa dan raga.
(3) Hak memelihara lidah dan hati
(4) Hak memelihara ucapan
(5) Hak pengampunan
(6) Hak mendoakan
(7) Hak menepati janji dan ikhlas diri
(8) Hak memberi kemudahan, meninggalkan bersusah payah atau
menyusahkan.
Hak-hak saudara ini berjumlah delapan kesemuanya. Berikut keterangan satu
persatu:
(8) HAK MERINGANKAN DAN TIDAK MEMBERATKAN
Hendaklah seseorang kawan itu tiada memberati kawannya dengan
sesuatu perkara yang akan menjengkelkannya, bahkan hendaklah ia
meringankan tanggungannya dengan memikul setengah dari kebutuhannya dan
keperluannya, Jangan sekali-kali ia membebankan kawan itu untuk
menunaikan
sebahagian dari kewajiban-kewajibannya sendiri. Malah jangan pula ia
mengharap sesuatu dari kasih sayangnya terhadap kawan itu, melainkan
semata-mata kerana Allah Ta'ala saja, ataupun menganggapnya sebagai
semacam sumbangan terhadap agamanya, dan berlapang hati untuk menemui
Allah serta mendekatkan diri kepadaNya. Atas tujuan-tujuan serupa itulah
ia menunaikan hak-hak kawan dan memberikan bantuan-bantuan kepadanya.
Setengah para Salihin berkata: Sesiapa yang membebani
saudaranya
dengan sesuatu perkara yan tak dapat ditanggungnya, maka telah
menganiayai
saudara itu. Sesiapa membebani saudaranya pula dengan sesuatu yang pernah
ia bebani sebelum itu, maka ia telah menyusahkannya. Dan sesiapa yang
tidak pernah membebani saudaranya apa-apa pun, maka itulah orang yang
paling utama dan paling unggul kepada sekalian saudaranya.
Kesimpulannya, janganlah sampai ia menyusahkan kawannya sama
sekali sehingga ia merasa tiada malu dengan kawan , sebagai mana ia tiada
malu dengan diri sendiri.
Berkata Ali r.a.: Sejelek-jelek kawan, ialah kawan yang
sentiasa
memberati kamu dengan perkara-perkara yang tak tertanggung, menyebabkan
kamu bersikap serba-salah dan menyeret kamu kepada memuat berbagai alasan.
Al-Fudhail berkata: Yang menyebabkan orang ramai putus
perhubungan antara satu dengan yang lain ialah taklif; iaitu memberatkan
diri orang lain dengan bermacam-macam permintaan. Seseorang kawan
menziarahi kawannya, lalu ia memberatkan kawan itu dengan berbagai-bagai
tanggungan, akhirnya kawan itu pun memutuskan perhubungan dengannya.
Pernah Ja'far bin Muhammad as-Sadiq radhiallahu anhuma berkata:
Seberat-berat kawan padaku, ialah kawan yang suka menyusahkan dirinya
keranaku, sedangkan aku terpaksa berkira-kira terhadapnya. Dan
seringan-ringan kawan pula, ialah kawan yang suka menyusahkan dirinya
keranaku, sedangkan aku terpaksa berkira-kira terhadapnya. Dan
seringan-ringan kawan pula, ialah kawan yang bila aku bersamanya sama
seperti aku duduk seorang diri.
Di antara cara-cara lain untuk meringankan diri dan tiada
menyusahkan ialah hendaknya ia tiada membantah kawannya dalam melakukan
ibadat-ibadat yang sunnat. Ada sekumpulan para salaf dalam persahabatan
mereka; bila ada seorang di antara mereka yang makan terus sepanjang
hari,
tidak pula ditegurnya, mengapa ia makan terus, mengapa tidak berpuasa.
Jika ada yang puasa sepanjang abad pula, tidak juga disuruhnya, supaya
berbuka puasa atau makan. Jika ada yang tidur sepanjang malam, tidak ada
yang membantah atau menyuruh bangun, begitu juga jika ada yang
bersembahyang sepanjang malam, tidak ada yang membangkang atau
menyuruhnya
supaya tidur. Keadaan mereka sekalian sama belaka, di mana-mana mereka
berada , tidak lebih dan tidak kurang.
Ada pepatah yang berkata: Bila tidak ada banyak formality atau
pantang-larang dalam persahabatan, persahabatan akan kekal. Dan bila
bantuan itu senang diperolehi dari seorang kawan, tentulah kasih sayang
antaranya akan berpanjangan.
Setengah orang berkata: Jika seseorang bebas melakukan empat
perkara berikut dalam rumah saudaranya, maka telah sempurnalah kemesraan
antara mereka, iaitu:
(1) Biasa makan bersama-samanya di rumah
(2) Biasa membuang air kecil atau besar di situ.
(3) Biasa sembahyang
(4) Biasa tidur
Apabila keempat-empat perkara ini disebutkan kepada setengah para guru
agama, mereka berkata ada satu lagi yang kurang aitu: Jika ia datang
membawa isterinya sekali ke rumah saudaranya, kerana rumah itu adalah
tempat yang sesuai untuk dilakasanakan kelima-lima perkara yang tersebut
tadi. Kalau tidak kerana itu, tentulah masjid lebih utama untuk melakukan
sembahyang bagi orang-orang yang suka beribadat.
