KOTA BHARU, 27 Jun: Kerajaan negeri menafikan dakwaan Ketua Pembangkang di DUN Kelantan, Dato Annuar Musa kononnya berlaku kelulusan lesen melombong di kawasan hutan simpan kekal tanpa mengikut peraturan.
Anggota Exco, Haji Husam Musa berkata, setiap lesen yang diluluskan terlebih dahulu perlu mendapat pengesahan daripada Jabatan Mineral dan Geosains. Sesuatu lesen yang diluluskan mesti mempunyai pandangan termasuk daripada Jabatan Mineral dan Geosains. Jabatan itu berada di bawah kerajaan Persekutuan, katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN berhenti rehat, tengah hari ini. Sebelum itu, Annuar ketika membahaskan Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama (2005), di mana beliau mendakwa kerajaan negeri kehilangan punca hasil sehingga RM80 juta dari 1990 hingga 2004 kerana silap meluluskan lesen melombong. Katanya, lesen tersebut dianggap tinggi diluluskan kepada 57 syarikat membabitkan kawasan 8,000 hektar. Sebanyak RM80 juta hasil daripada perlombongan tidak dapat dipunggut kerana silap pengurusan kerajaan negeri. Sepatutnya perbekalan tambahan tidak perlu lagi sekiranya kerajaan dapat mengurus kewangan dengan baik, katanya ketika mengambil perbahasan lebih sejam sehingga mengenepikan peluang wakil rakyat BN lain. Husam berkata, kerajaan negeri akan menjelaskan fakta sebenar dalam ucapan pengulungan selepas ini. Ditanya mengenai dakwaan Annuar ada konsultan meluluskan laporan mengenai perlombongan dalam tempoh singkat katanya, ia mungkin berlaku kerana laporan mengenainya sudah tersedia. Selain itu, Jabatan Mineral dan Geosains juga sudah ada laporan lengkap mengenai taburan besi, emas dan lain-lain galian yang terdapat di Kelantan. Dan apabila dikehendaki dalam mesyuarat mereka akan kemukakan. Yang penting kerajaan negeri tidak akan luluskan sebelum mendapat pengesahan daripada jabatan berkenaan, ujarnya. Prosedur mengenai kelulusan sesuatu lesen melombong bermula dengan mendapat prospektif permit, di mana syarat yang dikenakan tidak membenarkan pokok ditebangkan. Perspektif itu diperlukan untuk memastikan ada kandungan emas atau kandungan galian lain yang terdapat di sesuatu di kawasan. Pelepasan hutan juga diperlukan. Selepas itu baru lesen melombong boleh dikeluarkan. Husam berkata, kerajaan juga terlebih dahulu menender kawasan pembalakan yang terdapat di kawasan melombong yang diluluskan tersebut. Syarikat lain akan dapat lesen perlombongan dan syarikat lain dapat tender balak. Perkara seperti ini telah dibangkitkan oleh anggota Parlimen Machang, Dato Sazmi Miah dan rombongannya telah melawat tempat tersebut Dan didapati apa yang kita buat adalah mengikut undang-undang. Manakala dakwaan konsultan bersubahat adalah perkara mustahil yang berlaku. Dakwaan itu bunyi sedap tetapi tidak ada apa, ujarnya. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com [Non-text portions of this message have been removed] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/perakan/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
