MAULID Nabi Saw Menurut Para Sahabat RA
Dari buku An Nikmatul Kubro oleh Al Imam 'Alim Al 'Alamah Shabuddin Ahmad Ibnu
Hajar al Haitami Asy Syafie
Catatan : Bulan Rabiul Awal dimulai tgl 9 Maret 2008, maka tgl 12 Rabiul Awal
kelahiran Nabi Muhammad saw akan jatuh tgl 20 Maret 2008. Sepanjang Rabiul Awal
Majleis Mawlid di seluruh Indonesia merayakan Mawlid Nabi saw 9 Maret - 7 April
2008 )
Apakah kata-kata Sahabat-sahabat ra dan tabi'in-tabi'in tentang amalan-amalan
Maulid Nabi saw ini. Untuk itu kita lihat di dalam kitab An Nikmatul Kubro
Alal'Alami yang ditulis oleh Al Imam 'Alim Al 'Alamah Shabuddin Ahmad ibnu
Hajar AlHaitami Asy Syafie pada muka surat ke-tujuh.
Telah berkata Sayidina Abu Bakar As Siddiq ra Barangsiapa membelanjakan satu
dirham atas membaca Maulidin Nabi SAW, adalah dia sahabatku di dalam Syurga."
Saiyidina Umar r.a. pula berkata, "Barangsiapa membesar-besarkan Maulid Nabi
Muhammad Sallallahu Alayhi Wasalam maka sesungguhnya dia menghidupkan Islam."
Saiyidina Usman r.a. menyebut, "Barangsiapa membelanjakan satu dirham ke atas
Maulidin Nabi saw maka seolah-olahnya dia telah syahid di dalam peperangan
Badar dan Hunain."
Dan Saiyidina Ali karamawlahu wajhah berkata pula "Barangsiapa
membesar-besarkan Maulid Nabi SAW, adalah sebagai sebab bagi bacaannya itu maka
dia tidak akan keluar daripada dunia ini melainkan dengan iman dan masuk ke
syurga tanpa hisab (perhitungan).
Hassan Al Basri r.a. berkata, "Jikalau adalah bagiku harta seumpama gunung
Uhud emas, niscaya aku akan membelanjakannya ke atas bacaan Maulid Nabi SAW."
Junaid Al Baghdadi menyebut pula, "Barangsiapa hadir di dalam majlis Maulidin
Nabi SAW dan membesar-besarkan nilainya, maka sesungguhnya ia telah berjaya
dengan imannya."
Seterusnya berkata pula Ma'aruf Al Khurkhi, Barangsiapa mendatangkan makanan
bagi tujuan bacaan Maulidin Nabi SAW dan mengumpulkan saudara-saudaranya dan
menghidupkan pelita dan memakai pakaian baru dan berwangi-wangian sebagai
membesarkan bagi Maulidin Nabi SAW itu, Allah SWT membangkitkannya di hari
kiamat, di firqah yang pertama bersama Nabi-Nabi. Dan tempatnya adalah di
tempat yang tertinggi."
Dan telah berkata Fakhruddin Ar Razi, "Barangsiapa yang membaca Maulid Nabi
SAW atas garam, biji-bijian atau sesuatu yang lain melainkan akan zahir padanya
berkata daripada benda itu." Selanjutnya, sesiapa yang memakan makanan tadi,
maka Allah SWT menyempurnakan dan menghilangkan kegelisahan darinya.
Dan jika dibacakan Maulidin Nabi SAW ke atas air doa, maka sesiapa yang minum
air tersebut telah masuk ke dalam hatinya seribu cahaya dan rahmat, dan telah
keluar daripadanya seribu kesusahan dan penyakit. Dan tidak mati hati itu
ketika hari matinya hati-hati." - Fakhruddin Ar Razi adalah pengarang besar
Tafsir Ar Razi.
Al Imam Asy Syafie Rahimahullahu Taala menyatakan, Barangsiapa berkumpul
kerana majlis Maulidin Nabi SAW dengan mendatangkan makanan dan menyediakan
tempat serta membuat baik maka jadilah sebagai sebab bacaan itu, Allah SWT
membangkitkannya pada hari kiamat kelak berserta para siddiqin dan syuhada,
para solehin dan adalah dia di dalam syurga An Na'im."
As Sariyus Saqatti pula berkata, "Barangsiapa yang berkehendak atau berniat
tempat dibacakan padanya maulidin Nabi SAW maka sesungguhnya dia berkehendak
"raudhah" (taman daripada taman-taman syurga), kerana sesungguhnya, tidaklah
dia berkehendakkan tempat itu melainkan cintanya kepada Nabi SAW."Rasulullah
SAW ada bersabda yang berbunyi ; "Barangsiapa mencintaiku, adalah dia
bersama-samaku di dalam syurga."
Al Fadhil Jalaluddin Abdur Rahman Abu Bakar As Sayuti berkata juga, "Dan
telah bercahaya-cahaya kubur siapa-siapa yang membaca Maulid Nabi SAW." Kitab
Al Wasail Fis Syarhi Syamail juga ada menyebut, "Tidaklah satu tempat dibacakan
Maulid Nabi SAW melainkan dipenuhi oleh para malaikat di tempat itu dan
malaikat-malaikat telah berselawat atas orang-orang yang ada di tempat
tersebut.
Dan Allah SWT juga telah memberikan rahmat dan keredhaan-Nya. Dan yang
memberikan cahaya itu ialah malaikat Jibrail,Mikail, Israfil dan Izrael. Maka
sesungguhnya mereka itulah yang menselawatkan ke atas orang-orang yang
membacakan maulid Nabi SAW itu."
Kata Imam As Sayuti lagi, "Tidak adalah daripada muslim itu membaca Maulidin
Nabi SAW itu di dalam rumahnya melainkan Allah SWT angkat kemarau wabak,
kebakaran, karam, kebinasaan, kecelakaan, kebencian, hasad dan pendengaran yang
jahat dan pencuri daripada ahli-ahli rumah itu. Maka apabila mati, Allah SWT
memudahkan ke atasnya menjawab soalan-soalan dari Munkar dan Nakir.
Dan adalah dia ditempatkan di dalam tempat para siddiqin dan di sisi
raja-raja yang berkuasa. Maka barangsiapa hendak membesarkan Maulidin Nabi SAW
memadai akannya dengan kadar ini. Dan barangsiapa tidak membesarkan Maulid Nabi
SAW, jikalau engkau telah memenuhi baginya dunia ini bagi memujinya, maka
hatinya tidak digerakkan untuk mencintai Nabi SAW."
Tidak syak lagi bahawasanya Maulid ini adalah merupakan amalan yang mulia dan
terpuji. Amalan yang bernilai di dunia dan akhirat. Sebab itulah ia menjadi
amalan pewaris-pewaris agama (yakni ulama-ulama) yang benar-benar cintakan
Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Wa min Allah at tawfiq
wasalam, arief hamdani
www.mevlanasufi.blogspot.com
archieve april 2005
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
[Non-text portions of this message have been removed]