Apabila seorang sahabat sudah melakukan kelima-lima perkara tersebut di
atas tadi terhadap sahabatnya, maka telah sempurnalah ikatan persaudaraan
di antara keduanya, dan terangkatlah kekompakan serta terhasillah
kelapangan hati dan kebebasan pergerakan.
Orang-orang Arab bila menyambut tamunya, menunjukkan sikap yang demikian
ketika ia berkata kepada tamunya: Marhaban wa Ahlan wa Sahlan. Marhaban
artinya: Kami manyambutmu dengan penuh lapang hati dan lapang tempat.
Ahlan artinya: Anda akan mendapati semua ahli rumah ini melayan
kehendakmu
dan menghiburkan hatimu. Sehingga anda tidak risau atau canggung. Sahlan
artinya: Anda akan mendapati serba-serbinya mudah, tidak ada sesuatu yang
anda kehendaki, melainkan dikabulkan dan diusahakan.
Menakala meringankan diri anda tiada menyusah-nyusahkan tidak akan
sempurna, selagi seseorang itu tiada menganggap dirinya kurang dan lebih
rendah dari kawannya. Kemudian hendaklah ia meletakkan sangkaan yang baik
terhadapa kawan, sedangkan pada diri sendiri ia meletakkan sangakaan yang
buruk selalu. Dan ketahuilah tiada faedahnya berkawan dengan seseorang
yang tiada menghargai diri anda, sebagaimana anda menghargai dirinya.
Itulah serendah-rendah tingkatan persahabatan, yakni masing-masing
memandang diri kawan yang lain sama sedarjat belaka, dan yang lebih
sempurna lagi kalau ia memandang kawannya: serba-serbi lebih dari dirinya
sendiri. Apabila ia menganggap dirinya lebih utama dari kawannya, maka
sebenarnya ia telah menghina kawan itu, dan perkara semacam ini pada kaum
Muslimin umumnya adalah dilarang dan dicela.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Memadailah seseorang itu dikatakan jahat bila ia memandang rendah
terhadap saudara lainnya yang Muslim.
Termasuk dalam kesempurnaan melapangkan diri dan meninggalakan
menyusah-nyusahkan diri, ialah bila seorang kawan itu mengajak
bermusyuawarat dengan kawan yang lain dalam perkara-perkara yang hendak
dilakukan, kemudian ia menerima pula nasihat kawan itu.
Allah telah berfirman:
"Dan musyawaratkanlah dengan mereka dalam segala urusan kamu"
(ali-Imran: 159)
Ini merupakan puncak segala hak-hak persahabatan.
Dan segala yang tersebut di atas itu, tiada akan cukup sehingga anda
menurunkan diri anda ke tingkatan khadam, yang bersedia untuk
melaksanakan
semua hak-hak persahabatan itu dengan segala anggota anda.
DARI SEGI PENGLIHATAN
Sewajarnya anda melihat kepada kawan-kawan anda dengan
penglihatan yang penuh kasih sayang, sehingga mereka merasakan keadaan
itu
dari anda dengan sebenar-benarnya. Kemudian hendaklah selalu memerhatikan
segala kebaikan yang mereka lakukan, dan melupakan segala keaiban atau
keburukannya. Jangan memalingkan wajah, ketika mereka mendapatkan anda,
atau ketika mereka bercakap dengan anda.
Diriwayatkan bahawasanya Rasulullah s.a.w sering
membahagi-bahagikan pandangannya kepada setiap orang yang duduk dalam
majlisnya sehingga setiap orang yang duduk di situ menyangka, bahwa
dialah
orang yang diberikan penghormatan oleh baginda dalam majlis itu. Begitu
juga baginda alaihissalam, apabila bertemu muka dengan para sahabatnya
Baginda sering merasa terharu dengan cerita-cerita yang disampaikan oleh
mereka kepadanya.
DARI SEGI PENDENGARAN
Apabila kawan-kawan anda mengucapkan sesuatu kepada anda, maka
hendaklah anda mendengar ucapannya dengan penuh minat, merasa asyik
dengan
ucapan itu seraya mempercayai segala-galanya dan menunjukkan kesenangan
hati terhadap ucapan itu. Jangan sekali-kali memotong percakapan mereka
dengan cadangan atau tentangan, dengan tambahan atau sanggahan. Jika anda
merasa penat kerana ada sesuatu urusan lain, maka berikanlah keuzuran
atau
alasan kepada mereka.
DARI SEGI LIDAH
Mengenai perihal lisan atau lidah, telah tersebut sebelum ini
hak-haknya. Antaranya tidak menganggkat suara dan tidak bercakap-cakap
kepada mereka, melainkan menurut kadar fahaman mereka, supaya mereka
ketahui dan faham.
DARI SEGI KEDUA TANGAN
Mengenai kedua tangan, jagan menggenggam kedua tanganmu untuk
menghulurkan bantuan kepada mereka, selagi kedua tangan dapat melakukan.
DARI SEGI KEDUA KAKI
Mengenai kedua kaki pula, jangan melangkah ke hadapan kecuali
sekadar tempat yang mereka berdiri, jangan melangkah dekat dengan mereka,
melainkan sekadar yang perlu saja. Kedua kaki itu akan berdiri untuk
menyambut mereka sampai, dan jangan pula duduk melainkan sesudah mereka
sekalian duduk. Dan hendaklah duduknya dengan penuh merendah diri dan
tidak duduk, melainkan di tempat mereka duduk.
(Bersambung)
[Non-text portions of this message have been removed]
______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke:
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/