SHAUM menurut Al-Imam Ghozali Rodiallahu'an. 3/5

Perkara yang harus dilakukan bila batal puasa.

Orang yang batal puasanya harus melakukan empat perkara:

1. Qadha': Kewajibannya umum ke atas setiap Muslim Mukallaf yang meninggalkan 
puasa dengan uzur ataupun tanpa uzur. Umpamanya, perempuan yang datang darah 
haidh harus mengqadha'kan puasanya, demikian pulalah orang yang murtad. 
Adapun orang kafir, anak kecil dan orang gila tidak wajib mengqadha'kan 
puasanya. Dan hukum mengqadha'kannya tidak wajib berturut-turut, tetapi 
bolehlah mengqadhakannya sesuka hatinya sama ada terpisah-pisah ataupun 
terkumpul.

 
2. Kaffarah: Kewajibannya berlaku hanya ke atas orang yang bersetubuh pada 
siang Ramadhan, selainnya tidak dikenakan kaffarah. Adapun kaffarahnya ialah 
memerdekakan seorang hamba. Kiranya ia tidak mempunyai wang untuk menebus 
seorang hamba, maka berpuasalah ia dua bulan berturut-turut. Jika ia tidak 
mampu, maka hendaklah ia memberi makan kepada 60 orang miskin setiap seorang 
satu mud.

 
3. Berhenti dari makan-minum dan sebagainya pada sisa harinya. Ini diwajibkan 
ke atas orang yang menderhaka perintah Allah, kerana tiada berpuasa ataupun 
kerana cuai pada perintah puasa (berbuka tanpa sebab atau seumpamanya). Maka 
hendaklah ia berhenti dari makan-minum, apabila ternyata ada seorang adil 
yang menyaksikan anak bulan pada hari syak (iaitu 30 Sya'ban), sedangkan 
orang ramai semuanya tiada berpuasa pula, maka hendaklah sekaliannya 
berhenti dari makan-minum dan sebagainya. Bagi orang yang sedang dalam 
pelayaran, berpuasalah adalah lebih utama daripada berbuka,

 
4. Mengeluarkan fidyah, iaitu bagi orang yang mengandung atau ibu yang masih 
menyusukan bayinya, kerana khuatir kemudharatan ke atas bayi jika ia 
berpuasa. Maka dikeluarkan fidyah kerana tiada berpuasa itu, setiap hari 
satu mud gandum/beras kepada seorang miskin, kemudian puasa itu diqadha'kan. 
Begitu pula dengan orang tua yang sudah lanjut umurnya, tiada mampu untuk 
berpuasa, dikeluarkan fidyah satu mud juga.


Sunnat-sunnat puasa

Sunnat bagi orang yang berpuasa melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka, 
iaitu dengan buah kurma atau dengan air sebelum bersembahyang. Sunnat 
baginya juga banyak bersedekah dalam bulan Ramadhan, banyak membaca Al-Quran 
duduk beri'tikaf dalam masjid pada 10 hari yang terakhir dari Ramadhan dan 
tiada keluar dari masjid itu, melainkan kerana sesuatu hajat saja. Tiada 
mengapa dia memakai bau-bauan yang wangi di dalam masjid, berakad nikah di 
situ, makan-minum dan tidur di dalamnya, membasuh tangan di dalam besin, 
yang semua itu mungkin diperlukan ketika ber'iktikaf di dalam masjid.

===ed:hmd==
=============================
Bagi Anda yang ingin mendengarkan Audio MP3 Pengajian Tradisional Kitab 
IRSYADUL IBAD ila Sabilirrosyad
dapat mendownload filenya di :

http://www.4shared.com/dir/6411196/58e36731/MP3_TALIM_IRSYADUL_IBAD.html

Pengajian dipimpin oleh Ustad Drs.H.Ruslan Mawardi MAg. Pimpinan Majlis Taklim 
DARUUT TAUBAH
Kebon Nanas Selatan Jakarta Timur.
File-file MP3 yang di share, sdh mendapat izin untuk disebar luaskan untuk 
Dakwah Islamiyah.






[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke